Gimik murahan Marsha


Gimik murahan Marsha


GARA-GARA ghairah berkongsi rasa di laman sosial Twitter, Marsha tanpa sedar mengelirukan banyak pihak tentang status perkahwinannya. Bagaimanapun itu semua gimik semata-mata demi promosi awal klip video lagu baharunya, Bila.



KETERUJAAN Marsha untuk menjual lagu baharu serta keghairahan media untuk mengejar skop berita melahirkan satu berita palsu yang tersiar di muka depan akhbar. Susulan daripada berita yang tersebar luas itu, barulah terbit kenyataan sebenar daripada pihak artis terbabit, kononnya berita itu hanyalah gimik dan mereka geli hati kerana bahan gimik itu dianggap serius sehingga terpampang di muka depan akhbar.

Bermain nakal dengan status perkahwinan seperti yang dilakukan Marsha Milan Londoh, 26, kononnya sudah berkahwin secara senyap-senyap, Ahad lalu, cukup untuk memberikan satu justifikasi akan kedangkalan akal siapapun di antara kita, artis bahkan media sendiri.

Apabila sudah riuh sekampung, padahnya, barulah pelakon Kum Kum The Series itu memohon maaf bahawa semua itu salah faham dan satu tindakan yang langsung tidak disengajakan.

“Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan,” kata Marsha bagi menjelaskan kenyataannya.

Sambil menafikan kenyataannya sebagai satu tindakan terancang dengan niat untuk mencipta kontroversi. Marsha mengakui bahawa dia menulis beberapa status di laman sosial Twitter miliknya tentang perkahwinan berkenaan.

Hakikatnya, perkahwinan olok-olok itu hanya babak dalam muzik video lagu baharunya, Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada Ahad lalu. Klip video berkenaan mengisahkan Marsha menjadi seorang pengantin.

“Bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat naik di laman sosial Facebook.

“Saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi,” katanya yang menyifatkan kontroversi itu satu pengajaran buatnya sebagai seorang selebriti.

Sensasi Bintang: Ada yang beranggapan tindakan Marsha memain-mainkan media dan itu satu tindakan kurang bijak.

MARSHA: Mulanya perkara itu hanyalah antara saya dengan pengikut di laman Twitter. Memang ada saya menulis tentang perkahwinan tapi saya tak pernah tulis bahawa saya sudah berkahwin dengan sesiapa dan bila. Bila ada pihak media telefon, saya kata semuanya akan dijelaskan dalam satu kenyataan tapi memang saya tak sangka ia akan jadi isu besar.




Jika selepas ini, anda digelar miss gimik atau miss propa, bagaimana?

Saya sudah tidak ambil peduli dengan apa yang orang luar akan fikir pasal saya, sebelum inipun saya sudah dikecam macam-macam.

Tidak takut hilang kepercayaan peminat atau media selepas ini?

Itulah yang sedang saya fikirkan sekarang. Apa-apapun dan siapapun saya, periuk nasi saya ditentukan juga oleh peminat, kalau tiada peminat susah juga. Begitu juga dengan media. Tapi, saya kena terus pandang ke hadapan, apa yang sudah berlaku tetap berlaku, untuk masa akan datang, saya belum tahu lagi.

Dengarnya Marsha sudah berbaik dengan bekas kekasih dan dalam proses untuk menamatkan zaman solo?

Saya masih bujang dan belum berkahwin, hubungan dengan si dia juga okey. Tapi sebab insiden itu, ramai yang bertanya sendiri kepadanya. Fasal kahwin, lambat lagi agaknya, sekarang belum fikir lagi.

Apakah semua ini berlaku kerana keterujaan melampau Marsha untuk meraih publisiti murah terhadap lagu baharu itu?

Boleh dikatakan begitulah. Saya tertekan sebenarnya tetapi dalam tertekan begini ada juga hikmahnya, orang semakin ambil tahu apa yang menariknya lagu Bila itu. Pernah sekali, dalam masa sejam sahaja, klip video pembikin lagu itu dilihat oleh 371 pengunjung di Internet.

Siapa orang paling terkejut apabila anda didakwa berkahwin?

Adik-beradik dan keluarga saya. Saya lupa hendak beritahu mereka sebelum berita itu tersiar. Adik saya telefon dan tanyakan kesahihan berita tapi keluarga saya okey, mereka faham dan tak ambil serius soal itu.

Apa pengajaran yang mungkin boleh dijadikan sempadan?

Apa-apapun, saya kena jadi orang lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Kena fikir masak-masak dulu.



Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Gimik murahan Marsha

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Gimik murahan Marsha

Home | Disclaimer | Contact