LIRIK EVOLUSI KL DRIFT 2 OST - EVOLUSI KL DRIFT (Ahli Fiqir/Moots Shuvit/James Baum/Syamsul Yusof)

LIRIK LAGU EVOLUSI KL DRIFT 2 OST - EVOLUSI KL DRIFT
(Ahli Fiqir/Moots Shuvit/James Baum/Syamsul Yusof)

*CHORUS
Evolusi K KL Drift K KL Drift K KL Drift huwoo! (x4)

(Ahli Fiqir)
Yang 2 lebih panas
Yang 2 lebih ganas
Yang 2 lebih pantas
Bila kau melihat kau terasa cepat
Yang 2 lebih padat
Yang 2 lebih ligat
Yang 2 lebih cepat
Bila kau mendengar kau terasa hangat
Jangan pandang aku
Pandanglah ke depan
Sesaat pejam matamu aku di hadapan
Kejar-kejar aku belum tahu dapat
Engkau laju-laju belum tahu boleh rapat
Bila aku di hadapan
Jangan kau cuba memintas
Kaukan terkilan, tak kesampaian
Aku menuju dengan laju tanpa belas

*CHORUS
Evolusi K KL Drift K KL Drift K KL Drift huwoo! (X4)

(Moots Shuvit)
Jangan cuba mencabar
Aku pantang dicabar
Deruman enjinku buat kau berdebar
Kaukan terketar tak guna mengejar
Evolusi E A R
Sentiasa setapak di hadapan
Berani menuju ke depan
Takkan tamat sebelum tamat
Sebelum sampai garis penamat

*Bridge
KL
Katakanlah!
KL
Laungkanlah!
KL
Gegar-gegarkan!
KL
Gegar-gegarkan!

(James Baum)
Prestasiku kelajuanku
Gegaran enjinku hey(3x)
Gegaran enjinku hey(3x)

(Soul of Burn&Soul)
Luncur ke kanan
Luncur ke kiri
Lambaikan tangan
Katakanlah woooo!

*CHORUS
Evolusi K KL Drift K KL Drift K KL Drift huwoo! (x4)

Lirik Lagu Apakah Semuanya Itu (Syamsul Yusof & Anwar Fazal ft. Doul)

Burn&SouL - Apakah Semuanya Itu Lirik

Intro

Oh.... (12x)

*Chorus

Dari mula ku keliru
Dari mula ku tertarik dengan mu
Dari mula ku terasa gelisah
Ku tidak tahu apakah semuanya itu

(Verse - Syamsul)

Bilaku bersamamu
Terasa ketenangan di dalam jiwaku
Sering kali ku merindui mu
Setiap kali kau berjauhan dari sisi ku

Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Mindaku dipenuhi bayangan wajahmu
Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Ku perlu (perlu) tahu adakah kau pun begitu

*Back to Chorus*

Oh... Apakah Semuanya Itu (2x)

(Verse - Anwar)

Tanpamu di sisiku... yeah
Terasa kekosongan di dalam hidupku
Sering kali bayanganmu mengganggu
Setiap kali ku dengar gema suaramu

Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Bukalah hatimu pada ku
Mengapa ku cemas
Terasa begitu lemas
Luahkan rasamu yang terbuku

*Back to Chorus*

*Rap - DOUL*

Kekala ku rasa
Bagai kau menghayatiku
Kekala ku rasa macam lu tak hirau jemu

Ku sedar namun
ku sentiasa harus tabah
Walauku tetap cinta ku harus terus gagah
Oh selalunya tak begini
Gua pikir beribu kali sebelum nak ada bini
Oh kalo tidak kau siapa lagi
Ku mencari (2x) masih kau di hati ini

*Chorus*

Ohh... Yeah..



Apakah Semuanya Itu - Lyrics Translated in English

Intro

Oh... (12x)

*Chorus

From the start I'm confuse
From the start I'm attracted to you
From the start I feel restless
I don't know what is all that

(Verse - Syamsul)

When I'm with you
I feel my soul is calm
I always miss you
Everytime you're far away from me

Why am I anxious
Feels as if I'm drowning
My mind is shadowed by your face
Why am I anxious
Feels as if I'm drowning
I need to know do you feel the same way too

*Back to Chorus*

Oh...

(Verse - Anwar)

Without you by my side... yeah
My life feels so empty
Your shadow always distract me
Everytime I hear the sound of your voice

Why am I anxious
Feels as if I'm drowning
Open your heart to me
Why am I anxious
Feels as if I'm drowning
Express your hidden feelings

*Back to Chorus*

*Rap - DOUL*

Sometimes I feel
As though you feel me too
Sometimes I feel like you don't even care

I realised whatever it is
I have to be patient
Even if I love, I have to be strong
Oh it usually ain't like this
I have to think a thousand times before I have a wife
Oh if not you, who else could it be
I search (2x) but still you're in this heart of mine

*Chorus*

Ohh... Yeah... (repeat til music fade)

~fin

Translated by : Khad Frances

Lirik lagu Siapalah Aku - Amy Mastura

Lirik lagu Siapalah Aku - Amy Mastura

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah, usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Tiada sebarang penyingkiran peserta dalam Kamilah Bintang

Seramai lima personaliti ternama daripada pelbagai genre muzik akan menyumbangkan ilmu mereka kepada bintang muda masa depan dalam rancangan Kamilah Bintang.

Bertindak sebagai pembimbing bintang atau star guide, minggu pertama yang akan ke udara setiap Jumaat pukul 5.30 petang bermula pada hari ini menyaksikan kemunculan rocker tersohor, Amy Search.



Diikuti dengan Stacy pada minggu kedua, sementara Aizat, kumpulan Hujan dan Farah Asyikin, masing-masing dari minggu ketiga hingga minggu kelima.

Mereka semua bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan kepada peserta sebelum membuat persembahan mingguan.

Enam bintang muda yang yang terpilih ialah Dayang Nazillah Awang Astillah atau Dayang.

Seorang lagi ialah Syazwani Sapari (Wani) yang amat meminati Ramlah Ram. Mula menyanyi dari umur tujuh tahun, gadis kecil bersuara dewasa ini pernah menyertai rancangan Tom Tom Bak sebelum ini.

Sementara, Qistina atau nama penuhnya, Qistina Amira Rohaizad yang bercita-cita menjadi pengarah filem pula berasa bersyukur kerana dia turut terpilih menjadi salah seorang daripada enam peserta yang terpilih diseluruh Malaysia.

Bakal menyanyikan lagu popular Fiq Mentor, Tiga Malam Tanpa Bintang Mentor pada konsert pengenalan, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi atau mesra dipanggil Farhan pula pernah menyertai persembahan tarian di Turki sempena Festival Kanak-kanak Sedunia.


Peserta lelaki lain ialah Mohammad Aiman Azli Aziz atau Aiman pula akan membawa lagu Awie, Terima Kasih.

Peserta keenam ialah Raja Mohd. Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, mesra dipanggil Faisal pula menegaskan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk konsert minggu pertama. Faisal bakal mengalunkan lagu popular Search, Fantasia Bulan Madu.

Dalam pada itu, Amy Search berkata, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap bakat-bakat realiti TV kerana mereka pelapis industri seni di masa hadapan.

Vokalis Hujan, Noh pula memberi tip kepada para peserta cara untuk menghilangkan gemuruh ketika sebelum menyanyi iaitu dengan banyakkan berselawat dan membuat latihan.

“Peserta juga jangan lupa untuk merasa seronok ketika menyanyi,” ujarnya.

Peserta Kamilah Bintang akan mengadakan persembahan pada setiap konsert mingguan.

Setiap minggu seorang pemenang akan dipilih dan pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada sekolah pemenang.

Tiada penyingkiran peserta dan juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 kelak.

Menarik mengenai Kamilah Bintang, peserta yang berasa mereka berada pada kedudukan yang tidak selamat akan diberi tiga pilihan talian hayat iaitu bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan tambahan kelas vokal.

Namun, markah peserta akan ditolak sebanyak dua markah jika menggunakan talian hayat.

ENAM remaja bertuah yang terpilih sebagai peserta Kamilah Bintang musim pertama.

“Para peserta akan berfikir secara serius untuk membuat keputusan kerana ia akan melibatkan pemotongan markah peserta,” ujar Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh di Majlis Sidang Media Kamilah Bintang di Full House Cafe.

Tiga orang juri tetap Kamilah Bintang ialah Aznil Nawawi, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi dan penghibur terkenal, Adibah Noor.

“Kami akan menerapkan pendidikan muzik kepada peserta untuk mendapatkan nada yang bagus. Supaya mereka akan menjadi penyanyi yang baik kelak,” ujar Cikgu Shafi yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.

Kamilah Bintang menyaksikan gandingan pertama kali Zoey dan Nora Danish sebagai pengacara.

“Ini satu cabaran bagi saya untuk mengacara tetapi ia satu lagi langkah saya untuk ke hadapan di bidang seni.

“Malah, saya memang suka dengan kanak-kanak kerana sudah berstatus ibu,” ujar Nora yang turut menjadi pengacara rancangan Bolly 10.

