SETIAP mata yang memandang pasti terpukau melihat kelibat pendatang baru Kilafairy ketika berjalan di karpet merah pelbagai acara hiburan, fesyen dan anugerah berprestij di persada seni tanah air, sejak kebelakangan ini.
Bukan saja namanya semakin sinonim dengan jenama terkenal Rafflesia, busana sentuhan pereka terkenal yang digayakannya juga pasti melekat di tubuh seksinya itu.
Sekalipun drama dan filem lakonannya belum ditayangkan, nama Kilafairy, 19, kini muncul sebagai pendatang baru yang paling mencuri perhatian ramai hingga diperkatakan orang ketika ini.
Itulah aura yang dimiliki anak dara penyanyi popular era 90-an, Rohana Jalil yang juga pemilik nama sebenar, Shakila Nisha Jahangir Khan ini.
Namun, anak seni berdarah campuran Melayu-Pakistan dan seiras wajah bapanya ini tidak mahu leka dibuai populariti mendadak yang dikecapinya ketika ini.
"Saya memang tidak sangka kerana mendapat publisiti meluas seperti ini kerana perjalanan seni saya baru bermula. Sebenarnya, saya bermula sebagai penyanyi tapi orang lebih kenal saya sebagai pelakon walaupun filem lakonan belum pun ditayangkan.
"Terus terang, saya juga ingin dikenali kerana bakat dan bukan gosip liar serta kontroversi yang boleh mencalar nama baik saya dan keluarga," katanya.
Ditanya bagaimana dia berdepan gosip dan kontroversi, Kilafairy mengakui ibu yang ba�nyak memberi sokongan padanya untuk berdepan semua itu.
"Pada mulanya, saya sedih bila dilemparkan gosip liar berkaitan seluruh tubuh seperti bibir, payu dara dan pinggul saya dikatakan palsu sedangkan semuanya asli dan anugerah daripada Tuhan.
"Namun, mamalah yang sentiasa di sisi dan banyak memberi sokongan padu pada saya untuk tidak cepat melatah dengan cakap-cakap orang itu. Kata mama, ini baru permulaan dan selepas ini ada lebih banyak lagi gosip dan kontroversi mendatang.
"Saya juga berasa risau dengan reaksi peminat kerana watak saya dalam filem seram Karak juga gedik dan orang akan fikir saya memang bersikap begitu apabila di luar filem. Sedangkan ia sekadar lakonan semata-mata.
"Kini, saya sudah boleh berdepan dengan apa saja gosip liar dan kontroversi kerana ia sebahagian daripada asam garam dalam meniti kehidupan sebagai anak seni," katanya.
Ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di Genting Highlands, Ahad lalu, sekali lagi nama Kilafairy menjadi sebutan kerana gayanya. Malah timbul juga cerita anak dan ibu sama hebat bergaya dengan aksesori tajaan.
Kilafairy menafikan dia meminta penganjur untuk 'menaja' ibunya sekali gus untuk acara karpet merah dihadirinya. Kata�nya, semua itu mereka putuskan sendiri dan bukan datang daripada dirinya.
"Memang saya tidak pernah minta penganjur untuk menaja mama sekali. Apapun, saya akui lebih selesa jika mama yang menemani untuk menghadiri pel�bagai acara kerana tidak mahu digosipkan dengan mana-mana artis lelaki yang berjalan dengan saya di karpet merah seperti yang berlaku ketika digandingkan de�ngan Shahz Jaszle dulu," katanya.
Berkongsi perkembangan terbaru, Kilafairy yang juga artis di bawah naungan Kru Studios, sibuk menjayakan promosi filem Karak arahan Yusry Abd Halim bergandingan dengan Shahir AF8 dan Shira Ayob.
"Saya juga tidak sabar menanti reaksi peminat apabila filem itu menjengah pawagam perte�ngahan tahun ini. Selain itu, saya juga berlakon watak pembantu dalam drama Ayu Suraya.
"Sebagai artis yang masih belajar, saya perlu bijak membahagikan masa kerana terikat dengan pelajaran. Saya menghadiri kelas tiga kali seminggu dan selebihnya baru saya buat aktiviti seni," katanya.
Pada sesi fotografi berkonsep era 1920-an bersama Rafflesia The Pearl Centre, Pereka fesyen Riffai dan Lord's Tailor, Kilafairy yang jelita dengan busana rekaan Riffai digandingkan dengan seorang lagi bakat baru yang meningkat naik ketika ini, Sharnaaz Ahmad yang segak dengan sut dari Lord's Tailor.
Pandangannya mengenai Sharnaaz pula, kata Kilafairy, dia tidak berdepan masalah untuk mencari keserasian dengan pelakon itu.
"Ini kali kedua kami dipertemukan dalam sesi fotografi. Sharnaaz seorang yang kelakar dan peramah. Dia juga pelakon yang bagus dan boleh pergi jauh," katanya.
Sharnaaz juga mengakui, sesi fotografi dengan Kilafairy juga berjalan lancar seperti direncanakan. Katanya, dia sudah tahu cara Kilafairy bekerja kerana pernah bekerjasama sebelum ini.
"Bagi saya, dia seorang yang menghiburkan sama seperti ibu�nya. Bersandarkan pakej lengkap, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni," katanya.
Sharnaaz yang turut dicalonkan untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH2010, sibuk menerima tawaran berlakon drama dan filem ketika ini. Kategori ini dimenangi Shahir.
"Sekalipun tidak menang, saya tetap bersyukur kerana disenaraikan dalam kategori itu. Saya juga tidak pernah patah sema�ngat untuk terus berjuang dalam bidang seni tanah air. Pada masa sama, rezeki juga semakin murah dalam bidang lakonan ketika ini," katanya.
Pelakon yang dikenali melalui Tari Tirana dan Dottie, kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kasih Alia arahan Jinggo bergandingan dengan Irma Hasmie terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Dia juga baru selesai berlakon dalam drama Kum Kum arahan Michael Ang.
Selain itu, filem lakonannya, Seru arahan bersama Min Jin dan Pierre Andre akan menjengah pawagam pada 28 April nanti.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Syakila Nisha Jangir Khan
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 19 tahun
AKDEMIK: Jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pelajar
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
DRAMA: Hotel Mania, Slot Mistik Alam Hitam seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak dan Ayu Suraya (Astro).
FILEM: Karak
PROFIL
NAMA SEBENAR: Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad
PANGGILAN: Sharnaaz
UMUR: 26 tahun
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Tari Tirana, Dottie, Kum Kum, Pontianak Kampung Batu, Ungunya Cinta, Kum Kum, Kasih Alia
FILEM: Seru








0 ulasan:
Sila komen Enggan tercalit kontroversi