Lirik Lagu Sedetik Lebih Anuar Zain (OST Hikayat Merong Mahawangsa)

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd



Lirik Lagu Don't Worry Honey - Ainul Aishah (Versi Melayu)

Lirik Lagu Don't Worry Honey - Ainul Aishah (Versi Melayu)

Apa yang melingkar di jemariku
Semakin besar nafasku sukar
Walau ia di depanku
Masih kabur ku tercari

Datang dan kembali kini kau pergi
Meninggalkanku di sini terus sunyi
Segalanya yang nyata
Namun masih tak terdaya ku cuba....
Hingga ku dengar suara..

[Korus]
Jangan kau bimbang bertenang sayang
Segalanyakan sempurna
Benarkan diriku menemanimu
Selamanya ku tahu sakitnya..
Bisanya melebur jiwa..
Ku pasti masakan tiba
Mengundur luka yang tercipta
Pasti segalakan sempurna

Ulang tahun kita ini
Kaku aku seorang diri
Lari ingin ku berlari
Agar tak perlu ku tangisi
Lalu ku dengar

[Ulang korus]

Terangnya cintaku
Rinduku padamu
Kan ku biarkan berlalu
Ku tak perlukan dirimu
Pergi takkan kembali
Melayang aku sendiri
Hati ini pasti kau bukanlah yang abadi
Untukku mencintai teguhku mencari ganti
Dewa cinta hatiku
Dan ku pudarkan dirimu

[Ulang korus]

Lirik Lagu Di Mana Pun Engkau Berada - DJ Fuzz / Aizat

Lirik Lagu Di Mana Pun Engkau Berada - DJ Fuzz & Aizat

Kau memberikan aku rasa
Tiada yang lain untukku
Walaupun aku tak berkata
Kau mendengar semua luahanku

Dapatkah kau rasa semangatku
Walaupun hatiku kan membeku

Korus
Di mana pun engkau berada
Akhirnya kembali padaNya
Sememangnya kau tak sempurna
Dibelenggu mainan dunia

Detikku mula mendengar
Bisikan di ruang-ruangku
Bagaikan perisaiku
Kau ada pada saat diperlu

Dapatkah kau rasa semangatku
Walaupun hatiku kan membeku

Ulang Chorus 4X

Lirik Lagu Susun Silang Kata Aizat (OST Tiramisu TV3)

Lirik Lagu Susun Silang Kata - Aizat

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

Finalis Gerbang Cinta buat kerja amal

10 pasangan finalis Peraduan Gerbang Cinta (GC) Musim Ke-2 telah didedahkan dengan persediaan untuk memiliki keluarga sendiri baru-baru ini.

Bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dan rumah orang tua, Rumah Sri Kenangan Cheras, Selangor, kesemua mereka diberikan tugasan khas bagi membuktikan mereka sebenarnya layak untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Dalam tugasan tersebut, kesemua mereka diberikan tanggungjawab untuk menguruskan anak-anak dalam mengendalikan urusan seharian keluarga.


Malah, pada tugasan tersebut setiap pasangan pasangan diberikan 'anak-anak' yang terdiri daripada penghuni Rumah Amal tersebut.

Menurut Pengurus Pengurusan Penjenamaan Utusan Melayu (M) Berhad., Aslinda Mohd Noor, tugasan ini merupakan tugasan akhir bagi melayakkan pasangan ini untuk bergelar juara pada awal tahun depan.

Tegasnya, biarpun tugasan mereka nampak senang, hakikatnya para peserta terpaksa berdepan secara realiti untuk mengendalikan anak-anak dalam menguruskan alam rumah tangga.

''Mereka bukan sahaja harus berdepan dengan anak-anak kecil dan orang tua tetapi melayan emosi dan perasaan mereka '' ujarnya lagi.

Bagaimanapun Aslinda menambah tugasan ini memberikan gambaran sebenar untuk melangkah ke alam rumah tangga.

''Inilah hakikat yang yang harus mereka terima untuk melangkah ke alam rumah tangga bukan sekadar hanya berseronok tetapi harus peka dengan tanggungjawab dan juga komitmen yang bakal di galas," katanya.

Bagaimanapun apa yang membanggakan katanya, kesemua peserta nyata komited melaksanakan tugas dengan ikhlas bukan semata-mata untuk meraih penilaian yang tinggi.

Sementara itu, salah seorang wakil penaja yang turut hadir sebagai juri, Nor Asniah Mohd. Noh, memberitahu setiap tindak tanduk dalam tugasan tersebut telah diperhatikan.

''Inilah masa yang paling sesuai untuk melihat kematangan para peserta dalam mengendalikan urusan rumah tangga.

''Mereka bukan sekadar perlu melayan tetapi juga harus menyelami hati dan perasaan anak-anak dan warga emas,'' ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kesemua mereka dinilai berdasar kategori termasuklah kematangan, tanggungjawab, kesungguhan dan juga komitmen yang ditunjukkan.

Nor Asniah yang merupakan Penolong Pengarah di Bahagian Keluarga dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, faktor keserasian, strategi dan juga pengurusan masa turut diambil kira dalam pemarkahan.

Salah seorang peserta, Nurul Illyiana Nor Zaidi, 24, mengakui sangat teruja dengan tugasan khas ini biarpun agak keletihan kerana program mengambil masa sehari suntuk.

"Program hari ini memberi pengalaman baru yang menyentuh hati saya terutama ketika berhadapan dengan anak-anak yatim dan warga emas.

''Tugasan ini juga menggambarkan cabaran baru kepada kami bagaimana mengendalikan rumah tangga apabila mempunyai anak kelak," katanya.

Biarpun pada peringkat awal dia agak kekok menguruskan anak-anak yang ramai tetapi sangat teruja dengan kerenah mereka yang pelbagai ragam.

''Mungkin ini yang akan kami alami apabila mempunyai anak sendiri nanti,'' ujarnya yang teringin mempunyai anak kembar apabila mendirikan rumah tangga.

Bagi pasangannya pula, Mohd. Danial Hasan Basari, sangat teruja kerana berpeluang untuk bersama anak-anak yatim dan juga warga emas.

''Biarpun tempoh untuk bersama mereka sangat singkat, namun memberi peluang untuk berkongsi kasih dengan anak-anak yang kurang bernasib baik itu,'' ujar jurutera muda ini.

Dia mengakui, tugasan tersebut sebenarnya banyak memberikan pendedahan sebenar bagaimana untuk mengurus rumah tangga apabila mempunyai anak sendiri nanti.

''Insya-Allah segala pengalaman di sini akan saya gunakan nanti apabila mempunyai keluarga kelak,'' ujarnya bersunguh-sungguh.

Sementara itu, bagi Marni Azlina Deraman pula, mengakui agak kelam kabut apabila diminta menguruskan anak-anak yang ramai. Bagaimanapun ilmu yang dipelajari sebelum ini banyak membantu menguruskan suasana tersebut.

''Memang awalnya agak penat untuk menguruskan mereka semua, maklumlah kerenah anak-anak sangat berbeza," katanya.

Dia yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Pahang, menjelaskan kaedah pujukan adalah cara yang penting dalam mengajar anak-anak ini .

''Biarpun nampak lembut tetapi ada ketika harus tegas ketika mendidik,'' ujarnya dengan serius.

Katanya lagi, dalam mendidik anak-anak tidak semua kaedah yang boleh digunakan kerana personaliti seseorang juga berbeza.

Terangnya lagi, kaedah sama juga turut digunakan ketika mengendalikan anak-anak pada tugasan khas itu.

Dalam pada suasana berbeza pula di Rumah Sri Kenangan Cheras apabila pasangan finalis ini menerima ibu dan bapa angkat.

Biarpun masih lelah dengan program bersama anak yatim di sebelah pagi, masing-masing masih berupaya menampilkan wajah manis dan ceria beramah-mesra dengan para penghuni rumah tersebut.

Berkongsi cerita dengan orang yang jauh lebih lama 'makan garam' nyata banyak pengajaran dan panduan yang ditimba.

Di penghujung hari yang padat rata-rata mengakui kedua-dua program tersebut amat menyentuh hati dan menginsafkan tentang pentingnya mendaulatkan kasih-sayang sesama manusia.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kaut 6 juta! Mungkin ada sekuel!

Filem seram komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) berjaya mencecah jualan RM6 juta sejak ditayangkan 9 Disember. Filem best ini berjaya menjadi filem yang paling banyak mencatat jualan bagi filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd setakat ini.

Hasil kreativiti Mamat Khalid ini menjadi bualan hangat penggemar filem tempatan kerana unsur komedi dan seram yang ditonjolkan. Difahamkan, ramai penonton yang sudah lama tak menonton filem Melayu tertarik untuk menyaksikan filem ini setelah feedback yang baik diterima dari rakan-rakan.

Tayangan Unggul mengakui pihaknya agak terkejut dan tidak menyangka HKLBR mencatat jualan tinggi sehingga mencecah RM6 juta. Sokongan yang diberikan peminat merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan juga Mamat Khalid.

Dengan kejayaan ini, berkemungkinan besar HKLBR akan dibuat sekuel.