Oleh ADLAN JAAFAR

Foto kredit: Astro

Koleksi Gambar Kamilah Bintang



Koleksi Gambar Kamilah Bintang

Hadiah Pemenang Kamilah Bintang



Juara pertama Kamilah Bintang akan membawa pulang pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia untuk empat orang, sebuah komputer riba berjenama VAIO, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan sebuah Ipod Shuffle.

Naib juara pula akan membawa pulang pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk empat orang, dua keping tiket VIP ke DFP dan sebuah Ipod Shuffle.

Tempat ketiga akan memenangi pakej percutian ke Pulau Sentosa, Singapura untuk empat orang, dua keping tiket VIP ke DFP dan sebuah Ipod Shuffle.

Gambar dan Profil Faisal, Kamilah Bintang


Nama: Raja Mohd Faisal Khairullah B Raja Abdul Halim Shah
Nama Samaran: Faisal
Umur: 13 tahun
Tinggi: 140cm
Berat: 35kg
Dari: Gelang Patah, Johor
Hobi: Menyanyi dan menari.
Keistimewaan: Faisal berkebolehan & mahir menyanyi dalam pelbagai genre.

Gambar dan Profil Farhan, Kamilah Bintang

Farhan, Kamilah Bintang

Nama: Muhammad Fathullah Farhan Bin Muhammad Rosdi
Nama Samaran: Farhan
Umur: 12 tahun
Tinggi: 130cm
Berat: 35kg
Dari: Pekan, Pahang
Hobi: Menari dan menyanyi
Keistimewaan: Farhan berbakat dalam tarian serta menyanyi. Beliau pernah menyertai persembahan di dalam serta di luar negara.

Gambar dan Profil Qistina Kamilah Bintang


Nama: Qistina Amira Binti Rohaizad
Nama Samaran: Qistina
Umur: 13 tahun
Tinggi: 142cm
Berat: 36kg
Dari: Seremban
Hobi: Bermain gitar dan menyanyi
Keistimewaan: Qistina mempunyai bakat dalam nyanyian sambil bermain gitar. Beliau mempunyai vokal yang unik serta serak-serak basah (husky). Beliau amat periang.

Gambar dan Profil Aiman, Kamilah Bintang

Aiman, Kamilah Bintang

Nama: Mohammad Aiman Azli B Aziz
Nama Samaran: Aiman
Umur: 14 tahun
Tinggi: 157cm
Berat: 45kg
Dari: Semenyih
Hobi: Menyanyi dan bersiar–siar
Keistimewaan: Aiman mempunyai perwatakan yang menarik. Beliau juga hebat dalam bergaya dan juga berfesyen. Suka berkaraoke bersama keluarga.

Gambar dan Profil Dayang, Kamilah Bintang

Dayang, Kamilah Bintang

Nama: Dayang Nazillah Bt Awang Astillah
Nama Samaran: Dayang
Umur: 14 tahun
Tinggi: 154cm
Berat: 33kg
Dari: Ulu Klang, Kuala Lumpur
Hobi: Menari dan menyanyi
Keistimewaan: Dayang memiliki bakat untuk bermain pelbagai alat muzik. Antaranya gitar dan piano. Beliau juga memiliki bakat menari pelbagai tarian tradisional dan moden.

Gambar dan Profil Wani, Kamilah Bintang


Nama: Syazwani Bt Sapari
Nama Samaran: Wani
Umur: 10 tahun
Tinggi: 145cm
Berat: 35kg
Dari: Petaling Jaya
Hobi: Menyanyi
Keistimewaan: Wani memang berbakat dalam nyanyian serta mempunyai guru vokal beliau sendiri. Beliau juga mahir dalam mengaji Al-Quran. Seorang yang ceria serta peramah.

Koleksi Gambar Wallpaper Kamilah Bintang, Astro





Koleksi Wallpaper Kamilah Bintang, Astro.

Foto kredit: Astro

Gambar peserta Kamilah Bintang di Astro Ria


Faisal

Farhan

Qistina

Wani

Dayang

Gambar peserta Kamilah Bintang di Astro Ria, sebuah rancangan realiti pencarian bakat remaja.

Tiada penyingkiran minggu Fiesta Bolly Mari Menari

Lantai Mari Menari dikejutkan dengan pengumuman oleh pengacara Mari Menari, Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Tiada penyingkiran dilakukan pada minggu Fiesta Bolly Kolly ini. Disebabkan masalah teknikal pada sistem undian, undian ditutup buat sementara waktu dan akan dibawa di minggu hadapan. Berita yang menggembirakan ini hanya sementara apabila diumumkan juga bahawa 2 penyingkiran akan dilakukan minggu hadapan.



Penentuan Mari Menari semalam telah diisi dengan pemilihan tugasan untuk tema minggu hadapan. Fantasi Cinta yang mengetengahkan konsep tarian "Ballroom" telah dipilih sebagai tema untuk Mari Menari minggu hadapan. Berikut adalah senarai lagu, jurutari dan pasangan yang akan mempersembahkan langkah tari mereka minggu hadapan.

1. Dealova/Simon - MM Nita

2. My Baby You/Dayana - MM Zarin

3. Izin Ku Pergi/ Belalang - MM Zul

4. Kembang Perawan/Papa J -MM Raziff

5. Nadiku/ Ray - MM Fahmi

6. How Can I Not Love You/ Khairul - MM Ariz

7. Ku Percaya Ada Cinta/Acid - MM Rosdi

Mengimbas kembali Mari Menari Sabtu lalu, pasangan diberi tugasan bertemakan Fiesta Bolly Kolly. Kesemua pasangan telah menyampaikan persembahan menarik, mantap serta bertenaga. Minggu ini juga telah didatangkan juri jemputan iaitu Didie Alias bagi menggantikan Ferhad.

Sangat mengejutkan apabila sekali lagi markah penuh diberikan oleh juri. Kali ini giliran MM Ariz pula menerima 10 markah daripada semua juri. Pasangan-pasangan lain juga tidak kurang hebatnya apabila mendapat pujian daripada semua juri untuk persembahan mereka minggu ini.

Dalam Penentuan Mari Menari, penilaian tambahan telah dilakukan dalam persembahan lagu tema Mari Menari. Peluang ini digunakan secukupnya oleh semua pasangan untuk mendapatkan markah tambahan daripada juri tetap, Joseph Gonzales. Dalam penilaian ini, pasangan Razif telah mendapat 3 markah, pasangan Ariz mendapat 2 markah dan pasangan Nita mendapat 1 markah.

Berikut adalah markah juri ketika Mari Menari.

Peratusan Markah Juri (termasuk markah tambahan):

1. Ariz - 52%

2. Razif - 48%

3. Zul - 46%

4. Zarin - 45%

5. Nita - 45%

6. Fahmi - 43%

7. Rosdi - 39%

Teruskan mengundi pasangan kegemaran anda dengan menaip MM NAMA PASANGAN ke 32999 atau MM3/5/10/20 NAMA PASANGAN ke 32999. Bantulah mereka merealisasikan impian mereka.

Saksikan juga video-video Mari Menari menerusi Astro Mobile TV dengan menaip ON MM dan hantar ke 26000, eksklusif untuk pengguna Maxis.

Dapatkan Album Mari Menari yang mengandungi gambar-gambar Pasangan Mari Menari. TAIP MMALBUM dan hantar ke 32323. Kemudian anda akan menerima wap link ke Album Mari Menari.

Selain itu, ikuti perkembangan-perkembangan menarik kesemua pasangan peserta Mari Menari di laman sosial Facebook di www.facebook.com/marimenari dan laman Twitter di twitter.com/marimenari.

Lirik Lagu Walaupun Jauh - Hujan

Lirik Lagu Walaupun Jauh - Hujan

Siapa yang bertuah memiliki mu
Tuan empunya sang bidadari itu

Bolehkah aku menyentuh kulitmu itu
Agar ku bisa merasakan syurga seketika waktu

Tiada kata yang dapat ku lafaz kan untuk mu
Biarkan diriku terbang jauh
Ini bukan mimpi walau dalam tidurku ini
Biarkan aku mendekati mu - walaupun jauh

Namun kurasakan memang jauh
Jarak antara kita berdua Tuhan saja yang tahu

Biodata Farhan (Kamilah Bintang)

Biodata Farhan (Kamilah Bintang)



Nama: Muhammad Fathullah Farhan Bin Muhammad Rosdi
Umur: 12 tahun
Tinggi: 130cm
Berat: 35kg
Dari: Pekan, Pahang
Hobi: Menari dan menyanyi
Keistimewaan: Farhan berbakat dalam tarian serta menyanyi. Beliau pernah menyertai persembahan di dalam serta di luar negara.

Biodata Profil Wani (Kamilah Bintang)

Biodata Profil Wani (Kamilah Bintang)


Nama: Syazwani Bt Sapari
Umur: 10 tahun
Tinggi: 145cm
Berat: 35kg
Dari: Petaling Jaya
Hobi: Menyanyi
Keistimewaan: Wani memang berbakat dalam nyanyian serta mempunyai guru vokal beliau sendiri. Beliau juga mahir dalam mengaji Al-Quran. Seorang yang ceria serta peramah.

