Fasha Belum Terima Cinta Jejai

fasha3

Fasha masih belum terima semual cinta jejai

Sudah terlalu banyak kisah cinta antara pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai disogokkan didalam minda peminat-peminatnya.

Bercinta, merancang untuk berkahwin, namun kemudiannya putus hubungan dan sekarang dikatakan sudah berbaik semula, itu semua sudah lama menjadi hidangan dada akhbar di Malaysia.

Hangat dan sering menjadi perhatian, setiap peminat mengakui mahu melihat pengakhiran drama cinta mainan Fasha dan Jejai.

Mengakui menerima hadiah dan jambangan bunga, Fasha bagaimanapun masih tidak mengakui hubungannya bersama Jejai sudah bersambung semula.

“Setakat ini, saya masih single dan available untuk sesiapa. Buat masa sekarang saya selesa dengan apa yang telah saya lalui dan selesa dengan kehidupan ceria dan bahagia sebegini.

“Sudah ramai yang bertanya tentang ini, adakah saya bersamanya semula selepas dipujuk, tetapi untuk setakat ini masih belum masanya untuk kami bersama semula.

“Saya bercakap untuk hari ini, tapi apa yang akan berlaku untuk esok, minggu hadapan dan hari-hari yang berikut, masih tidak diketahui lagi.

“Saya tidak mahu terus bercakap mengenai dia, namun sekiranya keadaan benar-benar memerlukan untuk saya bercakap, saya akan beritahu semua nanti.

“Tentang hadiah dan berapa banyak bunga yang saya terima, biarlah saya sahaja yang mengetahuinya,”jelas Fasha untuk menjelaskan tentang status dirinya sekarang.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Fasha Belum Terima Cinta Jejai

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Fasha Belum Terima Cinta Jejai

Home | Disclaimer | Contact