Biodata Gambar Raffamie Karama (Peserta Sabah Pilih Kasih 2)


Biodata Profil Raffamie Karama

Nama : Raffamie Karama
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir : 23 April 1985
Bangsa : Suluk
Asal : Putatan, Sabah
Raffamie Karama

Untuk Mengundi Raffamie Karama:
taip PKUNDI RAFFAMIE KARAMA dan hantar ke 33199
Untuk Mengundi Pukal:
taip PKUNDI3/5/10 RAFFAMIE KARAMA dan hantar ke 33199

Biodata Profil Gambar Lia Natalia (Pilih Kasih 2)

Biodata Profil Lia Natalia (Pilih Kasih 2)

Nama : Lia Natalia
Umur : 18 Tahun
Tarikh Lahir : 12 November 1992
Bangsa : Melayu
Asal : Tawau, Sabah



Untuk Mengundi Lia Natalia:
Taip Pkundi Lia Natalia Dan Hantar Ke 33199
Untuk Mengundi Pukal:
Taip Pkundi3/5/10 Lia Natalia Dan Hantar Ke 33199

Senarai Peserta Pilih Kasih 2

Peserta Lelaki:
1.Raffamie Karama, 25, (Putatan, Sabah)
2.Ku Hariz, 25, (Shah Alam, Selangor)
3.Bil Azali, 18, (Rawang, Selangor)
4.Jay Iswazir, 28, (Petaling Jaya, Selangor)
5.Afiq Meadin, 20, (Kuala Kangsar, Perak)
6.Bodt Sharade, 23, (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
7.Fizi Ali, 21, (Taman Melawati, Kuala Lumpur)
8.Yuzwan Yunus, 23, (Kuala Lipis, Pahang)

Peserta wanita:
9. Liviona, 19, (Kuching, Sarawak)
10.Leyla Krisya, 20, (Jitra, Kedah)
11.Shasha Alkhred, 21, (Ipoh)
12.Nur Jannah, 23, (Kempas Baru, Johor)
13.Lia Natalia, 18, (Tawau, Sabah)
14.Kris Cempaka, 25, (Shah Alam, Selangor)
15.Rosana Ainudin (Kota Bharu, Kelantan)
16.Mira Amnas , 19, (Rantau Panjang, Kelantan)

Pilih Kasih : Fizi Ali tersingkir (Minggu ke-2)

Pentas Pilih Kasih minggu kedua menyaksikan Rosyam Nor menyuarakan keputusannya untuk menyingkirkan Fizi Ali, 21, atau nama sebenarnya, Muhd Hafizudin Alimudin dari Pilih Kasih (PK).


"Anda bukan pelakon yang saya cari," kata Rosyam Nor pada Pentas Pilih Kasih, Sabtu lalu. Awalnya, ramai yang menjangka peserta wanita yang akan tersingkir pada malam itu berdasarkan prestasi mereka yang sangat teruk berbanding lelaki.

Namun, antara ketiga-tiga peserta yang berada pada kedudukan terbawah melalui undian SMS malam itu, Rosana Ainudin, Nur Jannah dan Fizi Ali, keputusan lega akhirnya berpihak kepada calon wanita.

Fizi yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur, dilihat sebagai seorang yang sangat disenangi oleh peserta PK lain kerana tidak banyak kerenah.

Namun, dia menerima undian SMS penonton terendah, sekali gus melenyapkan hasratnya untuk ke peringkat seterusnya apabila terbukti Rosyam memilih dia untuk disingkirkan. Kini Pentas Pilih Kasih akan diteruskan lagi dengan 15 peserta.

Sementara itu, Ku Hariz, 25, dipuji dan mendapat komen yang baik dari kedua-dua pengkritik dan juri tetap iaitu Profesor Madya Dr Abu Hassan dan Fauziah Nawi. Dia berjaya menunjukkan kecemerlangannya dalam segmen yang disediakan iaitu monolog, drama dan teater.

Dr Abu Hassan suka cara penyampaian dan gaya lakonannya yang jelas lebih baik dari yang peserta lain.

Katanya, kebolehan Ku Hariz terserlah melalui persembahan teater bertajuk Aku Nak Jadi Popular.

Melalui segmen bermonolog pula, Ku Hariz berjaya menyampaikan kata-kata itu emosi dan lontaran suara yang jelas.

Kalau minggu lalu Dr Abu Hassan dan Fauziah Nawi sepakat dalam memberi pendapat, minggu lalu pula memperlihatkan banyak kelainan. Apabila Dr Abu Hassan memberi komen negatif kepada peserta Fauziah Nawi pula memuji dan begitulah sebaliknya.

Rosyam sendiri berharap Pentas Pilih Kasih minggu ini dapat menonjolkan kualiti persembahan yang lebih hebat lagi dan mampu menarik lebih ramai penonton untuk mengikuti aktiviti peserta setiap minggu.

Untuk mengetahui apa yang terjadi kepada peserta PK seterusnya, saksikanlah Kisah Pilih Kasih setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4.30 petang di RTM2 serta siaran ulangannya Selasa hingga Sabtu, jam 10.30 malam di saluran Muzik Aktif Astro 180.

Pentas Pilih Kasih pula ke udara setiap Sabtu, jam 8.30 malam yang dipancarkan secara langsung melalui RTM2 dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang.

Pengacara AF9? Reza?

Tahun lepas, jejaka kelahiran Sibu, Sarawak ini bergandingan dengan Raja Azura mengendalikan program kebanggaan Rosyam Nor, Pilih Kasih. Tapi untuk Pilih Kasih musim kedua bersiaran 11 Disember lalu, Reza bersendirian tanpa ditemani sesiapapun berbanding musim lalu dia mengemudi program itu bersama Raja Azura.

Jangan ditanya sebab ketiadaan pengacara stesen radio nombor satu itu dalam program Pilih Kasih tahun ini kerana Reza tidak ada jawapannya, lalu meminta ditanya saja kepada pihak produksi. Apa yang lebih utama buat pemilik bernama penuh Syaiful Reza Mohamed itu ialah untuk menggalas tanggungjawab mengacarakan Pilih Kasih sebaik mungkin.

"Saya berterima kasih dan bersyukur kerana masih dikekalkan untuk meneruskan mandat sebagai pengacara Pilih Kasih 2. Bagi saya tak kisahlah mengacara bersendirian atau berdua kerana masing-masing memberikan keghairahan tersendiri.

"Tapi kalau mengacara secara solo mungkin lebih banyak kerja berbanding bergandingan. Keterujaan saya juga lebih untuk musim kedua ini. Alhamdulillah rating musim pertama juga membanggakan dan harapnya yang kedua ini juga akan memberi dimensi baru untuk arena seni kita," kata Reza yang pernah mengacarakan program Katakau dan Kelab Pop.

Selain bergelar pengacara dan bekerja di konti radio, Reza memberitahu dunia nyanyian masih tetap di hati. Sekalipun tidak berpeluang atau bermimpi menghasilkan sebuah album, si petah berbicara ini masih memenuhi undangan membuat persembahan bersama Astro dan syarikat tertentu.

Dalam perkembangan lain, nama Reza turut dikatakan antara calon yang bakal mengemudi Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun Reza, enggan memberi komen lanjut terhadap perkara yang belum pasti. Cuma yang boleh disahkan Reza ialah mengenai program Katakau yang bakal disambung pada tahun depan.

"Mengenai AF9 itu saya ada mendengar ura-ura saja. Tapi saya sendiri belum pasti kesahihannya. Kalau betul dan ada rezeki, saya bersyukur. Lagipun, itu juga tanda saya memberi sokongan kepada program yang pernah mencungkil bakat saya," kata Reza yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim ketiga.



Lima tahun membabitkan diri dalam dunia penyiaran di stesen radio ERA, lelaki berusia 32 tahun ini terus tegar meneruskan survivalnya. Sekalipun datang pelbagai dugaan dan kontroversi yang memalit namanya, Reza hanya mampu bersabar kerana semua itu dianggap lumrah yang perlu ditelan.

Malah hingga kini orientasi dirinya juga masih menjadi tanda tanya. Kata Reza, perkara sebegitu hanya subjektif dan tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Sebagai manusia biasa, Reza hanya mampu menjawab persoalan yang diaju.

"Pelbagai dugaan yang saya sudah lalui. Saya hanya mampu membiarkan saja tanpa langsung menjadi kudis. Saya lebih tahu siapa diri saya. Bunyi macam klise, tapi orang di luar boleh terus menghakimi saya. Cuma saya tak nafikan persoalan orientasi diri saya itu sering mengundang teka-teki.

"Apabila orang terus bertanya mengenai perihal itu, saya akan beri jawapan yang sama. Terimalah saya seadanya. Pada satu peringkat, ia jadi menyakitkan hati. Tapi tak apalah, saya tak boleh halang orang daripada terus berkata-kata," katanya yang mengendalikan segmen Petang ERA bersama Adi Fashla.