Biodata Profil Qistina Kamilah Bintang

Biodata Profil Qistina Kamilah Bintang



Nama: Qistina Amira Binti Rohaizad
Umur: 13 tahun
Tinggi: 142cm
Berat: 36kg
Dari: Seremban
Hobi: Bermain gitar dan menyanyi
Keistimewaan: Qistina mempunyai bakat dalam nyanyian sambil bermain gitar. Beliau mempunyai vokal yang unik serta serak-serak basah (husky). Beliau amat periang.

Biodata Faisal (Kamilah Bintang)

Biodata Faisal


Nama: Raja Mohd Faisal Khairullah B Raja Abdul Halim Shah
Umur: 13 tahun
Tinggi: 140cm
Berat: 35kg
Dari: Gelang Patah, Johor
Hobi: Menyanyi dan menari.
Keistimewaan: Faisal berkebolehan & mahir menyanyi dalam pelbagai genre.

Biodata Dayang (Kamilah Bintang)

Biodata Dayang (Kamilah Bintang)



Nama: Dayang Nazillah Bt Awang Astillah
Umur: 14 tahun
Tinggi: 154cm
Berat: 33kg
Dari: Ulu Klang, Kuala Lumpur
Hobi: Menari dan menyanyi
Keistimewaan: Dayang memiliki bakat untuk bermain pelbagai alat muzik. Antaranya gitar dan piano. Beliau juga memiliki bakat menari pelbagai tarian tradisional dan moden.

Biodata Aiman (Kamilah Bintang)

Biodata Aiman (Kamilah Bintang)



Nama: Mohammad Aiman Azli B Aziz
Umur: 14 tahun
Tinggi: 157cm
Berat: 45kg
Dari: Semenyih
Hobi: Menyanyi dan bersiar–siar
Keistimewaan: Aiman mempunyai perwatakan yang menarik. Beliau juga hebat dalam bergaya dan juga berfesyen. Suka berkaraoke bersama keluarga.

Lirik Lagu Sukar – Ila Damiaa

Lirik Lagu Sukar – Ila Damiaa

Aku takut aku jatuh cinta
Kerna aku seorang setia
Tapi sukarku terima
Bila dia bersama si dia

Terangilah hitam di hatiku
Cahayakan putih jiwa ini
Kerna tanpa semua itu
Aku bisa jadi tak menentu

Usah dibiar begini
Kelak pada cinta ini
Jangan kau hancurkan lagi hati
Yang telah musnah kerna
Kau permainkan perasaan ini
Kau sakiti aku

Usah dibiar begini kelak pada hati ini
Jangan cinta pergi dulu
Kerna sukarku tentukan
Cintaku ini yang telah ku berikan kepada dirimu

Aku takut aku jatuh cinta
Kerna aku seorang setia
Tapi sukarku terima
Bila dia bersama si dia

Kasih…kasih…
Sukar bagiku
Kasih…
Sukar…untuk bercinta

Lirik Lagu Ada Jiwa – Azlan & The Typewritter

Lirik Lagu Ada Jiwa – Azlan & The Typewritter

Ada ku disini untuk kau rasa
Rasakan dengarnya jiwa yang ada
Semuanya aku yang kau jatuhkan dulu
Dengarkanlah telah ku himpunkan segala kesalahan
Kau dan aku warnakan jiwa

Ada ku disini untuk kau tahu
Seriknya jiwa ku masa dengan mu
Semuanya aku yang kau jatuhkan dulu
Dengarkanlah telah ku himpunkan segala kesalahan
Kau dan aku warnakan jiwa

Angin tolong hembuskan aku
Jauh dari bayangan itu

Telah ku himpunkan segala kesalahan
Kau dan aku warnakan jiwa
Telah himpunkan segala kesalahan
Kau dan aku warnakan jiwa

Profil Juri Tetap Kamilah Bintang - Amy Search

Biodata Amy Search



Nama Penuh:
Suhaimi Abdul Rahman

Tarikh Lahir:
28 Julai 1958

Tempat Lahir:
Johor Baru

Album:
• [Bersama Search]
• Cinta Buatan Malaysia (1985)
• Langit Dan Bumi (1986)
• Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
• Di Pintu Sepi (1988)
• Berpaling (1988)
• Fenomena (1989)
• Search Live (1989)
• Karisma (1990)
• Sepuluh Tahun (1991)
• Rampage (1992)
• Double Trouble bersama Wings (1992)
• Terbaik (1994)
• Gema Di Timur Jauh (1995)
• Gema Di Timur Jauh “Unplugged” (1995)
• Rock ‘N’ Roll Pie (1996)
• Rock ‘N’ Roll Pie “Live & Loud” (1997)
• Double Trouble 2 bersama Wings (1998)
• Rockestra (2001)
• Gothik Malam Edan (2006)
• Konsert Rock Search: Evolusi 2004 (2007)
• Search Live at Planet Hollywood (2007)

• [Solo]
- Magic (1994)
- Camouflage (1997)
- Aku (1999)
- Suatu Masa (2000)
- IKON – A Rockstar Chronicle (2006)

• Filem:
- Kembara… Seniman Jalanan, Pelakon Undangan (1986)
- Rozana Cinta ’87, Pelakon Utama (1987)
- Sayang, Pelakon Utama (1987)
- Kepala Angin, Penyanyi Latar/Runut Bunyi (1987)
- Fenomena, Pelakon Undangan (1990)
- Isabella, Pelakon Utama (1990)
- Rock, Pelakon Undangan (2005)
- Lu Pikirlah Sendiri (cameo)

Profil Juri Tetap Kamilah Bintang - Adibah Noor

Adibah Noor


Biodata Adibah Noor
Nama Penuh:
Adibah Noor Mohd Omar

Tarikh Lahir:
03 September 1970
Tempat Lahir:
Kuala Lumpur, Malaysia

PENGALAMAN:

Filem:
• 2004 SEPET (Yasmin Ahmad/MHZ Film Sdn Bhd)
- Character: Kak Yam
• 2005 GUBRA (Yasmin Ahmad)
- Character: Kak Yam
• 2006 MUKHSIN (Yasmin Ahmad)
- Character: Kak Yam
• 2006 BULI BALIK (Afdlin Shauki)
- Character: Game show host
• 2008 TALENTIME (Yasmin Ahmad)
- Character: Cikgu Adibah
• 2009 JIN NOTTI (KRU Films)
- Character: Sofea Jin
• 2010 MAGIKA (KRU Films)
- Character: Mak Kundur
• 2010 HOOPERZ (Grand Brilliance)
- Character: Coach D
• 2010 Crayon
- Character: Mak Engku

Album:
• 2005 – Terlalu Istimewa
• 2010 – Teman

PENCAPAIAN:
• Pemenang Anugerah Juara Lagu 21, TV3:
- Persembahan Vokal Terbaik
- Lagu Balada Terbaik (Terlalu Istimewa)
- Lagu Terbaik (Terlalu Istimewa)

• Pemenang Anugerah Hits1
- Persembahan Terbaik
- Lagu Terbaik (Terlalu Istimewa)

Biodata Profil Cikgu Syafi (Syafizawati Sharif )

Biodata Cikgu Syafi (Syafizawati Sharif )


Nama Penuh:
Syafizawati Sharif

Tarikh Lahir :
7 November 1977

JAWATAN:
• Pengetua dan Pengasas Shafi Vocal Studio
• Guru Persembahan Vokal
• Guru Vokal Teknikal
• Choir Master
• Guru Piano
• Guru Teori Muzik

TAHUN PENGALAMAN:
• 12 tahun

PENDIDIKAN:
• Sek. Men. Bukit Bintang, Kuala Lumpur
• Certificate of Teaching (CT ABRSM) (UK) (Introduction to Instrumental & Vocal Teaching (UK))
• Diploma in Music (National Arts Academy 2001)
• Grade 8 Vocal (ABRSM) 2000 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)
• Grade 8 Theory of Music (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)
• Grade 8 Pianoforte (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK)

PENGKHUSUSAN:
• Vocal Training
• Pop Singing
• Classical Singing
• Choir Training
• Harmony Group Training Theory of Music
• Harmony Writing (SATB)
• Piano

PENGALAMAN:
• Jurulatih vokal untuk program Akademi Fantasia Musim 4, 5, 6 & 7 (Astro)
• Yamaha Music Centre (Ampang / Taman Melawati),
• Kolej Tuanku Jaafar (Mantin, Negeri Sembilan)
• Allegro Music School (Ampang)
• PDRM Band Singers (Bukit Aman)
• Galeri Guitar (Ampang)
• Sekolah Sri Bunga Raya

JURULATIH VOKAL UNTUK ARTIS SEPERTI:
• Stacy, Mila, Mawi, Dafi, Akim, Hafiz, Aril, Soo Wincci, Nurul, Rabbani, Amy Mastura, Erema, Nadia, dan ramai lagi.

