MIG mahu lahirkan ramai hero

papa 1 MIG sebuah syarikat penerbitan filem paling aktif di Malaysia menerbitkan sebuah demi sebuah filem. Memandangkan mereka banyak projek penerbitan, syarikat itu mahu melahirkan lebih ramai hero dan heroin.

Semestinya mereka tak mahu dikatakan asyik menampilkan barisan pelakon sama setiap kali menerbitkan filem baru. Terbaru melalui filem Papa… I Love You, MIG akan mahu menjadikan seorang pendatang baru sebagai hero, Zalif Sidek.

lisa papa 3 Zalif yang sebelum ini bekerja dengan beberaap syarikat di bahagian pegawai perhubungan awam, turut diingati dalam beberapa iklan antaranya iklan Digi dan Astro First. Pemilik tubuh comel itu ada daya penarik yang tersendiri.

“Kami tidak hanya memilih pelakon kacak dan tampan sahaja sebagai hero, sesiapa sahaja boleh menjadi hero. Watak Zalif sangat sesuai dengan cerita yang dipaparkan dalam filem ini, sebab itulah kami memilih dia.

“Keperluan filem ini sendiri yang mahu memaparkan gandingan yang kelihatan tidak sepadan dengan heroinnya Lisa Surihani. Sebenarnya kelainan inilah yang memberi kelebihan kepada filem ini,” kata penerbitnya David Teo semasa ditemui pada majlis kesyukuran sebelum memulakan penggambaran di pejabat MIG di Kuala Lumpur baru-baru ini.papa 2

Zalif juga kini mahu menjadi pelakon sepenuh masa setelah diberi kepercayaan menjadi pelakon utama filem arahan Hashim Rejab itu.

“Sekarang saya pelakon sepenuh masa dan saya sudah bersedia untuk menjadi pelakon. Saya pernah berlakon sebelum ini tapi hanya watak kecil sahaja,” kata Zalif.

Kalau dulu dia menguruskan aktiviti artis di bawah syarikat tempat dia bekerja, sekarang Zalif boleh menggunakan pengalaman itu untuk melangkah dalam bidang seni lakon.

Papa… I Love You yang turut dijayakan oleh pelakon kanak-kanak Mia Sara mengisahkan kehidupan bapa tunggal lakonan Zalif iaitu Haha yang kematian isteri. Dia berdepan banyak masalah kerana tidak mempunyai keyakinan diri.

Namun dia melakukan apa sahaja untuk mengembirakan anaknya Mia (Mia Sara) yang bijak berkata-kata dan disenangi ramai. Elly (Lisa) pula mempunyai konflik dengan bapanya. Mia juga membuatkan hubungan Baha dan Elly menjadi rapat.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Post Comment

0 ulasan:

Sila komen MIG mahu lahirkan ramai hero

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
MIG mahu lahirkan ramai hero

Home | Disclaimer | Contact