NAMA PENUH: Syaiful Reza Mohamed

NAMA KOMERSIAL: Reza Mohamed

TARIKH LAHIR: 25 Ogos

TEMPAT LAHIR: Lau King Howe Hospital, Sibu, Sarawak

ZODIAK: Virgo

Oleh Zaidi Mohamad

Gambar Biodata Hadi Idola Kecil 3

Nama: Abdul Hadi b. Abdul Mazlan
Nama Gelaran: Hadi
Tagline: Tembam-tembam pun comel!
Umur: 11 tahun
Tarikh Lahir: 18 Februari 1999
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Bongsu daripada 5 beradik
Hobi: Bermain boling dan berkaraoke
Cita-cita: Ahli perniagaan
Bakat: Bermain gitar dan makan
Subjek Kegemaran: Bahasa Melayu
Penyanyi kegemaran: Aizat
Lagu kegemaran: Bila Cinta (nyanyian Gio)
Makanan kegemaran: Fish and chips
Minuman kegemaran: Teh ‘O’ ais
Haiwan kegemaran: Sugar glider

Gambar,Profil,Biodata Puteri Naib Juara Idola Kecil 3

Biodata Puteri Naib Juara Idola Kecil 3


Nama: Puteri Aszfaryna Khareeza bt. Arif
Nama Gelaran: Puteri
Tagline: Puteri selalu steady!
Umur: 12 tahun
Tarikh Lahir: 17 April 1998
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Bongsu daripada 3 beradik
Hobi: Berkaraoke
Cita-cita: Peguam
Bakat: Berlakon, menari, dan bermain piano
Subjek Kegemaran: Matematik
Penyanyi kegemaran: Lady Gaga
Lagu kegemaran: Listen (nyanyian Beyonce)
Makanan kegemaran: Nasi goreng cina
Minuman kegemaran: Limau ais
Haiwan kegemaran: Kucing

Gambar,Biodata,Profil Balqis (Pemenang ke-3 Idola Kecil 3)

Gambar,Biodata,Profil Balqis Naib Juara Idola Kecil 3


Nama: Nor Balqis bt. Ahmad Tajudin
Nama Gelaran: Balqis
Tagline: Muzik sentiasa di hatiku!
Umur: 11 tahun
Tarikh Lahir: 14 September 1999
Asal: Terengganu
Adik Beradik: 2 daripada 3 beradik
Hobi: Menyanyi, menari, memasak, dan bermain komputer
Cita-cita: Doktor atau pramugari
Bakat: Menari
Subjek Kegemaran: Bahasa Inggeris dan Sains
Penyanyi kegemaran: Whitney Houston
Lagu kegemaran: Laksamana Raja Di Laut (nyanyian Iyeth Bustami)
Makanan kegemaran: Chicken chop
Minuman kegemaran: Jus tembikai
Haiwan kegemaran: Kucing dan arnab

Gambar dan Profil Harris Juara Idola Kecil 3






Harris telah dinobatkan sebagai juara Idola Kecil 3. Tahniah Harris!

Biodata Harris Idola Kecil 3

Nama: Nor Harris Alif b. Norashidi
Nama Gelaran: Harris
Tagline: Kami orang Penang, terbaik…!
Umur: 11 tahun
Tarikh Lahir: 2 September 1999
Asal: Pulau Pinang
Adik Beradik: 3 daripada 4 beradik
Hobi: Menyanyi
Cita-cita: Penyanyi terkenal dan pelakon
Bakat: Bermain gitar
Subjek Kegemaran: Matematik
Penyanyi kegemaran: Amy Search
Lagu kegemaran: Pelesit Kota (nyanyian Amy Search)
Makanan kegemaran: Ayam masak kicap
Minuman kegemaran: Milo ais
Haiwan kegemaran: Hamster

Juara Idola Kecil 3 milik Harris (Juara IK3) - Hurray!!

Juara Idola Kecil musim ke-3 menjadi milik penyanyi cilik yang hensem, Harris.

Senarai Pemenang Idola Kecil 3

Juara IK3 (Idola Kecil)- Harris
Naib Johan IK3 - Puteri
Pemenang ke-3 - Balqis

Konsert Akhir Idola Kecil Musim Ketiga bersiaran secara langsung pada 25 Disember (Sabtu) jam 8.30 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Tahniah diucapkan kepada Abdul Hadi Mazlan (Hadi), 11; Shazlin Salamat (Shazlin), 12; Nor Balqis Ahmad Tajuddin (Balqis), 11; Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), 12; dan Nor Harris Alif Rashidi (Harris),11, yang telah berjayabertanding pada peringkat akhir Idola Kecil 3.

Juara Idola Kecil Musim Ketiga membawa pulang wang bernilai RM10,000 dan juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan dan aktiviti yang diaturkan oleh pihak TV9.



Juara Kamilah Bintang milik Wani - Hurray!


Wani atau nama sebenar Syazwani Sapari atau Wani, 10, berjaya menjadi juara bagi program pertandingan nyanyian realiti yang pertama ditayangkan di Astro Ceria, Kamilah Bintang.

Wani menewaskan lima rakan-rakannya iaitu, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Dayang Nazillah Awang Astillah, 14 dan Qistina Amira Rohaizad, 13.

Dari kiri: Faisal, Wani dan Farhan
 
Wani mendapat  hadiah utama tabung pendidikan bernilai RM15,000, pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia untuk sekeluarga termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah komputer riba berjenama VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah IPod Shuffle.

Faisal pula mendapat tempat kedua diikuti dengan Farhan yang berada di tempat ketiga. Bagaimanapun, persembahan dari Dayang, Qistina dan Aiman tidak mengecewakan dan mendapat sambutan penonton.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, pihak Astro Ceria berbangga dengan pencapaian kesemua peserta Kamilah Bintang kerana telah menunjukkan potensi yang membanggakan sepanjang berada dalam program ini.

"Kualiti nyanyian dan persembahan pentas mahupun tahap keyakinan mereka telah meningkat berbanding kali pertama mereka membuat persembahan di pentas enam minggu lalu.


”Kami juga amat berterima kasih kepada Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin yang telah menjadi mentor dan berkongsi pengalaman luas mereka dalam bidang seni dengan bintang-bintang muda ini.

"Kehadiran mereka telah meningkatkan motivasi dan menjana daya kreativiti para peserta untuk mengembangkan bakat terpendam dan potensi yang ada dalam diri mereka.” katanya.

Pada Konsert Akhir Kamilah Bintang, artis-artis tersebut turut mempersembahkan lagu masing-masing manakala Jaclyn Victor pula hadir sebagai penyanyi jemputan program itu.

Kamilah Bintang yang diacarakan oleh Zoey dan Nora Danish merupakan pertandingan nyanyian musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak menyingkirkan pesertanya.

Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir.

 
 
”Kami juga berbangga kerana telah mengisi masa lapang anak-anak muda ini sepanjang cuti sekolah dengan akttiviti yang berfaedah. Pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam program ini amat berguna setelah kembali ke sekolah nanti.

"Selain dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan, keyakinan dan motivasi yang diperoleh untuk membuat persembahan boleh disalurkan pula ke arah pelajaran mereka selepas ini," kata Evon.

Menurutnya lagi, program Kamilah Bintang bukan sahaja telah menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing.

”Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada tiga orang juri tetap iaitu Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, Syafizawati Sharif atau Cikgu Syafi dan Adibah Noor yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Mereka telah memberikan banyak tunjuk ajar terutamanya daripada aspek kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai," ujar Evon.

Debaran Konsert Akhir Idola Kecil 3

Kini sudah tiba masanya untuk kita semua menyaksikan kehandalan kelima-lima finalis yang berjaya ke pentas konsert akhir Idola Kecil 3. Tiap-tiap minggu ada sahaja tema yang tersendiri di mana mereka semua telah melalui cabaran untuk mendendangkan lagu bertemakan pop & balada, rock, duet dan tribute to Dato’ Siti Nurhaliza. Dari sini, kita boleh lihat di manakah terletaknya kekuatan setiap peserta bukan sahaja dari segi nyanyian, malah tarian dan juga lakonan.

Baca Juara Idola Kecil 3 milik Harris (Juara IK3)

Baca Gambar dan Profil Harris Juara Idola Kecil 3

Sepanjang perjalanan rancangan IK3 ini, begitu banyak kejutan, tangisan dan drama yang telah berlaku. Pada minggu pertama, semua peminat setia rancangan ini telah dikejutkan apabila Adiba telah disingkirkan apabila mendapat markah terendah dan Deera pula pada minggu seterusnya. Walaupun baru sahaja berkenalan, namun tali persahabatan yang terjalin adalah begitu utuh sehingga kekecewaan jelas terpancar pada muka setiap peserta apabila ada rakan yang tersingkir.


Emosi mereka tidak dapat dikawal pada malam penentuan finalis IK3 apabila tiga daripada mereka terpaksa menamatkan perjalanan mereka untuk bergelar Idola Kecil iaitu Angel, Afif dan Farra. Walaupun menyedihkan, ini tetap adat pertandingan apabila hanya satu sahaja yang layak bergelar juara. Tahniah diucapkan kepada Abdul Hadi Mazlan (Hadi), 11; Shazlin Salamat (Shazlin), 12; Nor Balqis Ahmad Tajuddin (Balqis), 11; Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), 12; dan Nor Harris Alif Rashidi (Harris),11, yang telah berjaya untuk bertanding pada peringkat akhir Idola Kecil 3. Minat dan bakat yang dianugerahi Tuhan akan dipraktikkan sebaik mungkin supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada malam tersebut dengan seleksi lagu lama dan baru.

Menjelang konsert akhir program realiti ini, pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan rancangan terbitan TV9 ini berjalan dengan lancar. Perasaan teruja dan gemuruh bukan sahaja dirasai oleh lima finalis cilik ini, tetapi tetap dirasai oleh semua krew produksi yang terlibat secara langsung pada malam kemuncak ini. Kesemua finalis mempunyai bakat luar biasa yang amat menakjubkan dan ianya pasti akan menjadi sangat sukar untuk mengagak siapa yang akan membawa pulang hadiah utama.

Juara Idola Kecil Musim Ketiga bakal membawa pulang wang bernilai RM10,000 dan juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan dan aktiviti yang diaturkan oleh pihak TV9. Siapa yang akan bergelar Juara IK3? Sama-sama kita saksikan Peringkat Akhir Idola Kecil Musim Ketiga yang akan bersiaran secara langsung pada 25 Disember (Sabtu) jam 8.30 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010 - Tahniah Pemenang ASK 2010

Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang dihos Awal dan Vanidah Imran telah berlangsung dengan gemilang. Di sini senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Sharifah Amani (Mualaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Bront Palare (Belukar)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Skrin 2010)
Aaron Aziz (Evolusi Kl Drift 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Fazura (Pisau Cukur)

Filem Terbaik
Mualaf

Drama TV Terbaik

Antara Garisan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pengarah Terbaik Filem

Yasmin Ahmad (Mualaf)

Pengarah Terbaik Drama
Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Anugerah Khas Yasmin Ahmad
Shaheizy Sam

Lakon TV Terbaik
Antara Garisan

Drama Komedi Terbaik
Simpang Tiga

Lakon Layar Terbaik
Shamsul Yusof

Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular

Rancangan Bual Bicara Terbaik
RTM:Isu Khas Gaza Palestin Kami BErsamamu

Laporan Khas/Berita Terbaik
Aduan Rakyat Berbumbung Lagit

Rancangan Muzikal Terbaik
TV3: Anugerah Juara Lagu 24

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Astro Prima Epik Suatu Ketika

Videografi Terbaik Drama
Datang Bulan

Drama Rantaian Terbaik
Nur Kasih

#Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2010


Anugerah Skrin 2010 telah mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman.

Lirik Lagu Ku Relakan Kau Pergi : Okay

Lirik Lagu Ku Relakan Kau Pergi : Okay

Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku

AQ5 : Akademi Al-Quran Musim Ke-5,bermula 8 Januari 2011,TV9

Akademi Al-Quran AQ diterbitkan pada tahun 2006. Akademi Al-Quran sudah melahirkan empat juara iaitu Anuar Hasin (juara AQ1), Abdullah Fahmi Che Nor (juara AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (juara AQ3) dan terkini Ahmad Tirmizi Ali (juara AQ4).

Akademi Al-Quran diwujudkan untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al- Quran.


Akademi Al-Quran Musim Ke-5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab.

Akademi Al-Quran Musim Ke-5 AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama.

Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak. Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat dari jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.

AQ5 diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik. AQ5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 Januari 2011 ini hanya di saluran TV9, Di Hatiku.

Feelhoney - Sekadar Lelaki Biasa Lirik

Feelhoney - Sekadar Lelaki Biasa Lirik

Wajah nan rembulan
meruntun jiwaku
tiap tutur kata
penuh keimanan

tetapi diriku
berbeda denganmu
aku hanya insan penuh kejahilan

adakah mungkin kan ku miliki kasih
atau sekadar dalam hati

korus:
ya Allah perkenankan doaku
jadi ku halal baginya
tuk membimbingku kepadaMu
ku harapkan...

adakah harus ku kata
rahsia cinta di jiwa
siapalah aku
sekadar lelaki yang biasa

cintaku tak berarti milikinya
tapi cukup sekadar doa bahgiaku untuknya

Lirik Lagu Bersama Lakukan Perubahan - Aizat (Jingle SPRM)

Lirik Lagu Bersama Lakukan Perubahan - Aizat

Seiring Ke Haluan
Capai Apa Dicitakan
Keazaman Di Dada

Kita kan bersatu
Bina Perubahan
Menghadapi Rintangan
Tak Rela Kecundang

Utamakan Kebenaran
Adil dan Kejujuran
Jati Diri,Harapan
Tingkatkan Keyakinan

Merempuhi Liku
Dengan Ketulusan
Menghadapi Cabaran dengan Ketabahan

Korus
Jadikan Kita
Pembela nyata di mata dunia
Dan Mendukung Aspirasi Kira
Menjunjung Amanah Beretika
Mampu Mengorak
Dan Menyusun Langkah Ke Hadapan
Bersama Lakukan Perubahan
Perangi Rasuah Musuh Kita Bersama

Jingle Terbaru Kerjasama Artis Terkenal Negara, Aizat dengan pihak SPRM.
Bersama lakukan Perubahan, Perangi Pemberi Rasuah

Idola Kecil 3: Afif, Angel dan Farra sedih tersingkir

Peserta Idola Kecil 3, Afif, Angel dan Farra yang gagal meneruskan perjuangan ternyata sedih menerima keputusan tersebut sehingga tangisan terbawa-bawa ketika sesi temu ramah diadakan.

"Saya terkilan dan menyesal sebab sudah sampai ke minggu keenam tetapi tidak dapat masuk final. Bagaimanapun, saya reda dengan keputusan Tuhan.

"Dari segi persembahan pada malam ini saya sudah buat yang terbaik dan mungkin rezeki tidak memihak pada saya," kata Afif dengan nada sayu.


Bagi peserta genit, Farra, biarpun sedih dengan keputusan tersebut namun, dia berazam untuk terus mencuba dalam pelbagai pertandingan nyanyian selepas ini.

"Saya tidak sangka tersingkir sebab sudah buat yang terbaik. Namun, saya akan mencuba pula untuk menyertai pertandingan lain. Mungkin di sini bukan rezeki saya.

"Kepada kawan-kawan yang berjaya saya nak ucapkan selamat berjaya. Nanti jangan lupa pada kami yang tidak berjaya. Bila sudah menang nanti janganlah berbangga diri dan mesti ingat sampai bila-bila," kata Farra.

Sementara itu, Angel yang turut mengalirkan air mata ketika di temu ramah menyatakan bahawa dia sesungguhnya berbangga kerana dapat sampai ke minggu yang keenam.

"Selama enam minggu dah belajar banyak perkara dan sudah lakukan yang terbaik dalam persembahan," katanya yang menyampaikan lagu Pakai Buang daripada Stacy minggu lalu.

Idola Kecil 3: Balqis, Shazlin, Harris, Hadi dan Puteri ke konsert akhir 25 Disember

5 peserta Idola Kecil musim ketiga (IK3) bakal berentap di pentas akhir IK3, pada 25 Disember ini.

Peringkat akhir IK3 bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 9 malam menerusi TV9.

Dan konsert keenam IK3 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di TV9 menyaksikan tiga peserta iaitu Angel, Afif dan Farra terpaksa akur dengan keputusan juri yang tidak memihak kepada mereka sekali gus menamatkan perjuangan mereka.

Mereka yang berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Balqis, Shazlin, Harris, Hadi dan Puteri.

Baca >> Juara Idola Kecil 3 milik Harris (Juara IK3)

Baca >> Gambar dan Profil Harris Juara Idola Kecil 3

Melihat kepada persembahan kelapa-lapan peserta minggu lalu, masing-masing memberikan persembahan mantap. Juri tetap IK3, Atilia dan juri jemputan, Noryn Aziz sendiri mengakui sukar membuat keputusan mereka yang layak ke peringkat akhir.

Berbanding tahun lalu, peserta akhir IK2 yang dibawa ke final ialah enam orang . Pengurangan seorang peserta akhir tahun ini menurut penerbitnya, Nurul Ashikin Halim, sebagai mewujudkan persaingan yang lebih kuat di kalangan peserta.

Merebut hadiah utama RM10,000 bagi juara, RM5,000 bagi naib juara dan RM3,000 bagi tempat ketiga jelas Nurul Ashikin, peserta akhir bagi musim kali ini dilihat menepati apa yang diinginkan oleh pihak TV9 dalam mencari idola di kalangan kanak-kanak.

"Terus-terang, kami susah hendak membuat keputusan kerana semua peserta yang berentap pada malam ini (Sabtu lalu), bagus-bagus dan berbakat.

"IK3 bukan hanya medan mereka menyerlahkan bakat tetapi secara tidak langsung dapat memupuk semangat setia kawan, berdikari dan persaingan secara sihat di antara mereka.

"Dan untuk pemilihan ke akhir malam ini, markah sebenarnya dikumpul daripada hari mula mereka berada dalam IK3.

"Biarpun pernah ada artikel yang menyatakan bahawa mereka menyanyikan lagu-lagu yang tidak bersesuaian dengan usia kanak-kanak mereka namun, bagi kami ia hanya sebagai hiburan halwa telinga semata-mata," katanya.

Bercerita tentang format pertandingan akhir, jelas Nurul Ashikin, peserta bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru yang diciptakan khas buat mereka dan sebuah lagu cover version berbahasa Melayu.

Program Anda Ada 60 Saat, Astro bermula 25 Disember 2010

“Anda Ada 60 Saat” merupakan rancangan berbentuk permainan yang menjanjikan anda hadiah yang lumayan! Rancangan bertempoh sejam dalam 26 episod ini menghendaki para peserta berdepan dengan 10 cabaran yang akan meningkat tahap kesukarannya di samping menggandakan wang tunai. Dengan menggunakan barangan harian, permainan ini menguji kepantasan dan ketangkasan peserta. Para peserta akan disingkirkan jika gagal menyelesaikan tugasan dalam masa 60 saat. Peserta yang berjaya melengkapkan 10 cabaran boleh membawa pulang hadiah utama berjumlah RM500,000!

Jangan risau, para peserta boleh berlatih untuk menyempurnakan cabaran-cabaran ini di rumah. Mampukah anda menyahut cabaran ini untuk memenangi RM500,000?

Laman Web: http://www.astro.com.my/andaada60saat/


Drama realiti Gadis Semasa Sunsilk,TV3 mulai 11 Januari 2011

Drama realiti Gadis Semasa Sunsilk 13 episod bakal ditayang di TV3 mulai 11 Januari 2011 mencipta kelainan apabila ia lebih menjurus kepada memberikan inspirasi kepada penonton menerusi perjalanan hidup seorang pelajar yang berkebolehan dalam bidang seni.

Pada dasarnya, drama realiti terbitan Red Communications yang memaparkan transformasi diri gadis terpilih itu bukan bertujuan pada akhirnya untuk melahirkan seorang bintang, sebaliknya perkongsian keazaman wanita muda itu untuk memajukan diri bersama-sama masyarakat, terutama golongan wanita.

Dengan sokongan jenama penjagaan rambut terkenal itu, drama realiti 13 episod ini diarahkan oleh Bernard Chauly. Ia turut menampilkan beberapa pakar dalam bidang seni dan kecantikan iaitu Ajai (pakar vokal), Wardina (personaliti) dan Bambang Soteto (dandanan).

Gadis Semasa mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yang dicungkil bakat muziknya menerusi laman sosial. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merealisasikan minatnya dalam bidang itu sehingga ke pentas terkemuka. Namun dengan bantuan pakar, dia mula membina keyakinan diri dan melihat perubahan dalam hidup.

Ia sebuah perjalanan yang penuh pahit dan manis, suka dan suka, serta kejutan yang diharap dapat menyentuh rasa, seterusnya memberikan impak kepada mereka yang menontonnya.

Menurut penerbitnya, Lina Tan, proses mencari gadis yang sesuai untuk diketengahkan dalam drama itu bukan kerja yang mudah. Ia turut mengambil masa kerana mereka bukan mencari calon yang ingin dijadikan bintang komersial, sebaliknya insan biasa yang berbakat besar, serta mampu memberikan inspirasi kepada masyarakat.
"Oleh kerana minat kebanyakan wanita muda hari ini adalah kepada muzik dan kecantikan, jadi kami berusaha mencari calon sesuai di Internet. Di situ, kita dapati ramai yang berbakat, tetapi belum pernah didedahkan kepada arus perdana.

Akhirnya, kami menemui gadis ini di YouTube, apabila dia memaparkan lagunya di laman berkenaan. Kita sedar, dia bukan mahukan kemasyhuran, sebaliknya sekadar berkongsi bakat bersama orang ramai. Itu jugalah kriteria yang dicari-cari oleh kami," kata Lina pada majlis sidang akhbar mengumumkan program itu di Bangsar baru-baru ini.

Rancangan realiti itu sekadar menyediakan tapak sokongan buat gadis terbabit, manakala masa depannya berada dalam tangannya sendiri, tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

Belum bersedia untuk mendedahkan identiti gadis berkenaan, Lina memberitahu, lagu yang dimuatkan wanita muda itu pada hakikatnya menjadi faktor utama mengapa mereka memilihnya untuk drama realiti ini.

"Begitupun, proses memujuk dirinya untuk tampil dalam program ini bukanlah selancar yang disangka. Justeru, untuk mengetahui bagaimana pujukan itu berlaku, penonton harus mengikuti episod pertamanya apabila ia disiarkan kelak," ujar Lina sambil menguntumkan senyuman.

Sementara itu, Bernard berkata, dia sendiri teruja untuk mengarahkan drama realiti terbabit kerana ia muncul projek pertama membolehkan dirinya menggabungkan elemen drama dan kejadian sebenar pada masa yang sama.

"Saya pernah menghasilkan drama, filem serta program berbentuk majalah. Inilah julung kalinya saya terbabit dalam rancangan berbentuk realiti. Jadi, tentunya saya cukup teruja. Pada ketika yang sama, saya sedar cabaran besar menunggu sebaik saja bersetuju mengarahkannya. Ketika itu saya tahu, saya akan bekerjasama dengan gadis yang tidak pernah pun mempunyai pengalaman berlakon depan kamera.

"Namun begitu, bagi melancarkan produksi, kami mengadakan bengkel selama tiga minggu. Saya tidak mahu dia berlakon, sebaliknya memaparkan diri sebenar kepada penonton. Ketika yang sama, tentulah kami mempunyai skrip yang perlu diikuti.
Selama kira-kira tiga bulan, penonton akan dapat mengikuti perjalanan hidup gadis ini. Pendek kata, ia sebuah persembahan yang segar, jujur dan penuh keseronokan," kata pengarah Gol & Gindu dan Pisau Cukur ini.

Ajai pula memberitahu, gadis yang terpilih itu sememangnya berbakat besar dan dia sendiri berasakan, bakat sebagus itu harus dikongsi bersama dengan khalayak di arus perdana.

Manakala Wardina pula melihat gadis terbabit sebagai insan yang ikhlas, yang memiliki keupayaan tinggi dalam bidang muzik.

"Peranan saya dalam program ini adalah lebih kepada seorang kakak kepadanya, yang cuba membantunya mendapat keyakinan yang lebih, dalam usaha menjadi dirinya yang sebenar," katanya.

Lirik Lagu Hanya Kamu…(Babe) – Dynda

Lirik Lagu Hanya Kamu…(Babe) – Dynda

Kali pertama kumenatapi wajahmu
Kau mencuri hatiku sayang
Dua jiwa jadi satu (jiwa jadi satu)

Ku bagaikan puteri di alam fantasi
Kini kau hadir seakan ku masih bermimpi
Ketika kita bercinta belum pernah ku merasa
Suatu yang sungguh indah

Oh inikah cinta

Ku tak pernah percaya
Sesuatu yang bernama cinta
Tapi saat kita bertemu
Membuatku yakin padamu
Tiada siapa yang dapat mengerti
Hanyalah diriku sendiri
Seakan dunia milik kita

Oh benarkah ini cinta

Hey
Di mataku hanya kamu
Hatiku hanya untukmu
Kusetia padamu
Kau hanyalah untukku

Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku
Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku

Hey

Lama sudah bercinta
Kasihku tak berubah
Jujurlah padaku sayang
Agar kita kekal selamanya (kita kekal selamanya)

Ku bagaikan puteri di alam fantasi
Kini kau hadir seakan ku masih bermimpi
Ketika kita bercinta belum pernah kumerasa
Suatu yang sungguh indah

Oh inikah cinta

Hey
Di mataku hanya kamu
Hatiku hanya untukmu
Kusetia padamu
Kau hanyalah untukku

Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku
Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku

Harus selalunya
Hanya aku sahaja
Kerana di mataku
Hanya dirimu
Harus selalunya
Hanya aku sahaja
Kerana di mataku
Hanya dirimu

Walau apa yang terjadi
Aku kan selalu di sisi
Tiada siapa yang mengerti
Kerana aku yang memilik (ku yang memilik)

Ini kisah cinta remaja
Yang belum tentu nyatanya
Cinta yang tersimpul mati
Membutakan mata dan hati
Walau cinta rasa berbeza
Kerana cinta bila berubah
Semua indah pabila bercinta
Jangan biarkan jiwa terluka

Hey
Di mataku hanya kamu
Hatiku hanya untukmu
Kusetia padamu
Kau hanyalah untukku

Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku
Kau satu dalam sejuta
Oh sayang tiada yang lain
Hanya kau dan aku

Dapatkan Nada Dering Pemanggil
DynDa- Hanya Kamu… (Babe)
Pengguna Maxis – Dail *131*192401# tekan “CALL”
Pengguna Digi – SMS CT 0102021 hantar ke 2000
Pengguna Celcom – SMS CMT 99511 hantar ke 22990
Pengguna Umobile – SMS CT 251972 hantar ke 28118

Lirik Lagu YA ROBBI (OST Khurafat) : Burn&Soul

Lirik Lagu YA ROBBI (OST Khurafat) : Burn&Soul

Intro (V.O)

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Outtro (V.O)

Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..

YA ROBBI (English translation)
by Khad Frances


Intro (V.O)

Sometimes we forget
Sometimes we're idle
Sometimes we're blind
HE's watching us

Ya ALLAH..

Verse 1

Indeed humans are forgetful by nature
Even if overwhelmed by a thousand advice every time
Still hard to penetrate the heart because of sins
That form a barrier between me and HIM

Uh' back then in the dark gloomy world
Although lights,fast songs made me dance
Together with them on the same ark
Drenched in sweat oh' filled with shame
Yah' yah' I forgot

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world

**Chorus

I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Verse 2

If you ask me honestly uh' Why is the world like a magician
Playing the illusion and blurring the mind
Everything in front of our eyes looks oh' so good
But in actual fact oh' it's the opposite

HIS book,HIS words which I'd once forgotten
I start to recite even if I'm slow as a turtle
For I know this is the book of answers to
The world's crossword puzzle

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world


**Chorus

I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Bridge

I'm helpless
Please forgive..Please forgive..(Ya ALLAH,my LORD)
Give me the light
Please forgive me..Please forgive me..(Please forgive me)
Place me in your paradise

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Outtro (V.O)

Back then when someone said that prayer is the pillar of faith
I had my doubts..
But now I'm certain
Alhamdulillah..


Sesi Ujibakat Showdown 2011 (Pencarian Tarian Krew Jalanan ) bermula 8hb Januari 2011

Showdown 2011 dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang terbest di Malaysia

Sesi ujibakat Showdown 2011 akan diadakan pada bulan Januari 2011. Sesi ujibakat Showdown 2011 akan bermula di Kuching, Sarawak pada 8hb Januari 2011. Sesi ujibakat kedua pula akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada minggu seterusnya iaitu pada 15hb Januari 2011.

Di Semenanjung ujibakat akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Januari 2011 nanti. Sesi pendaftaran ujibakat akan dibuka dari jam 9.00pagi hingga 3.00petang dilokasi-lokasi tersebut di atas.

Semasa sesi ujibakat, para penari akan menari mengikut rentak dan 'style' mereka sendiri untuk perhatian juri. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 hingga 7 penari. Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat akan bertanding terus pada keesokan harinya dalam sesi 'Battle' di mana mereka akan menentang antara satu sama lain dan mereka yang memenangi pusingan 'Battle' akan mara ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.

Ujibakat adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu. Pada penghujung ujibakat tersebut, hanya 14 kumpulan yang terpilih akan bertanding di sesi 'Show Off' untuk menentukan tempat ke Top 12.

Selepas mengetahui siapakah TOp 12, kesemua 12 krew ini akan mula beradu nasib dan disinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan. Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil 'Dance Off' dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Hanya 4 kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat akhir akan ke "Final Countdown" di mana mereka akan mempersembahkan tarian dengan 'style' "krump-ing", "lock-ing" dan "breakdance" untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara Showdown 2011.

Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim sekali lagi diberi tanggungjawab mengacarakan Showdown 2011. Program ini pasti kurang menyengat tanpa kehadiran Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap Showdown 2011.

Showdown 2011 juga dengan dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan mengalu- alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

Program ini akan ditayangkan kepada umum pada bermula 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam, hanya di 8TV. Anda juga boleh mengikuti perkembangan kumpulan kegemaran anda serta episod kegemaran anda di www.facebook.com/8TV showdown 2010.

Tujuan rancangan Showdown adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini. Tarian jalanan seharusnya menerima penghormatan dan perhatian setaraf dengan tarian-tarian lain seperti 'ballroom dancing' dan juga tarian tradisional.

Showdown 2011 akan memaparkan drama serta aksi menarik untuk tontonan peminat semua. Tidak hanya mempersembahkan gerakan hip-hop malah krew-krew ini bakal menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan. Cabaran yang diberikan setiap minggu diterima baik oleh peserta. Tema dan konsep setiap minggu diadun dengan kreativiti setiap krew bagi memastikan persembahan mereka berjaya menarik perhatian penonton!

Senyuman Juara Mari Menari - MM Razif


MM Razif bergelar juara pertama Mari Menari (MM)menepati ramalan khalayak. Pasangan Razif mendapat undian sebanyak 52% meninggalkan naib johan MM iaitu pasangan Ariz dengan undian 48% .Pasangan Razif yang baru 7 bulan bergelar suami isteri menerima hadiah utama berupa kondominium mewah bernilai RM350,000 di Ipoh, Perak beserta sebuah trofi. Pasangan ini turut menerima hadiah bonus dari pihak Astro iaitu percutian ke Bali tajaan hotel Hard Rock Bali.

Pasangan Zul meraih tempat ketiga dengan menerima sebuah trofi dan sejambak bunga. Manakala, pasangan Fahmi pula mendapat tempat keempat yang turut menerima sebuah trofi dan sejambak bunga.

Lirik Lagu Battle Utara Mai PutaQ - Nawi feat CypherDefect and DMent

Lirik Lagu Battle Utara Mai PutaQ - Nawi feat CypherDefect and DMent

(Nawi)
Hang jangan sembang kalau muka hang tu macam mambang
Aku marah percik api, hang jadi ayam panggang
Skill hang macam pengemih, dok tumpang lirik orang
Aku rap memang sempoi, hang start rap semua tumbang
Tu la hang mat skupang, jangan dok tunjuk lagak
Muka hang bodoh comot, aku depa kata segak
Hang nak lawan? Mai sini, tapi hang takut teragak
Skarang aku bagi penendang tambah sedaih penyepak
Hang Action tunjuk juara, tapi rap berteraboq
Aku telan ayat hang, sebab rap hang macam pasemboq
Jangan bagi jatuh, tau hang takut pecah teloq
Sebab aku bagi nanti, teruih hang bersemboq
Ini rap style utara, skali dengaq macam pelik
Ayat kaw-kaw kuat, hang penat teruih tercekik
Chef itu aku, aku cincang baris hang macam sawi
Tu la dia nak sangat, lawan rap dengan Nawi

(Chorus)
kami mai buat loklaq, Hang jangan nak lari
Kami mai boh penampaq, Hang jangan buat tak reti
Kami mai hang dah ketaq, Hang jangan buat brani
Sekali semua dok hawaq, Satgi mak hang tak kenai ie

(CypherDefect)
Makasih la no, turn aku nak bergebang
Hentak ayat padu pasai hangpa kuat sembang
Auto tune ingat hebat, ahhh hang auta kuat
Mulut cam musibat, aku curah paraquat
Hangpa mai dekat, aku bagi siku lipat
Muka toya mak min, marka aku hang nak pikat?
Takyah buat hebat, aiii takyah tunjuk lorat
Aku naik meluat hangpa buat lawak Borat
Berat ayat aku tu pasai hang takleh pikui
Batin hangpa lemah walau badan ketui-ketui
Tersembui bijik mata bila aku bagi tayang
Ayat aksi sempoi slalu main dalam wayang
Melayang-layang rima hangpa kena hembuih
Pintu hangpa katup, kompem aku bole tembuih
Jurus aku pi, kena hangpa boleh mampuih
Tak lama kuboq panggil mai sini bagi kambuih

(Chorus)
kami mai buat loklaq, Hang jangan nak lari
Kami mai boh penampaq, Hang jangan buat tak reti
Kami mai hang dah ketaq, Hang jangan buat brani
Sekali semua dok hawaq, Satgi mak hang tak kenai ie

(DMent)
Aku rap ala seni silat gayung pusaka
Aku kilaih-kilaih ayat gaya hayun utara
Hang tak keudara, sebab hang bawah tanah
Aku cakap betui-betui lagu hang banyak salah
Punggah, rap hang langsung tak kemaih
Bila nampak hang timbui, aku rendam bagi lemaih
Rap tak bernas, nasik apa hang balun?
Budget cool tapi hang direct buat kalut
Aku kunci mulut takleh bukak, duduk diam
Lagu hang murah, tak sedap, aku tawaq kat Siam
Takleh pinjam, lagu ni aku bantai bagi
Hang lempaq ayat pedas aku slamba santai lagi
Aku tak pedulik walau back-up bersusun
Bakmai satu padang aku angkut satu dusun
Aku Tuah, hang malang, tu hang punya nasib
Aku banyak projek macam Shahidan Kassim

(Chorus)
kami mai buat loklaq, Hang jangan nak lari
Kami mai boh penampaq, Hang jangan buat tak reti
Kami mai hang dah ketaq, Hang jangan buat brani
Sekali semua dok hawaq, Satgi mak hang tak kenai ie

Lirik Lagu Menyesal 6IXTH SENSE(OST Asmara)

Lirik Lagu Menyesal 6IXTH SENSE(OST Asmara)

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Lirik Lagu Laila Farhana - Jinbara

Lirik Lagu Laila Farhana - Jinbara

Kau nan mempersona
Terpaku sukmaku
Menatap wajahmu
Kau harum mewangi
Berdebar jantungku
Menusuk di kalbu
Ingin sekali ku menghampiri
Curah segala
Agar terlepas resah di dada
Yang mengganggu jiwa

Kau nan mempersona
Terpaku sukmaku
Menatap wajahmu
Kau harum mewangi
Berdebar jantungku
Menusuk di kalbu
Ingin sekali ku menghampiri
Curah segala
Agar terlepas resah di dada
Yang mengganggu jiwa

Korus
Kau laila farhana
Tiada daranya tiada dua
Hanyalah satu
Kau laila farhana
Ku damba ku bangga
Seumpama bidadari syurga
Kau laila farhana
Tiada daranya
Ku damba ku bangga ke akhirnya

Lirik Lagu Kita Boleh – Sixth Sense

Lirik Lagu Kita Boleh – Sixth Sense

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Dipersembahkan jiwa ragaku untukmu
Ku baktikan karyaku untukmu Malaysia
Kan ku junjung tinggi-tinggi Malaysiaku
Harumkan mu di persada antarabangsa

Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh
Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Katakan boleh (boleh)
Kita kan boleh

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Lirik Lagu Cikgu Ayu – Khalifah

Lirik Lagu Cikgu Ayu – Khalifah

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu
Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu
Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

Konsert Ria 2010: Temui Finalis Mari Menari

Kemuncak Mari Menari menyaksikan MM Razif dinobatkan sebagai juara. Kemunculan pasangan-pasangan ini pasti dirindui apabila rancangan Mari Menari berakhir. Atas sebab itu, Astro Ria mengajak semua peminat Mari Menari ke i-City Shah Alam pada 19 Disember 2010, mulai jam 6 petang untuk acara Konsert Ria 2010.

Konsert Ria 2010 ini akan menampilkan keempat-empat pasangan finalis Mari Menari dan pengacara cantik jelita Lisa Surihani. Konsert ini juga bakal menampilkan artis-artis popular tanah air seperti M. Nasir, Mawi, Shahir, Adira, Dato' David Arumugam, Anuar Zain dan ramai lagi.

Peminat juga berpeluang beramah mesra bersama semua pasangan Mari Menari di acara yang penuh gilang gemilang ini. Jangan lepaskan peluang anda menghadiri Konsert Ria 2010 ini nanti.

Juara Mari Menari : Pasangan Razif tahniah!



Pasangan Razif adalah pasangan pertama diumumkan sebagai juara Mari Menari musim pertama dan memenangi sebuah kondominium mewah The Haven, Ipoh.

Manakala pasangan Ariz dinobatkan sebagai naib johan Mari Menari musim pertama.

Kuasa penonton menerusi 100 peratus undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telah meletakkan pasangan Razif dan isteri sebagai pemenang dengan 52 peratus.

Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua.

Razif yang ditemui pada sidang media program itu berkata, segala kesulitan dan jerih-perih sepanjang 10 minggu persaingan terbayar dengan kemenangan ini.

“Saya ingin berterima kasih pada Astro, koreografer Belalang dan penasihat Lisdawati atas peluang dan bimbingan yang diberikan.”Segala kesulitan yang kami hadapi sepanjang berada dalam program ini terbayar dengan kemenangan ini,” katanya.

Dua pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Kesemua finalis menampilkan dua persembahan wajib yang bertemakan hip hop dan kontemporari untuk pusingan awal.

Dua pasangan yang mendapat peratusan tertinggi iaitu Razif dan Ariz mara ke pusingan akhir untuk cabaran tarian bertemakan Latin.

Tahniah diucapkan!!