Kuasa Bintang Kamilah Bintang



Kuasa Bintang

Setiap peserta diberikan 3 “Kuasa Bintang” yang boleh mereka gunakan untuk membantu dalam persembahan mereka. Namun setiap Kuasa Bintang yang digunakan akan ditolak sebanyak 2 markah daripada jumlah markah mingguan mereka. Bintang-bintang tersebut adalah :


* Kuasa Bintang 1 (Penyanyi Latar)

* Kuasa Bintang 2 (Alat Bantuan / Props)

* Kuasa Bintang 3 (Kelas Vokal)

Konsert ke-2 Kamilah Bintang

Konsert ke-2 Kamilah Bintang telah menampilkan penyanyi terkenal Stacy sebagai mentor mereka. Kebanyakan lagu yang diberikan mempunyai unsur-unsur tarian dan juga rancak. Sesuai dengan gaya persembahan Stacy yang sangat lincah. Ini memberikan satu cabaran yang agak besar bagi keenam-enam peserta Kamilah Bintang

Lagu-lagu yang mereka persembahkan minggu ini adalah Terhangat Di Pasaran (Faisal), Mama Papa (Qistina), Kenapa (Aiman), Malu Tapi Mahu (Wani), Hoore Hoore (Farhan) dan Gagap (Dayang).



Minggu ini buat pertama kalinya Kuasa Bintang telah digunakan. Peserta yang telah menggunakan Kuasa Bintang adalah Wani dan Qistina. Kedua-dua mereka menggunakan Penyanyi Latar sebagai pilihan Kuasa Bintang mereka. Kuasa Bintang pilihan Wani berjaya meningkatkan mutu persembahannya namun sebaliknya berlaku kepada Qistina. Walaupun menggunakan Kuasa Bintang, persembahannya tidak begitu memuaskan.

Juri-juri tetap minggu ini memberikan komen yang bagus beserta beberapa penerangan mengenai teknik-teknik dalam nyanyian seperti "humming" dan "ad-lib". Tips-tips lain seperti ekspresi muka dan interaksi bersama penonton juga diberikan kepada peserta Kamilah Bintang ini.

Juri Aznil menegaskan mengenai penggunaan Kuasa Bintang dengan bijak. Adakah Kuasa Bintang membantu atau sebaliknya. Ternyata Konsert Kamilah Bintang minggu ke-2 ini memberikan pengajaran tentang pentingnya membuat pilihan yang betul.

Minggu ke-2 ini telah menyaksikan Farhan sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi. Kejayaan ini juga dikecapi oleh sekolah yang diwakili Farhan apabila sekolahnya menerima hadiah barangan bernilai RM10,000. Tahniah diucapkan kepada Farhan atas kejayaan ini.

Berikut adalah senarai markah yang diperolehi peserta Kamilah Bintang dalam konsert ke-2:

1. Farhan - 7.8

2. Wani - 6.6

3. Aiman - 5.4

4. Faisal - 5.1

5. Dayang - 5.1

6. Qistina - 1.2

Mampukah peserta-peserta ini meningkatkan mutu persembahan mereka? Dapatkah peserta lain menduduki tangga teratas? Saksikan Episod ke-3 Konsert Kamilah Bintang, Jumaat, 3 Disember 2010, 5.30 petang di Astro Ceria (611).

Konsert Pertama Kamilah Bintang

Konsert pertama untuk rancangan terkini terbitan Astro, Kamilah Bintang bermula dengan suasana penuh "Rock & Roll!" Konsert ini telah disiarkan buat pertama kalinya di Astro Ceria (saluran 611) pada Jumaat lepas jam 5.30 petang. Konsert ini menampilkan 6 peserta kanak-kanak bersaing menuju ke kemuncak bintang.



Peserta Kamilah Bintang minggu ini sangat bertuah kerana mereka akan dibimbing oleh penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search. Peluang yang jarang-jarang didapati oleh sesiapa sahaja walaupun artis terkenal digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menghadapi konsert pertama Kamilah Bintang.

Lagu-lagu yang mereka persembahkan minggu ini adalah Permata Pemotong Permata (Wani), 3 Malam Tanpa Bintang (Farhan), Akan Ku Tunggu (Dayang), Fantasia Bulan Madu (Faisal), Pakai Kanta Cinta (Qistina) dan Terima Kasih (Aiman).

Secara keseluruhannya, semua peserta telah melakukan persembahan yang amat baik walaupun terdapat beberapa masalah seperti malu-malu, kurang fokus, terlalu rileks dan beberapa kecacatan kecil yang boleh diperbaiki minggu hadapan. Walau apa pun masalahnya, mereka tetap telah membuat satu persembahan yang menghiburkan.

Konsert Kamilah Bintang ini diadili oleh 3 juri tetap iaitu Cikgu Syafi, Adibah Noor dan Aznil Hj. Nawawi. Kesemua juri telah memberikan komen-komen yang sangat membina dengan gaya-gaya yang sungguh "sporting" dan menyeronokkan selain memberi beberapa nasihat kepada semua peserta.

Faisal telah terpilih sebagai peserta yang mendapat markah paling tinggi pada minggu ini dengan markah 8.3 daripada 10 atau 83%. Faisal telah menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh mentor mereka minggu ini iaitu Amy Search. Persembahan yang mantap, vokal yang hebat serta penyampaian yang selesa telah memikat hati juri untuk meletakkannya di tangga teratas.

Berikut adalah senarai markah yang diperolehi peserta Kamilah Bintang dalam konsert pertama:

1. Faisal - 8.3

2. Farhan - 6.7

3. Wani - 6.2

4. Dayang - 5.6

5. Aiman - 5.4

6. Qistina - 4

Kuasa bintang masih belum lagi digunakan dalam konsert Kamilah Bintang yang pertama. Kuasa bintang ini membolehkan peserta mendapatkan bantuan tambahan seperti penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal. Namun setiap kali kuasa bintang ini digunakan, 2 markah akan ditolak daripada keseluruhan markah peserta.

Mampukah peserta-peserta ini meningkatkan mutu persembahan mereka? Dapatkah Faisal yang menduduki tangga teratas mengekalkan kedudukannya? Saksikan episod ke-2 Konsert Kamilah Bintang pada Jumaat, 26 November 2010 di Astro Ceria (611).

Pencarian Ustazah Pilihan

Populariti program Imam Muda dan barisan finalisnya memang mengejutkan sebab sampai sekarang mereka sudah mula mengumpul peminat terutama Asyraf (gambar) dan Hizbur.

Kiranya matlamat Astro Oasis tampil dengan rancangan realiti yang berbeza memang tercapai. Apa tidaknya, hingga ke hari ini, program itu masih menjadi bualan ramai. Baguslah.

Cik Normah pun yakin di luar sana ramai yang mahu program seumpama itu diteruskan. Iyalah, kalau pertandingan realiti nyanyian dan tarian boleh dianjurkan setiap tahun, tidak salah kalau program yang menjurus kepada kerohanian dan keagamaan seperti Imam Muda digandakan lagi setiap musim.

Cik Normah sekarang dikhabarkan bahawa orang kuat di Astro Oasis kini sedang memerah otak untuk menganjurkan sebuah lagi program ala Imam Muda juga, tetapi kali ini membabitkan peserta wanita. Bukanlah mencari imam sebaliknya menjurus kepada ustazah. Lebih kurang macam itulah. Cik Normah pun belum pasti sepenuhnya.

Cuma disebabkan masih memikirkan konsep serta hala tuju bakal pemenang selepas program itu tamat nanti, kertas cadangannya dikatakan dalam peringkat perbincangan. Jadi Cik Normah sendiri tidak tahu ia sekadar rancangan atau mahu direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Bagi ustazah atau mereka yang berkenaan, bersedialah dari sekarang. Mana tahu kalau tahun depan Astro Oasis mengumumkan program realiti baru ini. Tapi kenalah juga berhati-hati. Maklumlah, apabila wanita ini ada sedikit pantang larang yang perlu diteliti dan perhalusi. Apatah lagi membabitkan program keagamaan. Banyak perkara yang sensitif. Lelaki lainlah sebab takrif auratnya berbeza. Cik Normah wanita, jadi serba sedikit tahulah pasal itu.

Walaupun bukan 100 peratus sama dengan Imam Muda, sekurang-kurangnya ada bahan yang boleh dijadikan panduan bakal peserta.

Author: Oleh Normah Becok

Idola Kecil Bukan Promosi AJL

LAGU-LAGU yang dipersembahkan dalam pertandingan nyanyian Idola Kecil musim ke-3 bukan sahaja menjadi perhatian para pesertanya, tetapi juga penonton yang mengikuti siarannya pada setiap minggu.



Stesen TV9 selaku penerbit Idola Kecil 3 tidak terkecuali menitikberatkan soal lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan oleh para peserta berusia sembilan hingga 12 tahun yang bersaing menerusi pertandingan itu.

Penerbitnya, Nurul Ashikin Halim berkata, pemilihan lagu daripada calon-calon separuh akhir Muzik Muzik 25 yang dinyanyikan oleh para peserta Idola Kecil 3 bukan untuk mempromosikan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).

Sebaliknya, lagu-lagu yang dipersembahkan oleh para peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak itu katanya, berdasarkan populariti dan tema yang telah ditetapkan pada persembahan minggu ke-2 baru-baru ini.

‘Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh para peserta Idola Kecil 3 malam ini tiada kena mengena dengan Muzik Muzik 25 atau Anugerah Juara Lagu 25. Sebaliknya, pemilihan lagu-lagu itu ditetapkan oleh tiga tenaga pengajarnya.

‘Ia berdasarkan lagu-lagu yang popular dan tema yang telah ditetapkan pada setiap minggu,’ katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada persembahan minggu ke-2 Idola Kecil 3 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pada persembahan itu, kebanyakan peserta Idola Kecil 3 menyanyikan lagu-lagu yang dipertandingkan dalam peringkat separuh akhir Muzik Muzik 25 dengan gaya persembahan mereka yang tersendiri.

Peserta Idola Kecil 3 seperti Balqis misalnya mendendangkan lagu berjudul Jahat yang dipopularkan Stacy, Shazlin (Ku Ada Kamu – Adira), Farra (Susun Silang Kata – Aizat) dan Harris (Adrenalin – Faizal Tahir).

Menurut Nurul Ashikin, pemilihan lagu-lagu popular yang dipersembahkan oleh para peserta Idola Kecil 3 juga berdasarkan kecenderungan dan pendedahan yang mereka perolehi atas populariti lagu-lagu tersebut.

‘Kita tidak ada ramai penyanyi berusia bawah 12 tahun. Kita juga tidak ada banyak lagu-lagu kanak-kanak yang boleh dipersembahkan oleh para peserta Idola Kecil 3. Sebab itu kami gunakan lagu-lagu popular sedia ada.

‘Kalau ada pun lagu-lagu kanak-kanak yang boleh digunakan dalam pertandingan ini, ia perlu digubah semula. Cara itu mengambil masa yang agak lama. Lagi pun sekarang ini kanak-kanak lebih suka lagu-lagu popular orang dewasa.

‘Contohnya, semasa sesi uji bakat Idola Kecil 3 diadakan boleh dikatakan semua peserta yang hadir bukannya mahu menyanyikan lagu-lagu kanak-kanak tetapi lagu-lagu yang sedang popular ketika ini,’ ujarnya lagi.

Idola Kecil 3 yang dididik oleh tiga tenaga pengajarnya iaitu Alfa Booty (Pengarah Muzik), Delly (guru vokal) dan Affizal (guru tarian) itu bukan hanya mengutamakan lagu-lagu popular tetapi juga penampilan imej yang lebih remaja.

Katanya, biarpun kelihatan berimej glamor dan ke arah dewasa tetapi para peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak itu tetap membataskan hanya fesyen-fesyen yang sesuai dengan tahap usia golongan terbabit.

‘Dalam soal pakaian, TV9 telah pun berbincang dengan ibu bapa para peserta Idola Kecil 3. Kami juga telah terangkan konsep dan imej pakaian yang akan dipakai oleh anak-anak mereka. Setakat ini tiada masalah dan mereka bersetuju,’ katanya.

Selain Balqis, Harris dan Shazlin, para peserta Idola Kecil 3 yang turut disertai Adeeba, Deera, Farra, Hadi, Angel, Puteri dan Afif juga menampilkan lagu-lagu popular serta imej-imej yang biasanya diperagakan golongan dewasa.

Sementara itu, penerbit rancangan yang ke udara setiap Sabtu pukul 9 malam di TV9 itu mengakui bahawa pihaknya tidak mengetahui salah seorang pesertanya iaitu Afif merupakan anak kepada guru vokal terkenal, Siti Hajar.

‘Kami tidak tahu Afif adalah anak Siti Hajar. Dia (Afif) hadir pada sesi uji bakat tetapi tidak ditemani ibunya tetapi saudara terdekatnya. Bagi saya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu,’ jelasnya lagi.

Utusan

Lirik Lagu OST Seribu Kali Cinta - Kamu Yang

Lirik Lagu Kamu Yang - Ruffedge (Lagu Tema 1000 Seribu Kali Cinta)

Gadis senyuman manismu menawaniku
aku tunduk malu tersipu-sipu malu
yang ku mahu kamu..
ada di depanku

Nanti ku menanti bila kau tanya aku
jadi kelu ku berada disisi kamu
kau sebut nama ku,
aku pun terpaku
wajahmu bermain diingatan
selalu...ku terkenangkan mu

Korus
Kamu yang buatku melayang terbang
kamu yang buatku mencapai bintang
kamu yang bawaku kesana
segala mula dari kamu

kamu...

dalam tawa,anggun renunganmu itu
yang bercahaya menyinari hatiku
adakah dia yang selama ini
ku nantikan
harum jua...jiwa ini
jiwa ini

wajahmu bermain di ingatan
selalu
ku kenangkankan kamu


Lirik Lagu Mimpi Sepi Sixth Sense | OST Drama Ayoub

Lirik Lagu Mimpi Sepi Sixth Sense

Ku sendiri
Dalam diam hatiku
Ku menangis
Dalam sunyi jiwaku

Sepi sepi
Sunyi sunyi

Ku bermimpi dalam nyata hidupku
Aku diam tanpa kata-kata hatiku
Sepi hidupku
Sunyi mimpiku

Kau kau engkau dalam aku
Engkau engkau tiada di sisi
Biarkan aku sendiri

Sendiri sendiri
Sepi sepi...

Lirik Lagu Nieja 1993 - Gamma

Lirik Lagu Nieja 1993 - Gamma

Nieja Suri hatiku,
Nieja bunga buat ku,
hanya namamu dihatiku,
unggul selamanya
resah mengganguku;
jika jikau masih membisu
dengar pengakuan cintaku
;janji setiaku
...Alih cintamu padaku;
suburkan kasih kita
agar sentiasa berbunga;

harum sepanjang usia
diri mu amat ku perlukan;
temani hayatku
melenyapkan derita ku;
penawar sepiku
Nieja sambut cintaku;
nieja pegang janji
biar bermusim ku tunggu;
nieja suriku.

PENCARIAN BAKAT BARU AKADEMI AL-QURAN MUSIM KELIMA (AQ5)

Akademi Al-Quran, sebuab program mendidik generasi Islamik dan celik Al-Quran kini sedang mencari bakat baru bagi musim kelima. Seramai 10 peserta yang benar-benar memenuhi kriteria sebagai peserta akan dipilih untuk menunjukkan kebolehan mereka di atas pentas AQ5 yang akan disiarkan menerusi TV9 pada bulan Januari ini. Sebagai permulaan, krew AQ5 kini sedang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri bagi mencari bakal qari dan qariah berkualiti.

Peserta yang ingin mencuba nasib menjadi peserta kepada program yang pernah mencecah hingga 1.5 juta penonton ini perlulah membawa gambar berukuran saiz poskad dan pastikan anda semua adalah rakyat Malaysia. Lebih menarik, penyertaan pada musim ini dibuka kepada adik-adik berusia lingkungan 13 tahun hingga 27 tahun.

Krew penerbitan AQ5 akan menjelajah ke enam lokasi bermula 11 November. Berikut adalah jadual yang telah disediakan.

No Tarikh Ujibakat Lokasi Ujibakat
1 11 - 12 November Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, KELANTAN
2 14 - 15 November Institut Quran Terengganu (IQT), TERENGGANU
3 18 – 19 November Kompleks Islam Johor, Johor Bahru, JOHOR
4 22 – 23 November Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, PERAK
5 25 November Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, KEDAH
6 27 – 28 November Muzium Kesenian Islam, KUALA LUMPUR


Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut.

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.
Siapa pula bakal bergelar Juara AQ5? Adakah anda bakal Juara AQ5? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ujibakat Aakdemi Al-Quran musim 5 yang bermula minggu hadapan.

Mari Menari - Yat sedih tersingkir

Semakin hampir ke kemuncak, semakin akrab hubungan persahabatan antara semua pasangan Mari Menari. Apabila tiba waktu untuk berpisah, pasti terasa sangat sedih dan pilu. Inilah yang terjadi apabila pengacara Awal Ashaari mengumumkan penyingkiran pasangan kelima, pasangan Yat.



Walaupun pasangan Yat telah diberikan 2 markah tambahan oleh Joseph Gonzales, namun masih belum berupaya meletakkan mereka di tangga yang selesa. Kesedihan penyingkiran kali ini turut dirasai oleh semua penasihat, koreografer dan penonton yang hadir.

Mengimbas malam Mari Menari Sabtu lalu, kesemua 8 pasangan telah diberikan tugasan menarikan tarian berkonsepkan Broadway. Tarian yang kebiasaannya menggunakan objek sampingan atau "prop" ini menjadi salah satu cabaran tambahan dalam tugasan minggu ini.

Hampir kesemua pasangan Mari Menari minggu ini telah membuat satu persembahan yang hebat, bertenaga dan mempesonakan. Beberapa markah 10 juga telah diberikan kepada kebanyakan pasangan pada malam ini. Namun begitu, tekanan terhadap pasangan Razif memuncak apabila persembahan mereka dikritik hebat hinggakan mereka mendapat markah terendah.

Dalam Penentuan Mari Menari, penilaian tambahan telah dilakukan dalam persembahan lagu tema Mari Menari. Peluang ini digunakan secukupnya oleh semua pasangan untuk mendapatkan markah tambahan daripada juri tetap, Joseph Gonzales. Dalam penilaian ini, pasangan Zarin telah mendapat 3 markah, pasangan Yat mendapat 2 markah dan pasangan Razif mendapat 1 markah.

Berikut adalah markah juri ketika Mari Menari dan keputusan penuh selepas undian ditutup.

Peratusan Markah Juri (termasuk markah tambahan):

1. Fahmi - 48%

2. Rosdi - 45%

3. Nita - 44%

4. Ariz - 44%

5. Zul - 44%

6. Zarin - 44%

7. Yat - 42%

8. Razif - 40%

Markah selepas undian ditutup (Markah Juri + Undian):

1. Razif - 53%

2. Nita - 49%

3. Zul - 48%

4. Fahmi - 48%

5. Ariz - 45%

6. Rosdi - 44%

7. Zarin - 42%

8. Yat - 40%

Dengan penyingkiran Yat ini bermakna tinggal tujuh (7) lagi peserta yang bakal beraksi di lantai Mari Menari. Oleh itu teruskan mengundi pasangan kegemaran anda dengan menaip MM NAMA PASANGAN ke 32999 atau MM3/5/10/20 NAMA PASANGAN ke 32999. Bantulah mereka merealisasikan impian mereka.

Saksikan juga video-video Mari Menari menerusi Astro Mobile TV dengan menaip ON MM dan hantar ke 26000, eksklusif untuk pengguna Maxis.

Dapatkan Album Mari Menari yang mengandungi gambar-gambar Pasangan Mari Menari. TAIP MMALBUM dan hantar ke 32323. Kemudian anda akan menerima wap link ke Album Mari Menari.

Selain itu, ikuti perkembangan-perkembangan menarik kesemua pasangan peserta Mari Menari di laman sosial Facebook di www.facebook.com/marimenari dan laman Twitter di twitter.com/marimenari

Kau dan Aku 2 (KDA2)

Tentu peminat-peminat siri drama remaja popular di Astro Ria (saluran 104), Kau Dan Aku (KDA) tidak sabar-sabar menanti musim barunya, Kau dan Aku 2 (KDA2).

Namun, pasti ada yang terkejut kerana jika KDA sebelum ini menampilkan tiga bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia - Akim, Aril dan Mila sebagai tiga watak utamanya, namun hanya Akim dan Aril sahaja yang kembali muncul menerusi KDA2.

Mila sebaliknya tidak lagi akan muncul dalam KDA2. Sehubungan itu, siapa pula yang bakal melakonkan karakter utama perempuan menerusi KDA2 sebagaimana yang pernah dilunaskan Mila untuk KDA?

Pada majlis pengenalan KDA2 yang dimeriahkan dengan showcase membabitkan persembahan para pelakonnya termasuk Aril dan Akim di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini, kelibat seorang gadis berwajah comel kelihatan turut menyertai para pelakon KDA2 yang lain pada acara tersebut.

Selepas dirisik, gadis itu ruparupanya yang telah diberikan tanggungjawab bagi menggalas karakter utama perempuan dalam KDA2 iaitu Elena.

Anith Aqila namanya. Baru berusia 19 dia lebih mesra dipanggil Anith.

Sebagai Elena, Anith melakonkan watak seorang pelajar baru Kolej Harmoni - seorang gadis remaja yang mempunyai cita-cita besar dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya itu.

"Elena ialah seorang gadis yang sangat pentingkan kejayaan dalam segala yang dilakukannya. Sehingga kadangkala mengundang kejengkelan di kalangan rakan-rakannya yang lain.

MASIH mentah, itu yang dirasakan oleh pelakon muda ini. Namun dia mahu menghadapi setiap cabaran dengan tenang agar kredibilitinya sebagai pelakon akan terserlah kelak.


Elena juga seorang gadis yang boleh disifatkan sebagai seorang yang over confident. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan oleh rakan-rakan yang lain, Elena memang seorang gadis yang hebat," ujar gadis bertubuh kecil molek itu.

Namun, pesona yang menarik dan mudah mesra membuatkan Elena disenangi oleh tenaga pengajarnya dan ini juga dianggap sebagai ancaman oleh sesetengah pelajar senior.
Gadis yang mula dikenali melalui program realiti One In A Milliion (OIAM) itu bercerita, pada mulanya dia memang agak segan silu untuk bergaul bersama-sama pelakon KDA kerana kurang mengenali mereka.
Namun, lama-kelamaan, setelah menjalankan penggambaran bersama, perasaan tersebut hilang sedikit demi sedikit dan menjadi serasi.
"Saya terima tawaran berlakon sebagai Elena kerana saya memang meminati drama ini," kata Anith yang pernah tampil menerusi drama Durja Ningsun arahan Ahmad Idham dan sitkom Salon yang akan ditayangkan di Astro Warna tidak lama lagi.

Tambah Anith, watak Elena itu diterimanya kerana setelah meneliti skrip yang diberi, ia mempunyai persamaan dengan dirinya kini yang juga merupakan seorang pelajar kolej.
Jadi, ia menjadikan suatu perkara yang menarik baginya untuk melakonkan watak seperti ini.
Namun sememangnya jika ingin menempa nama di dalam industri yang penuh dengan pancaroba ini, dia perlu menempuh pelbagai cabaran.

Tidak kiralah sama ada cabaran itu besar atau kecil, dia perlu cekal melaluinya demi bergelar anak seni.
Apatah lagi buat Anith, yang memegang salah satu watak utama dalam drama muzikal yang digemari remaja kini.
Kekok dengan situasi penggambaran yang dijalankan, itu antara laluan utama yang perlu ditempuhinya.
"Saya menjadi hairan, mengapa babak yang dirakamkan tidak mengikut urutan, mengapa saya perlu menunggu lama untuk melakukan penggambaran dan sebagainya.

"Namun, lama kelamaan saya mengetahuinya setelah diberi tunjuk ajar oleh rakan-rakan dan pengarah,"ungkapnya.

Antara cara untuk Anith mengatasi cabaran yang bakal dilaluinya lagi ialah dengan membuat persiapan awal dan tampil bersedia apabila penggambaran dijalankan.

ANITH membawakan watak Elena, gadis yang sentiasa mementingkan kejayaan hingga menimbulkan rasa jengkel di kalangan rakan-rakannya.


Pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengaku dia banyak bertanya dan berbincang dengan pengarah mengenai wataknya sebelum memulakan penggambaran.
"Boleh dikatakan setiap satu babak jika saya tidak faham, saya akan bertanya adakah pemahaman saya tentang babak ini benar.
"Jika tidak, saya akan diperbetulkan dan kadangkala juga dibenarkan menambah dialog mengikut kesesuaian babak yang dilakonkan," katanya.

Tetapi, inilah yang dianggap jalan terbaik baginya sebagai pendatang baru di dalam bidang lakonan.

Di samping itu, kemasukan Anith sebagai Elena dalam KDA2 ada menimbulkan persoalan di kalangan peminat yang mengikuti perkembangan drama muzikal ini.

Adakah Anith dipilih untuk menggantikan Mila yang wataknya digambarkan sebagai telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom?
"Tidak sama sekali, kerana watak yang dibawa Anith ini adalah sangat berbeza berbanding watak yang Mila bawa dalam KDA musim pertama," tegas pelajar Aswara tahun pertama ini.
Tambahnya, dia akan menerima setiap kritikan yang dicurahkan oleh peminat memandangkan perkara ini adalah suatu yang subjektif.

"Jika ada peminat yang ingin membandingkan lakonan saya dan Mila, saya ambil semua itu sebagai pengajaran untuk saya terus maju dalam bidang ini," jawabnya sambil melemparkan sebuah senyuman manis.
Harapan pelakon remaja baru ini agar orang ramai akan lebih mengenalinya menerusi bidang yang baru diceburinya ini. Dia akui dirinya masih baru dan belum dikenali ramai.

Pada masa yang sama, Anith juga berharap karier lakonannya tidak akan berhenti separuh jalan usai penggambaran drama ini.

DARI KIRI: Hafiz, Aril, Anith dan Akim merupakan teraju utama Kau dan Aku musim kedua.


Peluang lakonan akan sentiasa diterima dengan hati terbuka demi mencapai impiannya untuk bergelar bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai seorang pelakon.

"Bagi saya, orang ramai masih lagi tidak mengetahui yang saya mempunyai kredibiliti untuk berlakon. Saya sudah bersedia menerima cabaran sebagai artis kerana dahulu pada awal penglibatan saya menerusi OIAM juga sudah terkena tempias.

"Tetapi sebenarnya apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya. Saya anggap ia sebagai iktibar untuk saya meneruskan kerjaya sebagai anak seni," kata gadis manis itu mengakhiri temu bual.

Mari menari; Tercedera dan tersingkir

SAINGAN Mari Menari menyaksikan pasangan Noryati Mohd Hashim atau Yat, 24, dan suami, Mohamad Hasri Haron, atau Hasri, 34, hampir-hampir menarik diri daripada bersaing minggu lalu gara-gara mengalami kecederaan kaki ketika sesi latihan.

Keadaan cemas itu terlihat apabila Hasri terseliuh dan terjatuh ketika melakukan salah satu gerak tari untuk persembahan minggu keenam dengan tema Broadway itu. Melihat keadaan itu ramai tertanya-tanya sama ada Hasri mampu meneruskan saingan, lebih-lebih lagi apabila isterinya risau.

Selepas kejadian itu Hasri segera dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan termasuk menggunakan khidmat tukang urut.

Mujur kecederaan kaki kanan tidak serius, malah Hasri masih boleh beraksi walaupun mengalami kesakitan.

Dia terpaksa melupakan sementara kesakitan hanya untuk meneruskan persaingan menerusi program itu.

Begitupun, tanpa disangka pengorbanan itu adalah detik terakhir pasangan Yat apabila diumum tersingkir daripada persaingan menerusi Penentuan Mari Menari yang dihoskan Awal Ashaari di Studio 1, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Namun ia tidak sedikitpun mengundang kesalan buat Yat dan Hasri walaupun sedikit sedih kerana meninggalkan rakan serta kumpulan produksi terbabit dalam program itu yang disifatkan bagai satu keluarga besar.

"Kalau ikutkan setiap minggu tugasan yang diberikan cukup sukar. Daripada tidak tahu langsung menari sehingga ke tahap sekarang ini.

"Kami tetap puas hati kerana berjaya melangkah dalam kelompok lapan terbaik menerusi program ini.

"Pada kami cabaran mempersembahkan rentak Latin cukup sukar. Kami sebenarnya tidak rasa langsung untuk tersingkir pada minggu ini (keenam). Sebelum ini, kami tahu penyingkiran tetap ada daripada awal penyertaan lagi cuma mungkin nasib kami baik dapat meneruskan saingan sehingga tahap ini.

"Pada peringkat awalnya kami berada di kedudukan terbawah terutama ketika tema Latin. Begitupun, kami bangkit untuk terus bersaing. Kami tetap puas hati dan gembira dengan pencapaian ini," kata Yat.

Tambahnya, penasihat yang juga pelakon, Erra Fazira serta jurutari, Acid adalah antara individu penting yang memastikan persembahan mereka sentiasa menunjukkan peningkatan dari minggu pertama sehingga seterusnya.

Begitupun, mungkin disebabkan kurang pungutan dari segi peratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton menyebabkan mereka gagal meneruskan saingan. Penilaian persembahan peserta dinilai berdasarkan 50 peratus SMS penonton dan 50 peratus daripada juri profesional.

Menurut Hasri, kecederaan ketika latihan itu langsung tidak menjejaskan semangatnya.

"Saya terpaksa buang rasa sakit. Ketika detik kejadian memang saya rasa seperti hendak pengsan. Mujur saya hanya mengalami kecederaan ringan.

"Sebelum ini, saya pernah mengalami kecederaan di lutut ketika minggu kedua. Luka lama di lutut yang cedera akibat bermain bola sepak dulu kembali rasa sakit. Nasib baik ia cepat pulih dan saya berjaya meneruskan persaingan.

"Memang pada mulanya penasihat, koreografer, kru produksi termasuk isteri takut saya tidak dapat meneruskan persembahan.

"Malah, mereka juga tidak memaksa saya untuk terus menari. Selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada doktor, saya mengambil keputusan nekad untuk terus bersaing.

"Saya berpegang kepada prinsip tidak mahu mengalah sebelum berjuang. Penasihat juga ada menyarankan kami menukar beberapa gerakan yang lebih ringkas dan mudah supaya tidak mengalami kecederaan lebih berat. Begitupun, saya tetap membantah dan mahu meneruskan gerak tari yang sama ketika latihan itu," kata Hasri, seorang anggota polis yang berasal dari Kota Singa.

Tambahnya, sepanjang menyertai program mencungkil bakat menari itu, mereka melalui pelbagai pengalaman manis. Paling menarik menempuhi suasana berbeza pada sambutan Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

Bagi Hasri sendiri, dia tidak pernah melalui pengalaman beraya di Malaysia.

Bapa kepada seorang anak perempuan, Nur Nadhrah Elisha berusia satu tahun tujuh bulan itu gembira dapat berkenalan dengan ramai rakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia ketika menyertai pertandingan itu.

Ditanya mengenai ramalannya, pasangan mana bakal mendominasi pertandingan itu apabila kemuncak final berlangsung pada 18 Disember ini, Yat dan Hasri mempunyai jawapan yang sama dengan menjangkakan setiap pasangan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

Penyingkiran pasangan Yat menerusi Penentuan Mari Menari, Ahad lalu menyaksikan mereka pasangan keenam tersingkir daripada pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan itu.

Mereka memilih lagu, Jelingan Manja yang dipopularkan Saloma dan Datuk Sheila Majid. Pasangan Yat memungut markah terendah, 42 peratus.

Pasangan suami isteri, Razif Abd Rahman & Alia Nadira mempersembahkan rentak tari memukau diiringi lagu Tujuh Nafas Lagi yang dipopularkan M Nasir mendahului pungutan markah sebanyak 55 peratus. Diikuti rapat pasangan, Hasnita Othman & Fazdlishah Sulaiman menerusi lagu Siapa Dia (Adibah Noor); pasangan suami isteri, Zulhafiz Che Chim & Nurul Husna Alias menerusi Rahasia Perempuan (Ahmad Dhani & The Swinger) serta pasangan Zulfahmi Marzuki & Norazlin Zakaria Sparkling Diamond (Nicole Kidman) yang berkongsi 48 peratus.

Sementara pasangan Nordzarina Mohd Ramli & Fazizul Zainudin dengan lagu Punch Card (Sean Ghazi) serta pasangan Fariz Raeza Mohd Nizam & Siti Rasyikah Zolkifli memilih lagu Spiderman (Micheal Buble) berkongsi 46 peratus manakala peserta yang mendapat jolokan pasangan paling ceria, Ed Rosdi Roslee & Siti Musliha Zakaria lagu Buena Sera (Dany Brilliant) memungut 45 peratus.

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Biodata Profil Aiman

Biodata Profil Aiman

Nama Penuh : Mohamad Aiman Bin Md Sidek
Umur : 19 tahun
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1989
Adik Beradik : 6 Orang ( Anak Sulung )
Hobi : Menyanyi lagu² nasyid dan bermain bolasepak

Pendidikan :-

1)Bersekolah di Sek Ren Keb Rantau Petronas semasa darjah 1 hingga darjah 2.

2)Bersekolah di Sek Ren Keb Tg Bariah dari darjah 2 hingga darjah 6

3)Meneruskan persekolahan di Sek Men Padang Midin dari Tingkatan 1 hingga 3

4)Meneruskan lagi persekolahan Di Sek Men Teknik K.Trg dari Tingkatan 4 hingga 5

5)Sekarang belajar di UNITEN cawangan Muadzam Shah,Pahang darul Makmur

Pencapaian :-

1)Menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah.

2)Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah (naib johan)

3)Johan pertandingan azan peringkat sekolah (SMK Teknik)

4)Penyanyi utama kumpulan nasyid sekolah(2005-2006)

Koleksi Gambar Aiman 

Aidil - Apa Erti Cinta Lirik

Lirik Lagu Apa Erti Cinta – Aidil

Larikan diriku
Dari semua tanya
Hingga kan ku temu
Titik jawapannya

Rela ku menunggu
Jelma wajah cinta
Biar sempit waktu
Menyesakkan dada
Singkapkan semua indah
Walau di kurungan resah

Apa erti cinta
Hanya satu kata
Namun seluruh
Hidup bernadikan degupnya
Tika hadir cinta
Rasakan getarnya
Jiwa yang dulu kaku
Pastinya akan kembali bernyawa
Dalam hembus nafas cinta
Sesungguhnya cinta
Cuma cebis rasa
Namun penuh daya

Tempuh liku duga
Tak pernah ku gusar
Lewat hadir cintaKerana kudratnya
Izin yang Kuasa

Apa erti cintaHanya satu kata
Namun seluruh hidup
Bernadikan degupnya
Larut dalam makna
Kewujudannya(Dan)
Suci wujudnya
Tika hadir cinta
Rasakan getarnya
Jiwa yang dulu kaku
Pastinya akan kembali bernafas
Dalam cinta
Pada harga cinta
Walau satu kata
Tak menuntut sempurna
Atau sarat pinta
Hanya pengertian jiwa

Sesungguhnya cinta
Cuma cebis rasa
Anugerah terindah…

Lirik Lagu Bunga Mimpi Sandhy Sondoro

Lirik Lagu Bunga Mimpi Sandhy Sondoro

Kau Yang Selama ini Selalu ku Cari

Kau Yang Selama ini Selalu ku Nanti

Kau Bagai Embun Pagi Yang Sejukkan Hati

Yang Selama ini Selalu Dilanda Sepi


Akhirnya Kita Bertemu

dan Kita Kan Selalu Bersama

Di Pucuk Indahnya Dunia

Lirik Lagu Hampa Five Minutes

Lirik Lagu Hampa Five Minutes

Kupejamkan mata ini mencoba tuk melupakan
segala kenangan indah tentang dirimu, tentang mimpiku
semakin aku mencoba bayangmu semakin nyata
merasuk hingga ke jiwa Tuhan tolonglah diriku

reff:
entah dimana dirimu berada
hampa terasa hidupku tanpa dirimu
apakah di sana kau rindukan aku
seperti diriku yang selalu merindukanmu, selalu merindukanmu

tak bisa aku ingkari engkaulah satu-satunya
yang bisa membuat jiwaku yang pernah mati menjadi berarti
namun kini kau menghilang bagaikan ditelan bumi
tak pernahkah kau sadari arti cintamu untukku

repeat reff [2x]

(dimana) hampa terasa hidupku tanpa dirimu
apakah di sana (di sana) kau rindukan aku
seperti diriku yang selalu merindukanmu, selalu merindukanmu

Idola Kecil 3 : Cedera, Farra mengaku degil

PERTANDINGAN nyanyian di kalangan kanak-kanak, Idola Kecil (IK) yang begitu mendapat perhatian selama dua musim bersiaran kini melangkah ke musim yang ketiga.


Tirai persembahan untuk musim baru yang sekali lagi menampilkan seramai 10 orang peserta iaitu Farra Noradzlina Safwan (Farra), Shazlin Salamat (Shazlin), Abdul Hadi Abdul Mazlan (Hadi), Nurhamilya Adiba Hamzaidi (Adeeba), Nadeera Allysha Aminudin (Deera) dan Angelica Paujin (Angel).

Tidak ketinggalan ialah Nor Harris Alif Nor Rashidi (Harris), Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis), Muhammad Afif Abdul Halim (Afif) dan Puteri Aszfaryna Khareeza.

Persembahan pada malam Sabtu lalu yang bersiaran di TV9 pada pukul 9 malam dan pastinya ke sepuluh peserta yang bertanding memaparkan persembahan hebat dan bertenaga sejajar dengan matlamat saluran itu mencari idola di kalangan si cilik.

Jika pada musim pertama bakat Wada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin sebagai juara sulung, musim lalu nama Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah atau Dayana pula diangkat sebagai juara.

Musim ini siapakah pula yang bakal menyandang gelaran juara?

Pastinya para peminat setia rancangan itu yang menonton persembahan 10 peserta minggu lalu sudah mula berteka-teki siapakah di antara mereka yang bakal meneruskan legasi tersebut.

Membuka tirai persembahan, Farra yang menyanyikan lagu Retak berjaya memukau penonton dengan suara lunaknya biarpun tidak berjaya menguasai pentas akibat kecederaan di kaki.

Baru bermula sudah ada kecederaan. Itulah yang berlaku kepada Farra yang terpaksa menerima lima jahitan di kaki kanan akibat kecederaan selepas tersepit di tangga kolam renang ketika mengikuti aktiviti bebas Idola Kecil.

“Kaki saya tersangkut di tangga masa nak keluar dari kolam renang. Memang saya rasa menyesal sebab degil dan tidak mendengar cakap kakak-kakak yang menjaga kami.

“Akibat daripada kecederaan yang dialami, kaki saya terpaksa dijahit sebanyak lima jahitan dan tidak boleh mengikuti latihan menari seperti kawan-kawan lain,” kata Farra dalam nada kesal.



Penerbit IK3, Nurul Ashikin Halim ketika ditemui selepas tamat rakaman episod pertama IK3 di Studio ntv7 di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini memberitahu, kejadian tersebut berlaku ketika para peserta mengikuti aktiviti luar dan ia di luar jangkaan.

“Memang pihak produksi telah menasihatkan berkali-kali kepada peserta supaya sentiasa berwaspada tetapi ia berlaku di luar jangkaan.

“Tahap kecederaan yang dialami oleh Farra tidaklah terlalu serius kerana lukanya tidak terlalu dalam. Alhamdulillah setakat ini lukanya sudah mulai sembuh kerana mengikut pantang larang yang kami berikan.

“Harap-harap selepas ini para peserta dan pihak kami akan mengambil langkah berjaga-jaga agar kejadian serupa tidak berulang,” katanya.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh peserta pada minggu lalu ialah Tak Tercapai Akalmu (Shazlin), Inilah Cinta (Hadi), Permata Biru (Adeeba), Aku Lebih Tahu (Deera), Gemilang (Angel), Pelesit Kota (Harris), Elegi Sepi (Balqis), Hati Emas (Afif) dan Tak Mungkin Kerana Sayang (Puteri).

Menariknya biarpun usia mereka terlalu muda namun, kesungguhan mereka dalam membuat persembahan memang memberangsangkan.

Malah, juri tetap iaitu Atilia dan juri undangan Norzizie Zulkifli turut mengakui bakat yang ada pada mereka.

Puteri misalnya, mendapat komen yang cukup positif apabila juri tetap, Atilia menyifatkan nyanyiannya sempurna seperti orang dewasa.

Begitu juga Angel yang menyanyikan lagu Gemilang dengan cukup bertenaga dan meyakinkan.

Dari segi penguasaan pentas, Harris ketika mendendangkan lagu popular Search, Pelesit Kota disifatkan oleh juri mempunyai gaya tersendiri malah dilihat seperti telah berpengalaman 10 tahun di atas pentas.

Malah, Afif yang dilihat cukup pandai mengambil perhatian penonton di studio dengan aksi bersahaja kelihatan cukup berkeyakinan menghiburkan penonton menerusi lagu Hati Emas.

Siapakah yang bakal menyinar pada minggu ini? Pastikan anda menonton Konsert Idola Kecil 3 pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam.

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

Konsep Program Realiti Kamilah Bintang

Kamilah Bintang adalah satu program pencarian penyanyi generasi seterusnya yang paling berbakat. 6 peserta akan bertanding di dalam 5 konsert sehingga ke konsert akhir. Seorang selebriti/berkumpulan akan tampil dalam setiap konsert dan kelas untuk memberi pendapat dalam pemilihan lagu dan membimbing keenam-enam peserta tersebut. Peserta adalah berumur di antara 10 hingga 14 tahun dan mempunyai pakej lengkap, mempunyai vokal yang baik serta mempunyai kualiti sebagai penghibur generasi seterusnya.

Tiga juri tetap akan menilai persembahan kesemua peserta sekaligus menentukan markah dan kedudukan setiap peserta. Setiap peserta mempunyai *star power untuk membantu persembahan mereka.

Tiada sebarang penyingkiran sepanjang konsert berlangsung dan pemenang akan ditentukan oleh markah terkumpul di konsert akhir.

Star Power

Setiap peserta mempunyai 5 bintang yang boleh digunakan bagi tujuan seperti berikut:

* • Peserta-peserta boleh memilih untuk mengunakannya bermula daripada konsert ke dua untuk menyerlahkan lagi persembahan, mempunyai kelebihan berbanding peserta lain dan untuk memperoleh lebih markah.
* • Setiap bintang bernilai 0.5 markah.

Kamilah Bintang Astro Ceria

Kamilah Bintang Astro Ceria



Selepas menjelajah ke tiga buah negeri iaitu Kuantan, Johor Bahru dan Shah Alam, sesi pencarian bintang muda masa depan bagi mencari pelapis penyanyi sedia ada kini sudah pun berakhir. Kini tibalah masanya Astro Ceria mengumumkan senarai enam bintang muda yang telah ditapis melalui sesi pemilihan yang ketat. Mereka bakal bersaing untuk merebut gelaran juara dan beraksi di pentas Kamilah Bintang yang akan disiarkan di saluran 611, setiap Jumaat jam 5.30 petang bermula 19 November 2010 kelak.

Enam bintang muda yang telah terpilih adalah terdiri daripada DAYANG (Dayang Nazillah Binti Awang Astillah, 14, Ulu Klang), WANI (Syazwani Binti Sapari, 10, Petaling Jaya), AIMAN (Mohammad Aiman Azli Bin Aziz, 14, Semenyih), FAISAL (Raja Mohd Faisal Khairullah Bin Raja Abdul Halim Shah, 13, Gelang Patah, Johor), FARHAN (Muhammad Fathullah Farhan Bin Muhammad Rosdi, 12, Pekan, Pahang) dan QISTINA (Qistina Amira Binti Rohaizad, 13, Seremban).

Kamilah Bintang merupakan pertandingan nyanyian sewaktu musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak akan menyingkirkan pesertanya. Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 jam 5.30 petang kelak.

Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibantu secara bergilir-gilir oleh ikon-ikon yang cukup berpengaruh dalam industri muzik yang bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan iaitu Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin.

Menariknya program Kamilah Bintang ini ialah setiap peserta akan diberi kemudahan tiga “kuasa bintang” sebagai bantuan setiap seorang untuk digunakan sepanjang enam minggu persembahan. Walau bagaimanapun, dua markah akan ditolak setiap kali “kuasa bintang” digunakan. Tiga pilihan “kuasa bintang” yang ada ialah bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal.

Program Kamilah Bintang bukan sahaja menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing. Setiap minggu, pelbagai habuan menarik menanti peserta dan sekolah yang mereka wakili bagi yang berjaya mengumpul markah tertinggi untuk persembahan mingguan. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik pada malam kemuncak Kamilah Bintang kelak.

Barisan juri tetap telah dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan setiap minggu. Tiga orang juri tetap akan menilai para peserta berdasarkan kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai. Mereka adalah pengacara terkenal; Aznil Haji Nawawi , guru vokal yang berpengalaman; Cikgu Syafi dan penghibur terkenal; Adibah Noor.

Program Kamilah Bintang juga bakal menyaksikan gandingan Zoey dan Nora Danish yang buat pertama kali digandingkan di atas pentas bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dan pengacara bersama.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact