Kembara Klasik ke Uzbekistan - Mengutip Berkah Al-Imam Al-Bukhari bersama juara Imam Muda Mohammad Asyraf

Muhammad Asyraf (Juara Imam Muda musim pertama) terpilih sebagai selebriti kembara ke Uzbekistan anjuran agensi pelancongan Speed Travel & Tours Sdn Bhd. Menariknya, menerusi program ini orang ramai berpeluang mengenali juara Imam Muda ini dengan lebih dekat malah sepanjang tujuh hari melancong ke negara yang melahirkan ramai ulama dan ilmuan.

Program yang diberi nama Kembara Klasik ke Uzbekistan - Mengutip Berkah Al-Imam Al-Bukhari bersama juara Imam Muda Mohammad Asyraf ini menjanjikan kepuasan kepada mereka yang berminat melihat sendiri sejarah perkembangan tamadun Islam yang bertapak kukuh di negara itu sejak awal kurun kelapan.

"Saya sangat berbesar hati terpilih sebagai ikon program kembara ini. Secara peribadi, saya memang minat melancong bagi menambah pengalaman. Apa yang buat saya tertarik untuk turut serta dalam program ini adalah kerana ia bukan percutian biasa sebaliknya ada pengisian agama.

"Inilah masanya juga saya dapat merapatkan hubungan dengan peserta kembara. Jika sebelum ini mereka hanya melihat saya di kaca TV atau sekadar berselisih bahu di mana-mana, menerusi kembara ini kita dapat berkumpul seperti satu keluarga. Susah senang, suka duka sepanjang perjalanan dapat dikongsi bersama dan pastinya ia meninggalkan kenangan indah.

"Ketika mengerjakan haji, ramai yang bertanya bila lagi dapat berkumpul seperti itu, mungkin inilah jawapannya. Jadi, diharap ramai berminat bersama-sama saya menghayati keindahan Uzbekistan," katanya membuka bicara ketika berkunjung ke pejabat SELEBRITI baru-baru ini.

Tambah Asyraf yang sudah pun tamat kontrak bersama Astro 31 Disember lalu, percutian yang akan berlangsung pada 11 hingga 18 Jun itu memberi laluan kepadanya dan peserta rombongan melihat dari dekat kehebatan tiga destinasi yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia iaitu kota Tashkent, Bukhara dan Samarkand.

Pelbagai acara menarik diatur antaranya, bertemu Mufti Besar Uzbekistan, Sheikh Muhammad Al-Sadiq Muhammad Yusuf, berkunjung ke kompleks Al-Quran Imam Khasti yang menyimpan mushaf Al-Quran Rasm Usmani yang dibaca oleh Saidina Usman bin Affan ketika beliau dibunuh di mana kesan darahnya masih kelihatan hingga kini dan menziarahi madrasah Mir-Arab dan Masjid Kalan yang melahirkan ramai ilmuan Islam di Asia Tengah sejak kurun ke-16.

"Saya dimaklumkan negara ini terkenal dengan keindahan seni bina masjid, madrasah dan makam. Antara makam yang akan diziarahi adalah Imam Al-Bukhari, pengarah kitab hadis sahih Al-Bukhari dan wali Allah, Baha al-Din al-Naqshbandi (pengasas Tariqat Al-Naqshbandi) dan Muhammad Abu Mansur Al-Maturidi (pengasas ilmu aqidah dan tauhid di bawah mazhab Al-Matarudiah).

"Melalui percutian ini juga kita dapat melihat dari dekat perkembangan tamadun Islam yang bertapak di negara itu seawal kurun kelapan malah lebih mengagumkan Uzbekistan adalah negara di Asia Tengah yang melahirkan ramai ilmuan, ahli falak dan saintis Islam bukan dari bangsa Arab termasuk Imam Al-Bukhari, Imam Altarmizi dan Ibnu Sina.

"Ahli rombongan juga akan dibawa ke Al-Bukhari Muslim Institute di Tashkent untuk mengetahui perkembangan agama Islam di Uzbekistan.

"Bagi mereka yang suka membeli-belah, negara ini terkenal dengan permaidani Bukhara buatan tangan dan apa yang pasti harganya jauh lebih murah daripada yang dijual di negara kita. Dalam kunjungan ini orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman menenun permaidani popular ini. Negara ini juga terkenal dengan kekacang.

"Ada banyak lagi destinasi dan aktiviti sepanjang tujuh hari enam malam. Melihat atur caranya, pakej berharga RM5,880 ini sangat berbaloi," katanya sambil memaklumkan suhu cuaca ketika itu adalah 28°C dan banyak bunga.

Mereka yang berminat menyertai percutian bersama Asyraf bolehlah menghubungi Speed Travel & Tours Sdn Bhd di 03-89204090 atau 016-2616730 atau melayari laman web www.safirgotravel.com.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Kembara Klasik ke Uzbekistan - Mengutip Berkah Al-Imam Al-Bukhari bersama juara Imam Muda Mohammad Asyraf

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Kembara Klasik ke Uzbekistan - Mengutip Berkah Al-Imam Al-Bukhari bersama juara Imam Muda Mohammad Asyraf

Home | Disclaimer | Contact