Lirik Lagu Kekasih Ku Curang - Dazmelon

Lirik Lagu Kekasih Ku Curang - Dazmelon

Betapa pilunya hati,
Bila luka lama terubat,
Terluka kembali kerna,
Sikap mu yang berubah……ahh…ahh

Namun kau masih tak mengerti,
Akan kerapuhan hati ini,
Bila diuji dengan cinta mu,
Yang tak setia…..ahh,ahhh
dan pura-pura…

Bukan semua hanya satu pinta ku,
Yang tak mungkin kau kan mengerti,
Jujurkanlah kebahagian cinta,
Dan jangan kau curang…

Kau curang…………[3x]
Kekasih ku curang………….

Lirik Lagu Gelap - Statik

Lirik Lagu Gelap - Statik


Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu

Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah
(Moga terhenti di sini)

Korus
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku arah nyata

Konsert ke enam Idola Kecil tiada penyingkiran

Idola Kecil konsert mingguan keenam yang mengangkat tema penghormatan kepada Datuk Siti Nurhaliza tiada sebarang penyingkiran .

Gelagat 2 peserta Idola Kecil IK3 iaitu Hadi dan sahabatnya, Harris pada malam itu telah menggamatkan studio tersebut apabila air mata mereka mengalir deras tanpa dipaksa.

Semuanya selepas kesemua lapan peserta IK3 perlu melalui situasi yang agak tegang ketika nama mereka dipanggil oleh pengacaranya, Alif Satar dalam suasana yang cukup mendebarkan.


Hadi dilihat mempunyai potensi untuk disingkirkan gara-gara kegagalannya menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu dengan baik.

Bukan sekadar lupa lirik tetapi ada bahagian not tertentu, nyanyian Hadi tergelincir daripada landasannya lalu membuatkan ramai yang menyangka kanak-kanak comel itu akan menjadi mangsa seterusnya.

Sebaik sahaja Alif mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu itu, keadaan menjadi tidak terkawal apabila Hadi dan Harris berterusan menangis tanpa henti sehingga perlu ditenangkan oleh keluarga masing-masing.

Bertemu dengan Hadi dan Harris usai rakaman tersebut, dalam nada teresak-esak, masing-masing memanjatkan kesyukuran apabila tiada penyingkiran pada episod tersebut.

Untuk Hadi atau nama sebenarnya, Abdul Hadi Abdul Mazlan, dengan penuh jujur dia mengakui dia cukup takut seandainya namanya yang akan disebut oleh Alif sebagai peserta yang akan tersingkir.

Memang dari awal lagi, dia sudah mempunyai firasat tersebut berdasarkan kepada persembahannya yang kurang memberangsangkan atas faktor tidak sihat.

"Saya tidak dapat memberikan persembahan yang baik kerana demam dan selesema sejak beberapa hari sebelum konsert ini. Kerana itu, saya memang menyangka saya yang akan tersingkir.

"Syukur Alhamdulillah apabila tiada penyingkiran dan saya berazam untuk membuat persembahan terbaik pada minggu ini kerana saya mahu bertanding sehingga ke peringkat akhir nanti," katanya tersekat-sekat sambil menyapu air mata yang tidak henti mengalir itu.

Namun, anak kelahiran Kuala Lumpur itu menafikan kemunculan Siti Nurhaliza yang turut bertindak sebagai juri jemputan pada malam itu telah mengganggu konsentrasinya.

Apatah lagi, ketika Hadi membuat persembahan, penghibur bersuara emas itu juga menyanyi bersamanya dan memang terpancar jelas kanak-kanak berusia 12 tahun itu terkedu apabila nampak Siti melakukan sedemikian.

Jika Hadi mengalirkan air matanya kerana takut menjadi mangsa penyingkiran, berlainan pula dengan Harris.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu tidak menafikan dia juga bimbang seandainya disingkirkan tetapi apa yang lebih menyedihkan jika dia tidak dapat lagi bersaing bersama Hadi.

Sesungguhnya persahabatan mereka memang cukup akrab dan lebih-lebih lagi, belum ada seorang pun peserta lelaki yang tersingkir.

Atas alasan itulah, Harris menjelaskan seboleh-bolehnya dia tidak mahu Hadi dan seorang lagi peserta lelaki, Muhammad Afif Abdul Halim atau Afif disingkirkan.

"Kami memang berkawan rapat dan kami juga mahu bertanding sehingga ke peringkat akhir nanti. Siapa yang tidak takut jika nama mereka dipanggil sebagai peserta yang tersingkir.

"Saya akui kesemua peserta yang ada dalam pertandingan ini memang bagus dan hebat," kata Harris atau nama penuhnya, Nor Harris Nor Rashidi itu dalam nada tenang.

Anak kecil berusia 11 tahun itu telah menyampaikan lagu Pastikan dengan cukup cemerlang dengan gaya tersendiri sehingga mendapat pujian Siti dan juri tetap IK3, Atilia.

Selain Hadi, Harris dan Afif, lima peserta lain yang akan meneruskan perjuangan mereka untuk minggu ini ialah Shazlin Salamat atau Shazlin, Angelica Paujin (Angel), Farra Noradzlina Safwan (Farra), Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri) dan Nol Balqis Ahmad Tajudin (Balqis).

Secara keseluruhan, kesemua peserta telah memberikan persembahan yang menarik dan interpretasi tersendiri terhadap lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza.

Afif misalnya, telah menyelitkan elemen rap pada pertengahan lagu Ku Milikmu yang mendapat pujian Siti dan Atilia.

Begitu juga Puteri dengan penuh beremosi menghayati lagu Dialah Di Hati yang merupakan sebuah lagu yang begitu sukar dinyanyikan seperti mana dikatakan Siti.

Mengulas tentang elemen kejutan pada konsert mingguan keenam itu, Penerbit IK3, Nurul Ashikin Halim memberitahu ia bukanlah sesuatu yang dirancang.

Katanya lagi, penyingkiran akan tetap berlaku kerana sedari awal sejak IK3 mula bersiaran, tidak mungkin 10 peserta yang bertanding akan mara ke peringkat akhir pada 25 Disember ini.

"Dua konsert terawal memang tidak ada penyingkiran dan ia hanya dilakukan selepas itu. Buat masa ini sukar untuk saya katakan berapakah bilangan peserta yang akan ke final. Semuanya akan terjawab pada minggu ini," katanya yang memberitahu tema untuk minggu ini akan menyaksikan para peserta menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka.

Tentang tema minggu keenam yang memberi penghormatan kepada Siti Nurhaliza pula, Nurul Ashikin menjelaskan pihaknya memang sudah lama mahu melakukan tribute untuk penyanyi hebat itu.

Malah, untuk dua musim terdahulu, puas pihaknya menjemput Siti sebagai juri jemputan tetapi kerana kesibukannya serta waktu yang tidak sesuai menyebabkan hasrat itu tertangguh seketika.

"Lagipun tahun ini merupakan tahun ke-15 pembabitannya dalam bidang seni. Jadi, sesuai sangatlah jika Siti diberi penghormatan oleh IK3," katanya yang gembira dengan respons menggalakkan daripada masyarakat terhadap IK3.

Berita Kamilah Bintang:Peserta diajar keyakinan diri

Sudah lebih empat minggu mereka berkurung dalam studio, diberi pelbagai ilmu khususnya dalam bidang muzik bertujuan melatih sahsiah dan keyakinan diri.

Enam peserta cilik dari program Kamilah Bintang yang disiarkan menerusi Astro Ceria turut berhadapan dengan cabaran dan tekanan apabila setiap mereka harus membuat persembahan pada setiap minggu.

Berpeluang berhadapan dengan dunia luar dalam showcase Kamilah Bintang yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Setiawangsa baru-baru ini cukup menceriakan air muka mereka.

Namun dalam ceria, ratanya mereka agak gementar apabila terpaksa berhadapan dengan lebih 3,000 kanak-kanak yang membanjiri kompleks membeli belah itu untuk bersua muka dengan peserta program itu.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, program nyanyian yang mencabar bakat kanak-kanak itu semakin mendapat perhatian masyarakat.

Menurutnya, pendedahan awal bersama dunia luar dalam showcase itu sebagai menambah keyakinan sebelum berakhirnya konsert itu.

"Dalam masa dua minggu lagi program ini akan menutup tirainya dan showcase ini di diadakan bagi memberi keyakinan kepada mereka berhadapan dengan masyarakat termasuk mana yang sudah ada peminat.



"Mereka bukan dilatih menjadi artis tetapi untuk berani berhadapan dengan cabaran selain keyakinan dan membina sahsiah diri," katanya.

Memandangkan showcase itu bertujuan menarik kanak-kanak mendekati peserta program ini, sudah tentu mereka ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing. Oleh itu, Astro turut mengundang penyanyi popular mengadakan persembahan diselang selikan dengan peserta Kamilah Bintang.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian peserta iaitu Qistina dengan lagunya What About Now yang pernah dinyanyikan oleh Chris Daughtry dan Aiman (Bila Cinta). Peserta lain ialah Farhan dengan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang; Wani (Tolong Ingatkan Aku), Faisal (Bukti) dan Dayang (Azharina Azhar).

Manakala penyanyi yang diundang sepanjang showcase ini iaitu Amy Search menyanyikan lagu Kerja Gila, Stacy dengan lagu Jahat, Aizat pula menerusi lagu Sungai Lui; Farah Asyikin (Hello) dan Ana Rafali (Tolong Ingatkan Aku).

Hanya tinggal dua minggu saja lagi program ini akan berakhir sebelum salah seorang daripada enam peserta akan dinobatkan sebagai juara Kamilah Bintang bagi musim pertama.

Mereka bukan saja dijanjikan dengan hadiah lumayan bakal diterima untuk tempat pertama hingga ke tiga bagi peringkat akhir nanti, tetapi mereka menjadi juara mingguan diberi hadiah yang akan disumbangkan kepada sekolah peserta.

Hadiah bagi minggu pertama dimenangi Faisal iaitu set peralatan muzik terdiri daripada keyboard jenama Yamaha), gitar, set dram, bass dan sistem audio termasuk mikrofon.

Minggu kedua dimenangi oleh Farhan dengan menyumbangkan hadiah kepada sekolahnya tiga penyaman udara dan kelengkapan koleksi buku premium dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Pada minggu ketiga dimenangi Dayang yang menyumbangkan hadiah kelengkapan sukan sekolah berjenama antarabangsa, manakala minggu keempat dimenangi Faisal sekali lagi dengan hadiahnya ialah pembiayaan ubahsuai hiasan dalaman kantin sekolah.

Hadiah utama peringkat akhir akan menerima pakej percutian bersama keluarga ke Taman Tema Gold Coast, Australia dan komputer riba. Tempat kedua menerima pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong, manakala hadiah ketiga pula pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga. Keenam-enam peserta ini turut membawa pulang dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan Ipod Suffle.

Oleh Rozdan Mazalan

Siapa Juara Kamilah Bintang?

2 kali bergelar juara mingguan Kamilah Bintang, apakah ia satu petanda buat Faisal untuk merangkul gelaran juara Kamilah Bintang yang kini hangat ditayangkan di saluran Astro Ceria (611)?

Sememangnya sukar untuk diramalkan bagaimanapun pencapaian Faisal atau nama sebenarnya, Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Gelang Patah, Johor), menerusi program itu cukup membanggakan.

Kamilah Bintang Faizal

Diumumkan sebagai juara mingguan sebanyak dua kali bererti Faisal berjaya mengumpul RM20,000 untuk tabung sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.

Sila Baca : Wani Juara Kamilah Bintang

Selain Faisal, Farhan Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, dari Pekan, Pahang juga pernah meraih gelaran sama. Termasuk seorang lagi peserta iaitu Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nazillah Awang Astillah, 14, dari Hulu Klang.

Manakala peserta yang sering mendapat pujian, Wani (Syazwani Sapari, 10, Petaling Jaya), Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Semenyih) dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad, 13, Seremban), belum berpeluang meraih kejayaan seperti yang lain meskipun turut mempamerkan persembahan yang membanggakan.

Justeru, persaingan untuk menjadi juara mingguan setiap minggu semakin sengit. Hanya vokal dan persembahan yang paling menyerlah saja mampu memikat hati juri.

Menerusi konsert minggu kelima ini, penyanyi terkenal Farah Asyikin akan bertindak sebagai Ikon Bintang yang bertanggungjawab melatih enam bakat muda ini.

Bagaimana agaknya Farah Asyikin memainkan peranannya sebagai Ikon Bintang? Apakah dia berjaya menggali keunikan yang ada pada peserta?

Apa yang pasti, Farah menggunakan pendekatan kasih sayang dalam membimbing peserta Kamilah Bintang. Pelbagai teknik diajarkan kepada mereka dan ia disampaikan dengan cukup menarik.

Ketika latihan, Aiman disuruh menyanyikan lagu sambil memandang tepat ke mata Farah untuk membantu Aiman mendapatkan feel memandangkan nyanyian Aiman minggu sebelum ini dikritik sebagai pancit oleh juri profesional.

Seperti biasa, setiap minggu genre lagu yang dipilih adalah berbeza. Memandangkan Farah bintang kelahiran program realiti, bermakna pentas Kamilah Bintang juga bakal bergema dengan lagu-lagu nyanyian bintang program realiti.

Selain itu, lagu tema yang dipetik dari filem box-office juga bakal jadi taruhan. Selain itu, ada peserta diberi tugasan berat menyanyikan lagu Inggeris minggu ini. Ingin tahu apakah kejutannya, jangan lupa saksikan konsert ke-5 Kamilah Bintang Jumaat ini, jam 5.30 petang di saluran Astro Ceria (Saluran 611).

Dalam menumpukan perhatian pada persembahan mingguan, peserta juga khabarnya sibuk membuat persiapan akhir.

Oleh Norhadiani Baharom

Konsert akhir Kamilah Bintang Astro Ceria, Jumaat, 24 Disember jam 5.30 petang ,ulangan 9 malam

Sesi bertemu peminat Kamilah Bintang yang diadakan di Jusco AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur yang lalu adalah sebagai pemanas badan dan mendedahkan peserta kepada peminat di luar.

Sesi ini juga diadakan bertujuan mengingatkan peminat supaya tidak terlepas menonton pertandingan akhir yang akan disiarkan menerusi Astro Ceria pada Jumaat, 24 Disember jam 5.30 petang dan ulangannya pada 9 malam. Pihak Asto Ceria sangat gembira dan berbesar hati kerana sejak disiarkan pada 19 November lalu, Kamilah Bintang terus mencatatkan pertambahan bilangan penonton dari episod ke setiap episod.

Sila Baca Juara Kamilah Bintang - Wani

"Ternyata percubaan pertama ini menjadi kerana peningkatannya dianggarkan dalam 50 peratus. Untuk persembahan pada final nanti, ada kejutan yang kami tampilkan dan peminat perlu menontonnya nanti," katanya kepada media.

Pada petang itu, peminat disajikan dengan persembahan menarik daripada keenam-enam peserta. Tidak ketinggalan memeriahkan suasana ialah penampilan istimewa 'starguide' iaitu Amy Search, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin.

Qistina membuka pentas dengan lagu What About Now yang dipopularkan oleh Chris Daughtry, disusuli dengan persembahan Aizat bersama pemuzik pengiringnya menyanyikan lagu Sungai Lui. Suasana bertambah hangat apabila Aiman, 14, tampil menerusi lagu Bila Cinta yang menjadi runut bunyi filem Lagenda Budak Setan.

Selepas itu giliran Farah Asyikin menghiburkan peminat dengan lagu Hello. Ikon rock Amy Search menggamatkan keadaan dengan lagu Kerja Gila, manakala Stacy memanaskan keadaan dengan lagu rancak, Jahat.

Persembahan selepas itu makin ditunggu-tunggu oleh peminat kerana menampilkan Farhan, 12, yang menyanyikan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang dendangan Fiq. Pengikutnya ramai juga.


Menyusul selepas itu ialah Faisal yang dikenali dengan imej rocknya menyanyikan lagu Bukti nyanyian Fiq. Bakat semulajadi peserta kelahiran Gelang Patah, Johor ini memang terserlah. Dayang yang aktif dalam seni sejak kecil menyanyikan lagu Pujaan Malaya nyanyian Adzrin Azhar dan Wani menjadi peserta terakhir petang itu tampil menyanyikan lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali.

Sehingga minggu keempat, Faisal dilihat cemerlang apabila mengungguli kedudukan teratas sebanyak dua kali iaitu pada minggu pertama dan keempat, Farhan pula berjaya mengungguli carta teratas pada minggu kedua manakala Dayang menjuarai pada minggu ketiga.

Menyentuh mengenai cabaran pertandingan akhir, setiap peserta yang ditemui mempunyai pandangan sendiri mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing serta cabaran yang diberikan oleh peserta lain.

Walaupun sudah dua kali menjadi juara, Faisal, 13, mengakui tetap berasa takut dan waspada dengan cabaran dari peserta lain. Dia mahu mengkaji apa kelemahannya menjelang pentas akhir nanti.

"Saya sedang berfikir untuk buat apa yang patut apabila di atas pentas. Cikgu kata saya tiada masalah vokal tapi saya tetap bimbangkan cabaran peserta lain," katanya.

Farhan yang berasal dari Pekan, Pahang dan Aiman dari Semenyih, Selangor juga mengakui saingan begitu mencabar. Namun mereka yakin dengan kemampuan yang ada, akan berupaya menarik hati juri supaya memilih mereka.

Seperti peserta lelaki, ketiga-tiga peserta wanita iaitu Qistina, 13, Dayang, 14, dan Wani, 10, juga bertekad memperbaiki kelemahan dan memberikan yang terbaik pada pentas akhir. Biarpun saingan agak hebat, mereka akan memberikan persembahan yang dapat memikat hati juri.

Lirik Lagu Haryani - Purple

Lirik Lagu Haryani Purple

Ini ada kisah cinta dua hati
Kisah duka temanmu yang sejati
Pulangkan cintaku oh kasih
Kasihku senyummu abadi... ooo...

Haryani
Pulanglah oh kasih di sisi
Haryani
Pulanglah oh kasih oh dewi

Kini kurindu tawa dan tangismu
Tak sanggup aku begini
Senyum dan manja kini abadi
Di hati oh kasih

Korus
Jangan kau persiakan... ooo
Jangan begini
Jangan kau dustakan... ooo
Jangan akhiri

Kurindu senyummu... oh kasih
Kasihku senyummu abadi
Haryani

OAG - Now Why 2 Lirik (Nawaitu)

OAG - Now Why 2 Lirik (Nawaitu)

Verse 1
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2 ku untuk menduakan diriMu
Suka ragaku membuka jazadmu

Verse 2
Tiada terlintas langsung
Nowwhy 2ku untuk mempersoalkan caramu
Suka ragaku buka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
Yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

repeat verse 1 & 2

Tiada yang lain melainkannya 3x

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengasihi
yang maha menyayangi

Tiada yang maha selain diriNya
yang maha mengerti
yang maha mengampuni

Langsung tiada tercantas
nowwhy 2 ku untuk mempersoalkan caraMu
suka ragaku membuka jazadMu

Tiada yang lain melainkanNya 3x
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact