Lirik lagu Engkau Yang Ku Cinta - Achik Spin

Lirik lagu Engkau Yang Ku Cinta - Achik Spin

Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…

Biodata Profil Norliana Samsudin (Yana)

Biodata Profil Norliana Samsudin

Norliana Samsudin biodata


NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin

NAMA KOMERSIAL: Yana

TARIKH LAHIR: 25 September 1984

ASAL: Yong Peng, Johor

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam

STATUS: Bujang

KERJAYA: Pelakon, pengarah, editor, penulis skrip, penyanyi dan model

FILEM: Selamat Pagi Cinta, Histeria, Shh... Dia Datang, 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Potret Mistik, Main-Main Cinta, Aku Masih Dara, Kongsi, Adnan Sempit, Adnan Sempit 2, Bini-Biniku Gangster, Wawa Semput, Tiga Temujanji, Aku Ada Kau Ada, 8 Jam dan Minyak Dagu

DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu'Lu, Siti Kelembai, 3 Janda , Suri Bakawali

TELEFILEM: Mak Pengantin Tak Popular, Love Nora

ALBUM: Yana Ceria (2004)

ARAHAN: Selamat Pagi Cinta

 PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 (Adnan Sempit)

Trivia Panggilan Nama Yana
Ada memanggil Yana dengan nama sebenar, Norliana Samsudin. Tidak kurang juga menyapa Yana, Yana Ceria dan Reanna. Ada pula peminat memanggilnya Yana Rempit dan Wawa kerana wataknya dalam filem Adnan Sempit.

Lirik Lagu My Eks - Baron Soulmates

Lirik Lagu My Eks - Baron Soulmates

Jangan kau sentuh aku
Jangan kau cium aku
Karena pintu hatiku terluka

Kau cinta pertamaku
Cinta yang tak akan terlupakan
Tak pernah terpikir berakhir seperti ini

[*]
Pernah ku mencintaimu
Saat ku masih bahagia
Tapi kau kecewakan
Kau berikan noda akan cinta kita

[**]
Pernah ku mengagumimu
Hanya kaulah dihatiku
Tapi itu dulu saat kau tak pernah sakitiku
Your my eks

Jangan kau ucapkan cinta
Dan jangan kau harap ku kembali
Karena semua sudah hancur dihati ini

Back to [*]

Pernah ku mengagumimu
Hanya kaulah dihatiku
Tapi itu dulu saat kau tak duakan diriku

Kau takkan terlupakan
‘kan selalu tersimpan dihati ini

Back to [*][**]

Your my eks your my eks
Your my eks your my eks
Your my eks your my eks

Cinta dunia akhirat

Banyak elemen ‘pertama’ atau ‘No 1’ singgah dalam hidup personaliti penghias muka depan sisipan Sabtu kali ini. Bersama isteri tersayang, juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, ketika ini menempuh saat-saat indah hidup bersama - segala-galanya membawa pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan dan berbeza.


Selain gelaran juara Imam Muda yang membuatkan semua mata tersasar ke arahnya, Muhammad Asyraf dan isteri tercinta, Nurhusna Yusoff, 23, julung kali menyambut sinar Ramadan sebagai pasangan suami isteri dan ‘mengisi’ bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadat.

Bagi pasangan yang mesra disapa Asyraf dan Husna ini, Ramadan yang disambut selepas Asyraf menjuarai pertandingan realiti dakwah popular terbitan Astro Oasis, Imam Muda banyak mengajar mereka erti bertolak ansur dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Ketika sesi temuramah, Husna yang sudah agak lama berenggang dengan suami sejak bersaing di dalam Imam Muda, cepat-cepat mengambil buku perancangan harian milik Asyraf bagi memastikan Ramadan pertama diraikan bersama di rumah sewa mereka di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Hakikatnya boleh dikira dengan jari berapa kali mereka mereka dapat berbuka bersama di rumah.

Dek tanggungjawab baru yang dipikul Asyraf, hampir setiap hari jejaka kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini diundang ke acara majlis berbuka puasa. Malah beliau yang mencuri-curi masa menyiapkan penyelidikan atau tesis bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan bidang fiqh dan usul di Universiti Malaya (UM), tidak menolak jemputan menjadi imam solat terawih di masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ini permulaan yang harus saya dan isteri biasakan. Mahu atau tidak, ini laluan yang saya pilih. Ikutkan sebelum menyertai Imam Muda, isteri saya agak keberatan merelakan perjuangan ini. Tapi, semuanya sudah terjadi dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan keharmonian rumah tangga kami berada di paksi utama.

“Husna bimbang dengan apa juga bentuk godaan dan dugaan yang mungkin terjadi. Tapi insya-Allah kami hanya mampu mendoakan yang terbaik. Isteri saya pun masih sibuk belajar di UM. Toleransi dan memahami itu penting. Jika ada masa terluang, Husna mengikut saya ke acara yang diundang. Jika tidak, beliau berbuka di rumah sendirian ataupun ditemani adik saya,” kata Asyraf yang ditemui sisipan Sabtu di kediamannya minggu lalu.
Mengintai debar hatinya kini, Asyraf mengakui tanggungjawab dipikulnya selepas menjadi Imam Muda pada 30 Julai lalu mula memberi terjemahan berbeza. Ini kerana andai silap percaturan, langkahnya yang sering diperhatikan khalayak, mungkin menjerat diri. Terbit juga kebimbangan terhadap dirinya jika terlalu disanjung dan tiba-tiba jatuh tergolek.

“Saya tak menidakkan bahawa apa yang saya sedang berdepan sekarang seperti beban dan amanah besar. Ke mana-mana saja kehadiran saya disedari termasuklah mereka yang menghuni di pangsapuri yang kami tinggal. Dunia yang saya sertai ini bukan sekadar glamor semata-mata. Dalam apa yang saya lakukan, membuat perkara baik itu bukan sensasi. Sebaliknya apa yang dilakukan atas tuntutan dakwah.

“Pada masa sama, saya takut dengan jangkaan dan persepsi orang ramai terhadap apa yang digelar saya sekarang. Saya masih belajar dan sedang mengumpul ilmu. Ironinya, ada yang sudah mula menganggap dan mahu saya bercakap saya seperti pakar motivasi, penceramah dan imam tersohor. Sedangkan saya hanya mahu menjadi diri sendiri dengan cara memudakan peranan Imam itu sendiri.

“Sejujurnya dulu saya takut untuk memakai seluar jeans kerana memikirkan pandangan alim ulama terhadap pemakaian sebegitu dengan faktor keagamaan. Tapi sekarang atas alasan mahu mendekati golongan remaja, saya kena pakai balik seluar itu. Saya kena minta balik jeans yang diberikan kepada adik.

“Bahkan saya kena membeli kembali jeans dan pakaian yang boleh meremajakan diri saya sebagai Imam,” katanya yang akan mula bercuti raya bersama isterinya mulai hari ini dan pulang beraya ke utara Semenanjung.

Belum sempat berbulan madu

TINGGALKAN seketika kisah Imam Muda, mari sama-sama menelusuri memori cinta yang pernah dirasai pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka diperkenalkan rakan dan cinta berputik ketika mereka sedang menuntut di UM. Bak kata Asyraf, itulah penangan apabila abang senior mengurat adik junior.

Mereka diperkenalkan oleh kawan serumah Asyraf. Secara kebetulan adik kepada kawan serumah yang dimaksudkan itu juga berkawan baik dengan Husna. Bercinta selama setahun, akhirnya mereka nekad melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu. Gelaran popular loghat Utara, ‘hangpa’ dan ‘kami’ sewaktu bercinta akhirnya berubah menjadi `abang’ dan ‘ayang’.

“Seminggu selepas berkahwin pun kami masih terbiasa dengan gelaran ‘hangpa’ dan ‘kami’. Tapi sekarang sudah bertukar jadi `abang’ dan ‘ayang’. Cuma selepas berkahwin, kami belum sempat untuk berbulan madu. Masa habis cuti kahwin, kami sudah terikat dengan komitmen belajar. Malah, pada awalnya kami duduk berasingan sebelum berpindah ke tempat tinggal sekarang iaitu Mac lalu.

“Apabila bercadang hendak berbulan madu sewaktu cuti semester, saya pula terpilih menyertai Imam Muda. Selalunya kalau kawan tanya, saya akan jawab kami berbulan madu di dalam perpustakaan. Ikutkan memang nak berbulan madu dalam kadar segera. Kalau tak sempat sangat pun, berbulan madu di dalam negara seperti Cameron Highlands dan Pulau Tioman pun okey.

“Apa yang boleh saya katakan, harapnya dialah cinta dunia akhirat saya. Cinta mati saya. Kali pertama melihatnya, bagaikan ada getar rasa yang mengatakan dialah pilihan tepat saya selama ini. Saya memilihnya kerana beliau berbeza daripada kawan perempuan yang pernah saya kenali.

“Beliau bukan gadis yang saya kenali di facebook atau Friendster tetapi saya terima seadanya,” katanya sambil memberitahu isterinya tebal dengan sikap pemalu tetapi wajahnya cukup sejuk mata memandang.

Cinta pertama

MENGALIH bicara kepada Husna, beliau yang iras penyanyi Heliza Helmi, tidak berselindung mengakui Asyraf cinta pertamanya. Sekalipun Asyraf bukan lelaki yang gemar memberi bunga atau kad, Husna mengakui suaminya cukup tebal dengan sikap romantik. Umum juga tahu, Asyraf sangat gemar berlawak dan ia tidak dinafikan Husna.

“Masih terngiang di ingatan saya pada Jun tahun lalu, Asyraf bersama ibu dan ahli keluarga datang membawa kek bertulis, ‘Yeah Yeah Happy Birthday, Hangpa Dah Besaq Dah’. Kek itu sebagai isyarat hari lahir saya yang tak sempat diraikannya pada 31 Mei tahun lalu kerana beliau perlu ke Jakarta. Kiranya ia menjadi kejutan sekali gus menjadi seperti majlis merisik.

“Kami pernah basah lencun gara-gara hujan ketika sama-sama menaiki motosikal. Ketika itu, kami terpaksa berhenti di bawah jejantas berdekatan lebuh raya. Peliknya, tempat berteduh bawah jejantas itu pun terlalu sempit.

Asyraf mengangkat saya ke atas tembok untuk mengelak saya terus terkena tempias hujan. Sedangkan dia sendiri masih terkena percikan air hujan. Dia sanggup basah lebih berbanding saya,” katanya yang sering dimanjakan Asyraf.

Mengenai anak, pasangan ini tidak merancang. Seboleh-bolehnya mereka mahu melihat anak dilahirkan ketika usia masing-masing masih muda. Hakikatnya, mereka belum ada rezeki dan Husna masih belajar.

Lisa dan Awal hos Mari Menari

SELEPAS puas beraya bersama sanak saudara di kampung halaman, kini tidak giliran untuk Cik Normah menjengah kediaman kenalan di sekitar ibu negara. Banyak pula undangan rumah terbuka. Sambil berjumpa teman, dapatlah juga menjamu selera. Iyalah, kalau boleh semua cerita mahu Cik Normah kongsi dengan kawan rapat apatah lagi bila mengimbas nostalgia zaman dara dulu.

Bila sudah rancak berborak, tanpa sedar terkeluar juga kisah artis. Al-maklumlah, kawan Cik Normah semuanya mengalahkan penyiasat persendirian.

Seorang teman Cik Normah nampaknya seronok sungguh sewaktu dia memberitahu kami Lisa Surihani bakal mengendalikan program realiti Mari Menari. Program ini ialah rancangan realiti tarian terbaru ala-ala Sehati Berdansa, tetapi bukan membabitkan wajah popular kerana pesertanya cuma orang biasa.

Katanya, kalau tak silap program terbitan Astro itu bakal menemui penonton Oktober ini. Bukan apa, kata kawan Cik Normah selama ini memang dia tertunggu-tunggu kemunculan pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak 2 itu mengacarakan program realiti kerana benar-benar menyukai bakat pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang itu.

Cik Normah pun tertunggu-tunggu kelibat Lisa di kaca TV sebagai pengacara sebab selama ini hanya tengok gadis berdarah Melayu Bugis itu berlakon. Mana tahu dalam Mari Menari, Lisa juga bakal menunjukkan skil tariannya.

Dikhabarkan juga, teman gandingannya pula ialah Awal Ashaari yang juga teman istimewa Scha Alyahya. Kalau sungguh bagai dikata, kita tengok nanti keserasian antara mereka.

Ana Raffali - Hari-Hari Hari Raya Lirik

Lirik Lagu Hari-Hari Hari Raya - Ana Raffali

Hari Raya lambat lagi
Hatiku terasa rindu
Ku terbayang warna-warni
Baju kurung dan baju melayu

Aroma enak di dapur
Melambai padaku
Untukku tambah pada pinggan
Berbalang-balang kuih
Yang keras aku buat
Dan ku tahu kau tetap akan makan

Paling penting pada Hari Raya
Kita takkan bergaduh
Kau simpan egomu
Ku simpan egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita akan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya

Hari Raya belum sampai
Dan kita baru saja bergaduh
Cukup sukar nak berdamai
memang mudah untuk buat bodoh

Beraneka e-kad raya
Melambai padaku
Untuk ku isi dan hantarkan
Dan diantaranya ada satu untukmu
Kau buatku marah jadi ku batalkan

Hari-hari bukan Hari Raya
Kita pasti bergaduh
Kau tayang egomu
Ku tayang egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita kan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya

Biodata Fizz Fairuz

Biodata Fizz Fairuz


NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon dan Usahawan Restoran
STATUS: Bujang

Nabil syor pemandu ‘tak makan saman’ disebat

Saban hari, sejak Ops Sikap ke-22 dilancarkan lebih seminggu lalu, ada saja laporan nahas jalan raya termasuk yang membabitkan nyawa terkorban dilaporkan media. Siapa tidak sedih jika kepulangan insan yang dinanti sempena Aidilfitri, disambut ratapan keluarga atau sekujur tubuh tidak bernyawa yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya.



Wartawan Berita Minggu, ZAIDI MOHAMAD menemuramah artis dan pelawak, Nabil Ahmad mengenai sikap pemandu selain berkongsi tip menjadi pemandu berhemah. Nabil juga mengulas apakah perlu hukuman lebih keras dikenakan terhadap pesalah jalan raya.

Apa reaksi anda melihat catatan maut yang meningkat setiap kali tiba musim perayaan dan jalan raya bukan lagi sekadar penghubung tetapi bertukar menjadi sungai maut?
Setiap kali tibanya musim perayaan, saya selalu menggeleng kepala mengenangkan jumlah kemalangan yang terus meningkat. Ia makin menjadi-jadi. Kegembiraan akhirnya bertukar menjadi tragedi.

Memang orang selalu cakap malang tidak berbau. Namun kita sebagai pemandu perlu ada tanggungjawab terhadap jalan raya, pemandu lain dan orang yang bersama kita di dalam kenderaan.

Di mana silapnya kerana nahas tetap berlaku biarpun pelbagai kempen diadakan baik sebelum dan ketika musim cuti perayaan?

Tak perlu cari silap orang. Saya lebih suka menuding diri sendiri berhubung soalan ini. Hakikatnya ia bergantung kepada diri kita. Tapi kalau kita saja yang mengamalkan sikap berhati-hati di atas jalan raya tetapi pemandu lain tidak, tiada gunanya juga. Memang kita tidak boleh melawan takdir.

Tapi kita boleh berusaha untuk mengelak kemalangan dengan memandu dalam keadaan yang baik. Saya tegaskan sekali lagi bahawa sikap sambil lewa pemandu sendiri antara faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kemalangan yang drastik. Sama-samalah kita memandu dengan berhemah.

Apakah kempen keselamatan jalan raya ini perlu diperluaskan dan tidak hanya membabitkan pemandu sebagai sasaran utama?

Ya, memang kempen sebegini perlu terus diperluaskan dari semasa ke semasa. Ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan hanya untuk tempoh perayaan tertentu. Saban tahun, ramai pemandu baru yang memenuhi jalan raya.

Saya sendiri baru lima tahun memandu. Keterujaan pemandu baru ini boleh dikatakan luar biasa daripada pemandu yang sedia ada. Darah mudalah katakan. Jadi penyebaran maklumat dan pengetahuan mengenai pemanduan yang betul perlu dilakukan secara menyeluruh.

Malah, penumpang juga perlu dididik supaya mengambil peranan masing-masing. Penumpang juga perlu ada tanggungjawab terhadap pemandu. Sebagai contohnya, jika pemandu mengantuk, mereka perlu menasihatkan kepada pemandu untuk berehat seketika di kawasan rehat & rawat (R&R).

Bagaimana dengan aspek undang-undang ketika ini? Apakah hukuman lebih keras perlu dikuat kuasakan bagi menghukum pesalah jalan raya yang menjadi punca nahas?

Ia bergantung kepada keadaan. Mungkin jika pemandu masih ‘tidak makan saman’ dan masih lalai ketika berada di atas jalan raya, hukuman sebatan barangkali perlu dipertimbangkan setimpal dengan kesalahan berat yang dilakukan terutama yang membabitkan kematian orang lain.

Kebanyakan orang di Malaysia ini banyak duit dan bila kena saman saja, mereka mampu membayarnya. Itu pun ada yang liat nak bayar saman. Tapi kalau kena sebat, tak dapatlah mengelak.

Mungkinkah benar situasi di mana sikap pemandu iaitu ibu atau bapa yang juga pemandu bermasalah mempengaruhi si anak mengamalkan tabiat buruk di jalan raya?

Selalu kita akan cakap pendidikan bermula dari rumah. Ia memang ada kebenarannya. Ibu bapa antara contoh dan teladan paling dekat dengan si anak. Kalau ibu bapa menunjukkan contoh pemanduan yang tidak baik, si anak mudah mencontohinya.

Malah kebanyakan anak mula memandu dengan menggunakan kenderaan ibu bapa. Jadi secara tidak langsung, pengamatan anak terhadap pemanduan ibu bapa cenderung terjadi.

Bagi anda sendiri, apakah perkara utama yang dilakukan sebaik masuk serta memandu kereta.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah memakai tali pinggang keledar.
Tapi ada juga orang yang selalu melihat tali pinggang itu sebagai perkara remeh. Saya pernah ada pengalaman kawan sendiri yang disahkan menjadi tidak waras hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Semuanya terjadi apabila kepalanya terhentak di depan cermin kereta. Cuba bayangkan kalau kita memakai tali pinggang keledar, takkan jadi perkara sebegitu. Selain itu, periksa perkara asas lain yang menjadi antara kemestian, contohnya, cermin kiri dan kanan supaya berada dalam keadaan yang sepatutnya.

Apakah petua anda bagi memastikan diri sentiasa menjadi pemandu berhemah di jalan raya?

Pandulah dalam keadaan waras. Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Rancang perjalanan anda dan kalau boleh mulakan perjalanan pada waktu yang boleh mengelak kesesakan lalu-lintas.

Saya sendiri suka memandu pada waktu pagi selepas bersahur. Elak memandu dalam keadaan tergesa-gesa atau marah. Patuhilah undang-undang jalan raya. Berehat seketika jika mengantuk.

Hooray Raya - Aizat Lirik

Lirik Lagu Hooray Raya - Aizat



Hati ini mengira
Detik ku tinggal segala... di kota
Telah lama ku tiada
Kini kembali semula... di desa

Chorus
Mengenang indah tika takbir bergema
(Sayu mula terasa)
(Bunyi mercun berdentum)
Ibu ayah saudara
Kan kulepaskan segala

Hooray Raya
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya
Oh...ohhhh

Wajah ibu tersayang
Senyuman berair mata.... gembira
Bersyukurku padaNya
Menyambut Syawal berdua... berdua

Ulang Korus

Hooray Raya!
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya!
Oh...ohhh

Lirik Lagu Hooray Raya - Aizat

Lirik Lagu Hooray Raya - Aizat



Hati ini mengira
Detik ku tinggal segala... di kota
Telah lama ku tiada
Kini kembali semula... di desa

Chorus
Mengenang indah tika takbir bergema
(Sayu mula terasa)
(Bunyi mercun berdentum)
Ibu ayah saudara
Kan kulepaskan segala

Hooray Raya
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya
Oh...ohhhh

Wajah ibu tersayang
Senyuman berair mata.... gembira
Bersyukurku padaNya
Menyambut Syawal berdua... berdua

Ulang Korus

Hooray Raya!
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya!
Oh...ohhh

Bintang baru terkenang kisah raya

Baru menyandang gelaran ‘bintang’ tentunya memberikan kenangan serta pengalaman tersendiri pada lebaran ini. Dengan peminat di keliling pinggang, ke mana sahaja pergi pasti menjadi perhatian.



Namun pengalaman raya sebelum menyandang gelaran ‘bintang’ pastinya tetap bermain di fikiran. Ikuti kenangan raya bersama bintang-bintang baru ini;

SH: Shahir teringat kemalangan malam raya tahun lepas

Tahun lalu Shahir terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari sebelum umat Islam meraikan hari Lebaran. Kemalangan itu terjadi selepas Shahir menjemput kawan baiknya di Kuala Lumpur.

“Dua hari sebelum hari raya kawan saya menelefon memberitahu dia tidak dapat membeli tiket bas untuk balik ke kampung. Dia minta saya menjemputnya di Kuala Lumpur,”

“Semasa dalam perjalanan pulang, saya mengantuk sangat sehingga melanggar kereta di hadapan. Nasib baiklah saya tak cedera. Kereta pula masih boleh dipandu walaupun kemek akibat kemalangan itu,”

“Tetapi kemalangan itu menyebabkan saya hilang ‘mood’ untuk berhari raya. Akhirnya saya hanya beraya seorang diri di rumah. Tahun ini saya akan pastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi,” katanya yang pulang berhari raya ke Kampar dan ke rumah neneknya di Gopeng.

Bercerita mengenai sambutan hari raya tahun ini, Shahir dan keluarganya sepakat untuk mengayakan warna biru sedondon sama seperti warna kelab peminat Shahir.

“Mengenai juadah pula, Shahir pasti akan mencari ketupat, nasi impit dan lemang. Manakala kuih kegemaran Shahir ialah Tart Nenas,” katanya yang berharap dapat bercuti lebih lama untuk bersama keluarga.



SH : Adira dan Ema teruja beraya sebagai artis



Mereka bukan sahaja pasangan adik-beradik yang bernasib baik dapat menyertai Akademi Fantasia dalam musim yang sama, bahkan mereka juga dapat mengacapi populariti bersama-sama.

Pasti Lebaran kali ini membawa banyak perbezaan buat mereka.

“Aidilfitri kali ini pasti banyak bezanya dengan sambutan tahun-tahun lalu. Persiapan raya kali ini pastinya lebih meriah. Tahun ini dapatlah buat baju lebih, dan masak makanan lebih.

“Dulu kami hanya terima duit raya, tahun ini pula kami yang akan memberi duit raya. Malah persiapan untuk keluarga pun kami akan kongsi keluar duit,” ujar Ema mengenai persiapan raya mereka tahun ini.

Bercerita mengenai pengalaman raya yang pernah mereka lalui, Ema berkata dia pernah tidak dapat pulang berhari raya selama dua tahun berturut-turut.

“Masa itu Ema belajar di Cheras, oleh kerana cuti pendek dan ada peperiksaan semester, Ema terpaksa ambil keputusan tidak pulang ke Kota Kinabalu dan menyambut raya seorang diri dalam bilik,” katanya yang menggemari kuih semprit.

Sementara Adira pula pernah melalui pengalaman sakit perut pada raya pertama gara-gara salah makan.

“Adira ingat lagi, Adira pernah beraya di rumah sahaja gara-gara salah makan pada hari raya pertama. Sudahnya Adira hanya beraya di rumah dan tidak ke mana-mana,” katanya yang berpakaian sedondon ungu dengan seluruh ahli keluarganya.

SH : Mohd peruntukan RM5,000 untuk raya tahun ini


Dek kerana telah bergelar juara Mentor musim ke-4 dan juga bergelar artis, Mohd mengakui memperuntukkan RM5,000 untuk Lebaran tahun ini.

RM5,000 itu digunakan Mohd untuk menyediakan persiapan raya serta membuat rumah terbuka di Johor Bharu.

“Mohd sedar kejayaan yang Mohd dapat pada hari ini bukan atas usaha Mohd seorang. Ia juga atas sokongan peminat-peminat Mohd. Jadi tahun ini Mohd menyediakan peruntukkan lebih sedikit untuk tetamu yang datang beraya.

“Mohd telah menyediakan tiga pasang baju Melayu berwarna biru, ungu dan hijau. Manakala makanan kesukaan Mohd adalah ketupat, serunding daging dan rendang,” katanya yang turut menggemari kuih batang buruk dan tart nenas.

Menyingkap tentang pengalaman raya yang tidak dapat dilupakan, Mohd mengakui pernah tidur di sebelah pintu gara-gara kesemua adik-beradiknya pulang dan berkumpul di rumah untuk menyambut hari raya bersama.



SH : Adi dan Ila hilang nenek raya tahun lepas



Tahun ini merupakan tahun kedua-dua pasangan adik-beradik Adi dan Ila beraya tanpa kehadiran nenek di sisi. Apa yang jelas mereka tidak dapat berkongsi kejayaan manis mereka bergelar artis selepas menyertai program Mentor musim ke-4.

“Raya tahun lalu kami beraya tanpa nenek di sisi, memang sedih. Tahun ini pun tidak dapatlah kami kongsi kejayaan Adi dengan nenek,” ujar Ila yang juga adik kepada Adi.

Tambah Ila lagi persiapan raya tahun ini dibuat seperti biasa dan Ila menyediakan tiga pasang baju raya untuk digayakan pada hari raya nanti. Mereka sekeluarga akan memakai baju berwarna perak sedondon pada raya pertama nanti.

Sementara itu, Adi juga mempunyai kenangan raya yang tidak dapat dilupakan gara-gara terlibat dengan kemalangan pada raya ketiga dua tahun lalu.

“Mujur Adi tidak mengalami kecederaan serius, tetapi selepas itu Adi lebih berhati-hati bila memandu,” katanya yang menggemari kek lapis India.



SH : Daus terbakar kening kerana main mercun

“Ketika saya masih bersekolah rendah, bulu kening saya terbakar dek kerana asyik sangat bermain mercun bersama kawan-kawan,” kata Daus mengimbau kenangan berhari raya yang tidak dapat dilupakannya.

Walaupun kejadian itu meninggalkan tanda di kening Daus sehingga kini, namun ia tidak membuatkan Daus serik untuk bermain mercun.

“Cuma sekarang ini Daus sudah besar, jadi tidaklah segila dulu bermain mercun. Lagipun mercunkan sudah diharamkan di negara ini, jadi Cuma itulah kenangan yang Daus simpan sampai sekarang,” katanya yang menyukai rendang, ketupat dan kek lapis.



SH : Nad pernah tidak tidur semalam kerana kemas rumah

“Nad pernah tidak tidur semalam kerana asyik sangat mengemas rumah bersama ahli keluarga yang lain. Bila bekerjasama beramai-ramai macam itu, memang tidak terasa letih, sedar-sedar hari dah pagi dan kami terus bersiap seperti biasa,” cerita Nad mengenai pengalaman raya yang tidak dapat dilupakannya.

Nad berkata dia hanya menyediakan empat pasang baju raya dan akan cuba meluangkan masa menziarahi teman-teman seangkatan di AF.



SH : Shah teringatkan nenek

Jika Adi dan Ila kehilangan nenek pada raya tahun lalu, Shah juga melalui pengalaman sama kehilangan nenek pada Lebaran tahun lepas.

“Shah sedih kerana tidak dapat berkongsi kejayaan Shah bergelar artis tahun ini dengan nenek tercinta. Nenek adalah salah seorang ali keluarga Shah yang banyak memberi sokongan pada Shah untuk berjaya,” katanya yang akan pulang ke Kuala Selangor.



SH : Polis datang ke rumah gara-gara main mercun-Alif

“Kejadian ini berlaku ketika Alif berada di tingkatan dua, dek kerana asyik bermain mercun bersama kawan-kawan, rumah kami didatangi polis.

“Nasib baik mereka tidak menangkap kami dan hanya memberi amaran. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana nasib kami ketika itu,” kata Alif yang akan berhari raya di Kuala Lumpur saja.



SH : Nani pernah tertinggal kapal terbang



Mengimbau kenangan raya sebelum bergelar artis, pemenang tempat ketiga Mentor musim ke-4, Nani pantas teringat kenangannya yang pernah tertinggal kapal terbang gara-gara terlewat dan tersalah membaca maklumat di tiket kapal terbang.



“Kejadian itu berlaku tiga tahun lepas, semasa Nani ingin pulang beraya di Sarawak dari Johor. Emak Nani tersalah memberi maklumat penerbangan menyebabkan Nani terlepas kapal terbang.

“Memandangkan tiada penerbangan tambahan pada hari itu, kesudahannya Nani hanya pulang keesokannya pada pagi raya. Mujur ada tiket, kalau tidak terpaksalah Nani berhari raya seorang diri di Johor Baharu,” katanya yang pulang beraya ke Sibu, Sarawak tahun ini.

Bercerita mengenai sambutan hari raya pula, Nani berkata dia hanya menyediakan empat pasang baju raya untuk dirinya dan memakai baju sedondon hijau pada raya pertama.

Lirik Lagu Raya Oh Yeah – Yuna

Lirik Lagu Raya Oh Yeah – Yuna


Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka-ria
Oh yeah
Raikan hari raya

Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah
Samalah kita nanti

Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi

Chorus
Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya

Cinta di hari raya
Cinta di hari raya

Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum sehingga hujung telinga
Oh yeah
Tunggu kekasih hati

Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya

Ulang Chorus

Cinta di hari raya
Cinta di hari raya
Cinta di hari raya

Farina AF8 mencari ruang

Dapatapat berdiri di atas platform yang tepat bukan bermaksud ia satu jaminan dalam kerjaya yang baru hendak dikemudi. Paling penting adalah sanggup menempuh pelayaran yang panjang dan bergelora dengan kapal yang utuh dan sesuai dengan jiwa pengemudinya.




Farina atau nama sebenarnya Zafarina Jamhari, masih berada pada awal pelayarannya. Dia yang merupakan bintang Akademi Fantasia musim kelapan baru sahaja dititiskan air daripada lautan yang bakal diterjahnya.

Usaha gigih wanita klahiran Sarawak ini mencuba setiap uji bakat AF sejak musim kedua dijadikan azimat mengharungi perjalanan seninya.

Berbekalkan wajah yang cantik sahaja bukan tiket mudah untuk dia masuk ke dalam dunia hiburan.

Sebaliknya memilih pihak pengurusan yang tepat dan perancangan yang teliti juga penting.

Farina sudah mendapat aura itu. Ibu tunggal berusia 25 tahun ini sedang berada di bawah payung syarikat Best Malaysia Entertainment (BME Entertainment) untuk membantunya bergelar penghibur sebenar.

Farina membawa bekal pertama, sebuah single bertajuk Hujung Minggu yang telah dihadiahkan sebagai halwa telinga umum.

Kini, strategi seterusnya dia muncul dengan sebuah single khas sempena Aidilfitri yang bertajuk Syukur Di Aidilfitri.

"Tujuan single raya ini dikeluarkan adalah untuk memperkenalkan lagi nama saya sebagai penyanyi begitu juga rekod label BME," ujarnya yang pulang ke Sarawak untuk menyambut lebaran.

Usai lagu lebaran diperdengarkannya kepada khalayak, pihak BME dan Farina sedang merangka untuk menyiapkan lagu-lagu buat albumnya kelak.

"Semuanya masih bergantung kepada masa tetapi saya sangat berharap agar dapat melancarkan sebuah album penuh pada tahun hadapan.

"Sebagai perancangan awal, saya keluar dengan sebuah single biasa dan sebuah single raya memandangkan single merupakan tuntutan artis sekarang."

Turut mengikuti kelas vokal daripada seorang pensyarah UiTM, Farina yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia lapan tahun, Dayang Hasya Yasmin semakin bersemangat untuk bergelar penyanyi.

"Saya tahu bukan mudah untuk masuk dan berada dalam dunia hiburan sementelah penyanyi juga semakin ramai. Saya mahu membuktikan kepada umum yang saya boleh menyanyi dan berjaya dengan kerjaya ini," ujarnya yang turut membuat persediaan untuk Konsert Re-Union AF 8 pada Oktober kelak.

Lirik Lagu Menjelang Syawal - Pesawat

Lirik Lagu Menjelang Syawal - Pesawat

Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan
Budak budak di laman
Kecoh bermain mercun
Mengimbau kenangan
Sanak saudara berhimpun
Alangkah bahagia di jiwa

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yg gemilang Kau beri pada hambaMu
Di kala Syawal

Kini tiba masanya
Bergembira di Hari Raya
Ziarah menziarahi
Sengketa lalu tak usah dikenang lagi
Di Aidilfitri

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Yuna - Raya Oh Yeah

Yuna - Raya Oh Yeah from Luey Motion Lab on Vimeo.


Yuna - Raya Oh Yeah

Lirik Lagu Senyum – Aizat Amdan

Lirik Lagu Senyum – Aizat Amdan



Senyum.. senyumlah…
Walau gagal itu hakikatnya,
Kau senyum terbang semula.. ke awana,
dan berputiklah semula,

Ada.. kalanya,
Kemenangan itu sementara,
Supaya kau tak terlupa asalnya,
Cuma cinta, asas untuk kita bermula,

Jangan engkau menangis dan
janganlah engkau bersedih lagi,
Semua kemungkinan dan segala keterangan
yang akan membawamu terbang…..

Senyum.. senyumlah,
Jalan hidup tetap akan berubah,
Pengalaman kau sematkan di dada,
Untuk selamanya,
Dan senyumlah untuh semua,

Cinta…. menyerikan segala…
Sentiasa kau senyum….

Lirik Lagu Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain

Lirik Ku Berjanji Karna Cinta - Anuar Zain

Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain

Lirik Lagu Syukur Di Aidilfitri - Farina

Lirik Lagu Syukur Di Aidilfitri - Farina

CHORUS
Hai Selamat…
Selamat Hari Raya Hai Selamat…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
menjelang kembali Rasa syukur
tersemat di hati Aidilfitri
menjelang kembali
Rasa syukur tersemat di hati.

VERSE 1
Seriang wajah menyambut takbir bergema
Di kala pagi hari raya,
Syawal telah tiba
Sebulan puasa
menyahut rukun agama
Mencari erti keabdian
pada yang Maha Esa

BRIDGE
Alangkah gembira
bila dapat bersua
Dekat atau pun jauh,
raikan bersama

CHORUS
Hai Selamat…
Selamat Hari Raya Hai Selamat…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
menjelang kembali
Rasa syukur tersemat di hati
Aidilfitri menjelang kembali
Rasa syukur tersemat di hati.

VERSE 1
Berpeluk salam,
kemaafan yang dipinta
Sesama muslimin dan muslimah seluruh dunia
Aneka hidangan, beragam warna pakaian
Menyambut kemenangan pada bulan Ramadhan

Lirik Lagu Parasit - Jinbara

Lirik Lagu Parasit - Jinbara

Jinbara

Dedaun kecewa gugur menjamah
Bumi sekian lama
Kabur sehingga bertukar warnanya
Dan ia gugur lagi

Duka dendam sakit hati
Tindih menindih membusung x2

Ku alihan, ku pusing, ku adun
Segenggam pengawet yakin
Setitis kimia tabah dicampur
Menjadi bahan pengajaran

Duka dendam sakit hati
Tindih menindih membusung x2

Ku semaikan pohon cinta
Bersiramkan pengalaman
Berbajakan pengajaran
Tumbuh subur mekar segala
Parasit disula
Cintaku abadi…

Jangan Lama Lama Lirik - Jinbara

Lirik Lagu Jangan Lama Lama - Jinbara

Jinbara

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan dia menunggu
Janganlah sampai dia berlalu

Jangan fiqir lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Jiwaku ragaku hatiku nafasku untukmu
Senyummu jelingmu manjamu sinismu untukku
Bayang dalam pesona
Cerita dan ceritera
Sanubara dunia nyata
Satu alam dua jiwa

Tak tahan hatiku menanggung rindu
Tak sabar rasanya untuk bertemu
Jangan biarkanku lama menunggu
Karam di hati tak siapa tahu

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Kemana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Lagi-lagilah lama

Artist: Jinbara
Title: Jangan Lama Lama
Album: Interpretasi Mental

Paksi Shahir

Bukan lagi malu-malu hingga sukar membalas bicara seperti awal kemunculannya, kini juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-8, Ahmad Shahir Zawani bijak menyusun jenaka, menerpa soalan dan semakin berani mengusik. Namun dalam pada keceriaan itu, anak jati Kampar, Perak ini masih berdiri teguh pada paksi ketimuran yang menjadi identiti dirinya.



Ada yang berbisik menceritakan perihal juara berusia 22 tahun ini yang kekal mengawal intonasi ketika bersembang, gemar tersenyum dan punya pesona lelaki Melayu terakhir.

"Alhamdulillah, peminat masih setia menyokong dan itu sudah memadai bagi membakar semangat saya untuk terus ke depan memperjuangkan apa yang diimpikan selama ini. Sandaran juara memang banyak membantu dan sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah usaha sendiri bagi menguatkan lagi jalur kerjaya.

"Ada yang kata saya pemalu dan kurang berinteraksi namun sebagai pendatang baru, ini cabaran pertama untuk saya membiasakan diri dengan persekitaran dunia seni hiburan. Saya akui masih dalam proses pembelajaran dan pastinya dalam sedikit masa lagi jika diberikan peluang, saya akan tampil dengan peningkatan. Mungkin sebelum ini tidak pernah pula saya terfikir akan menjadi selebriti dan itu yang sedikit memberi tekanan. Namun ia bukan masalah besar dan saya berjanji ia tidak lagi menjadi beban kepada saya.

"Belum pun lagi setahun bergelar penyanyi, banyak perkara saya pelajari. Baik yang positif mahupun yang ada kalanya menakutkan saya, namun itu semua rencah hidup. Saya simpulkan semua pengalaman itu sebagai penawar setiap kali berdepan dgan apa saja halangan mendatang.

"Kini saya semakin menerima yang hidup sebagai selebriti, kebebasan selama ini akan tersekat. Saya pasrah dan melihat perkara itu satu pengorbanan dan transformasi dalam diri Shahir," katanya yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan nasyid, Saujana.

Bersembang dengan bintang yang kini melakar nama menerusi melodi berhantu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini ketika majlis berbuka puasa bersama Astro, Meriahnya Raya baru-baru ini memberi peluang kepada Shahir untuk menceritakan perasaan gementar bercampur gembiranya menjelang Aidilfitri ini. Pertama kali meraikannya sebagai bintang memberi seribu satu cerita kepadanya. Baik pada aspek persiapan mahupun rancangan rayanya, Ikon Belia Perak 2010 ini merencana sejak awal lagi supaya segala-galanya berjalan lancar.

"Memang berbeza sambutan Aidilfitri tahun ini memandangkan logikal dan hakikatnya jelas yang kehidupan saya sudah berubah. Saya perlu memikirkan banyak perkara, terutama peminat kerana ada yang merancang untuk beraya di kampung saya nanti. Namun cuti seminggu yang diberi sepanjang raya ingin saya sumbatkan dengan masa untuk berehat sepuas-puasnya. Mungkin masa raya ini juga saya berpeluang mendekati peminat.

"Bagaimanapun, memang sedihlah tahun ini kerana saya tidak lagi punya masa untuk berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga. Malah saya tidak lagi sempat berkunjung ke bazar Ramadan kerana jadual kerjaya terlalu ketat dan membataskan saya untuk berbuat demikian. Bayangkan, sepanjang bulan puasa saya sibuk dengan rangka promosi dan aktiviti seni lain seperti undangan nyanyian dan rakaman program raya.

"Itulah pengorbanan saya. Ini keputusan saya dan tidak sesekali saya menyesal. Setidak-tidaknya tercapai juga impian saya untuk membantu keluarga. Inilah masa untuk saya meraikan mereka selepas berjaya hingga tahap sekarang. Walaupun perjalanan masih jauh, saya percaya rezeki itu tetap ada jika kita berusaha dan ikhlas melakukannya. Insya-Allah," katanya yang menggemari kuih tart nanas.

Bintang yang menjadikan penyanyi tersohor, M Nasir dan Jamal Abdillah sebagai inspirasi dan paksi ilhamnya ini sekarang mula meninjau arah kerjayanya untuk terus sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun pihak pengurusannya menyarankan untuk mencuba pelbagai lapangan lain termasuk lakonan dan pengacaraan, Shahir tetap memandang dunia nyanyian sebagai keutamaannya.

"Orang baru macam saya mana boleh terlalu cerewet. Apa yang dirasakan baik oleh pihak pengurusan, itulah juga baik buat saya. Setakat ini memang ada juga pembabitan saya yang cenderung pada lapangan lakonan dan pengacaraan, namun itu semua bukan satu cabang yang terpaksa dilakukan, sebaliknya saya menyifatkan ia pemangkin kepada kerjaya nyanyian juga.

"Kadangkala saya tidak sedar rupa-rupanya boleh juga saya mengacarakan program televisyen seperti Duniaku Shahir dan boleh juga saya mendalami skrip drama atau filem. Itu adalah sisi bakat yang tersembunyi dan memerlukan sesetengah pihak untuk menyelongkar. Namun tidak pernah pula saya memikirkan soal itu secara serius kerana saya utamakan nyanyian.

"Saya idamkan untuk memiliki sebuah album sendiri dan bekerjasama dengan beberapa komposer yang benar-benar berbakat dan mampu memberi saya sebuah lagu yang boleh menguji kemampuan saya.

"Semuanya masih dalam rancangan dan saya akan berusaha keras bagi merealisasikan pelan peribadi itu," katanya.

Bintang muda ini bakal muncul bergandingan dengan penyanyi kegemarannya sempena Aidilfitri ini iaitu Konsert Lebaran Diva Datuk Siti pada 11 September jam 4 petang. Malah lakonan Shahir juga boleh ditonton menerusi telefilem Lawaknya Fantasia Raya di samping Rozita Che Wan pada 12 September jam 9 malam serta Lemang, Lebaran dan Labuci! bakal menemukannya dengan dua pengacara popular, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley pada 10 hingga 12 September jam 8.30 malam. Semuanya di Astro Ria.

Cinta dunia akhirat juara Imam Muda

Banyak elemen `pertama' atau `No 1' singgah dalam hidup personaliti penghias muka depan sisipan Sabtu kali ini. Bersama isteri tersayang, juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, ketika ini menempuh saat-saat indah hidup bersama - segala-galanya membawa pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan dan berbeza.

Selain gelaran juara Imam Muda yang membuatkan semua mata tersasar ke arahnya, Muhammad Asyraf dan isteri tercinta, Nurhusna Yusoff, 23, julung kali menyambut sinar Ramadan sebagai pasangan suami isteri dan `mengisi' bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadat.

Bagi pasangan yang mesra disapa Asyraf dan Husna ini, Ramadan yang disambut selepas Asyraf menjuarai pertandingan realiti dakwah popular terbitan Astro Oasis, Imam Muda banyak mengajar mereka erti bertolak ansur dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Ketika sesi temuramah, Husna yang sudah agak lama berenggang dengan suami sejak bersaing di dalam Imam Muda, cepat-cepat mengambil buku perancangan harian milik Asyraf bagi memastikan Ramadan pertama diraikan bersama di rumah sewa mereka di Desa Petaling. Hakikatnya boleh dikira dengan jari berapa kali mereka mereka dapat berbuka bersama di rumah.

Dek tanggungjawab baru yang dipikul Asyraf, hampir setiap hari jejaka kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini diundang ke acara majlis berbuka puasa. Malah beliau yang mencuri-curi masa menyiapkan penyelidikan atau tesis bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan bidang fiqh dan usul di Universiti Malaya (UM), tidak menolak jemputan menjadi imam solat tarawih di masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Ini permulaan yang harus saya dan isteri biasakan. Mahu atau tidak, ini laluan yang saya pilih. Ikutkan sebelum menyertai Imam Muda, isteri saya agak keberatan merelakan perjuangan ini. Tapi, semuanya sudah terjadi dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan keharmonian rumah tangga kami berada di paksi utama.

"Husna bimbang dengan apa juga bentuk godaan dan dugaan yang mungkin terjadi. Tapi insya-Allah kami hanya mampu mendoakan yang terbaik. Isteri saya pun masih sibuk belajar di UM. Toleransi dan memahami itu penting. Jika ada masa terluang, Husna mengikut saya ke acara yang diundang. Jika tidak, beliau berbuka di rumah sendirian ataupun ditemani adik saya," kata Asyraf yang ditemui sisipan Sabtu di kediamannya minggu lalu.

Mengintai debar hatinya kini, Asyraf mengakui tanggungjawab dipikulnya selepas menjadi Imam Muda pada 30 Julai lalu mula memberi terjemahan berbeza. Andai silap percaturan, langkahnya yang sering diperhatikan khalayak, mungkin menjerat diri. Terbit juga kebimbangan terhadap dirinya jika terlalu disanjung dan tiba-tiba jatuh tergolek.

"Saya tak menidakkan bahawa apa yang saya sedang berdepan sekarang seperti beban dan amanah besar. Ke mana-mana saja kehadiran saya disedari termasuklah mereka yang menghuni di pangsapuri yang kami tinggal. Dunia yang saya sertai ini bukan sekadar glamor semata-mata. Dalam apa yang saya lakukan, membuat perkara baik itu bukan sensasi. Sebaliknya apa yang dilakukan atas tuntutan dakwah.

"Pada masa sama, saya takut dengan jangkaan dan persepsi orang ramai terhadap apa yang digelar saya sekarang. Saya masih belajar dan sedang mengumpul ilmu. Ironinya, ada yang sudah mula menganggap dan mahu saya bercakap saya seperti pakar motivasi, penceramah dan imam tersohor. Sedangkan saya hanya mahu menjadi diri sendiri dengan cara memudakan peranan Imam itu sendiri.

"Sejujurnya dulu saya takut untuk memakai seluar jeans kerana memikirkan pandangan alim ulama terhadap pemakaian sebegitu dengan faktor keagamaan. Tapi sekarang atas alasan mahu mendekati golongan remaja, saya kena pakai balik seluar itu. Saya kena minta balik jeans yang diberikan kepada adik.

"Bahkan saya kena membeli kembali jeans dan pakaian yang boleh meremajakan diri saya sebagai Imam," katanya yang akan mula bercuti raya bersama isterinya mulai hari ini dan pulang beraya ke Utara Semenanjung.

Belum sempat berbulan madu

TINGGALKAN seketika kisah Imam Muda, mari sama-sama menelusuri memori cinta yang pernah dirasai pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka diperkenalkan rakan dan cinta berputik ketika mereka sedang menuntut di UM. Bak kata Asyraf, itulah penangan apabila abang senior mengurat adik junior.

Mereka diperkenalkan oleh kawan serumah Asyraf. Secara kebetulan adik kepada kawan serumah yang dimaksudkan itu juga berkawan baik dengan Husna. Bercinta selama setahun, akhirnya mereka nekad melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

Gelaran popular loghat Utara, `hangpa' dan `kami' sewaktu bercinta akhirnya berubah menjadi `abang' dan `ayang'. "Seminggu selepas berkahwin pun kami masih terbiasa dengan gelaran `hangpa' dan `kami'. Tapi sekarang sudah bertukar jadi `abang' dan `ayang'. Cuma selepas berkahwin, kami belum sempat untuk berbulan madu. Masa habis cuti kahwin, kami sudah terikat dengan komitmen belajar. Malah, pada awalnya kami duduk berasingan sebelum berpindah ke tempat tinggal sekarang iaitu Mac lalu.

"Apabila bercadang hendak berbulan madu sewaktu cuti semester, saya pula terpilih menyertai Imam Muda. Selalunya kalau kawan tanya, saya akan jawab kami berbulan madu di dalam perpustakaan. Ikutkan memang nak berbulan madu dalam kadar segera. Kalau tak sempat sangat pun, berbulan madu di dalam negara seperti Cameron Highlands dan Pulau Tioman pun okey.

"Apa yang boleh saya katakan, harapnya dialah cinta dunia akhirat saya. Cinta mati saya. Kali pertama melihatnya, bagaikan ada getar rasa yang mengatakan dialah pilihan tepat saya selama ini. Saya memilihnya kerana beliau berbeza daripada kawan perempuan yang pernah saya kenali.

"Beliau bukan gadis yang saya kenali di Facebook atau Friendster tetapi saya terima seadanya," katanya sambil memberitahu isterinya tebal dengan sikap pemalu tetapi wajahnya cukup sejuk mata memandang.

Cinta pertama

MENGALIH bicara kepada Husna, beliau yang iras penyanyi Heliza Helmi, tidak berselindung mengakui Asyraf cinta pertamanya. Sekalipun Asyraf bukan lelaki yang gemar memberi bunga atau kad, Husna mengakui suaminya cukup tebal dengan sikap romantik. Umum juga tahu, Asyraf sangat gemar berlawak dan ia tidak dinafikan Husna.

"Masih terngiang di ingatan saya pada Jun tahun lalu, Asyraf bersama ibu dan ahli keluarga datang membawa kek bertulis, `Yeah Yeah Happy Birthday, Hangpa Dah Besaq Dah'. Kek itu sebagai isyarat hari lahir saya yang tak sempat diraikannya pada 31 Mei tahun lalu kerana beliau perlu ke Jakarta. Kiranya ia menjadi kejutan sekali gus menjadi seperti majlis merisik.

"Kami pernah basah lencun gara-gara hujan ketika sama-sama menaiki motosikal. Ketika itu, kami terpaksa berhenti di bawah jejantas berdekatan lebuh raya. Peliknya, tempat berteduh bawah jejantas itu pun terlalu sempit. Asyraf mengangkat saya ke atas tembok untuk mengelak saya terus terkena tempias hujan. Sedangkan dia sendiri masih terkena percikan air hujan. Dia sanggup basah lebih berbanding saya," katanya yang sering dimanjakan Asyraf.

Mengenai anak, pasangan ini tidak merancang. Seboleh-bolehnya mereka mahu melihat anak dilahirkan ketika usia masing-masing masih muda. Hakikatnya, mereka belum ada rezeki dan Husna masih belajar.

INFO

ASYRAF

* Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

* Umur: 26

* Asal: Pulau Pinang

* Tarikh Lahir: 12 Februari 1984

* Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usul & Fiqh, Universiti Malaya

* Pekerjaan: Imam

* Isteri: Nur Husna Yusuff

* Umur: 23

Kat raya dalam gundah

1 Syawal bakal disambut beberapa hari saja lagi. Pastinya tatkala ini masih ramai yang membuat persiapan saat akhir, begitu juga yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.



Berbeza dengan Kat, fikiran dan hatinya berat memikirkan persiapan ke Chengdu, Sichuan, China sempena Asia Music Festival Charity yang berlangsung pada 18 hingga 22 September ini.

Acara berkenaan membabitkan penyanyi solo dan berkumpulan dari rantau Asia.

"Saya mulanya tidak percaya apabila pengurus memaklumkan saya mengenai penyertaan saya ke festival antarabangsa itu.

"Masakan tidak, saya tidak ada lagu baru, jadi siapalah yang sudi memberikan peluang seperti itu.

"Paling kelakar, saya sampai bertekak kerana masih tidak percaya. Sehinggalah wakil penganjur meminta pasport dan menunjukkan tiket penerbangan ke sana, barulah saya percaya.

"Sekarang ini otak saya sudah tidak fikirkan pasal raya lagi sebab fokus utama adalah untuk membuat persiapan untuk acara itu.

"Walaupun saya sekadar membuat persembahan dan bukan bertanding, saya kena buat bersungguh-sungguh. Saya satu-satunya sebagai wakil Malaysia, jadi saya kena beri yang terbaik setaraf peserta dari negara lain.

"Tanggungjawab yang digalas memang besar kerana saya membawa nama Malaysia dan saya harap dapat memberikan persembahan yang hebat nanti," kata Kat kepada Rap, baru-baru ini.

Pengurus Kat, Christina Koh (Chris), berkata ketika mengunjungi Singapura baru-baru ini seorang rakan pihak penganjur sempat bertanya kepadanya, siapa artis tempatan yang menyerlah di Malaysia.

"Mereka mahukan yang muda, berbakat dan cantik. Apabila saya mengirimkan profil Kat, mereka terus setuju.

"Asia Music Festival Charity adalah acara tahunan. Kalau tahun lalu ia dilangsungkan di Singapura, kali ini ia diadakan di Chengdu, China pula," jelasnya.

Chris berkata, Kat juga ditawarkan membintangi filem Bollywood arahan Deva Jit namun persetujuan hitam putih belum dibuat kerana perlu mengambil kira kesediaan Kat yang kurang yakin dengan bakat lakonannya.

"Selain, pihak berkenaan perlu mematuhi beberapa syarat-syarat yang ditetapkan bagi menghormati imej Kat sebagai rakyat Malaysia dan seorang Muslim sekiranya mereka mahu mengambil beliau," katanya.

Kat akui, jalan cerita filem itu cukup menarik kerana menceritakan seorang bintang pop yang diculik dan akhirnya dibunuh, tetapi dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

Baginya banyak perkara yang perlu dipertimbangkan lagi.

"Saya bimbang tidak mampu mencapai prestasi yang dikehendaki kerana kurang pandai hal selok-belok lakonan tambahan pula belum pernah ada pengalaman bekerja dengan produksi luar.

"Berlakon juga bukan perkara yang mahu saya fokuskan tahun ini kerana sasaran saya untuk mengeluarkan single baru," kata gadis tinggi lampai yang diperkenalkan menerusi program realiti TV, Mentor 2 ini.

Menyingkap karier nyanyiannya, nyata Kat belum puas kerana selagi tiada hasil yang mampu dibanggakannya. Justeru, dia amat berharap dengan kemunculan single terbaru ciptaan Edrie Hashim berjudul Hilang, namanya kembali menyinar.

"Hilang sebuah lagu berentak balada dan saya sudah pun merakamkannya. Saya sendiri yang mahukan Edrie mencipta lagu sentimental untuk saya.

"Lagu ini menceritakan hubungan cinta yang tidak kesampaian. Selama bekerja dengan Edrie saya berasakan ini adalah lagu terbaik pernah dihasilkannya untuk saya.

"Saya suka pada muziknya walaupun idea untuk menghasilkan lagu ini berlaku secara spontan dan singkat.

"Oleh kerana muzik dan liriknya membawa maksud yang mendalam. Lagu ini terpaksa saya rakamkan sebanyak dua kali. Saya mahukan penghayatan terbaik. Insya-Allah ia akan diedarkan selepas hari raya nanti," katanya.

Ditanya, mengapa Hilang dipilih sebagai judul sedangkan sebelum ini timbul kontroversi membabitkan Diddy AF dan Dayang Nurfaizah apabila lagu mereka tajuknya sama, Kat menjawab dia tidak khuatir.

"Saya yakin lagu saya, Hilang berbeza dengan lagu Diddy mahupun Dayang. Cuma yang sama hanya pada judulnya saja.

"Mengapa Hilang dipilih sebagai judul single Kat? Ia macam ada kena-mengena dengan diri saya yang selalu tenggelam timbul, malah lirik lagu ini ada kaitan dengan pengalaman hidup saya.

"Pun begitu, saya bertekad untuk tidak main-main lagi dan mahu fokus kepada nyanyian kerana mahu mencapai segala yang saya dicita-citakan sejak dulu," katanya bersungguh-sungguh.

Kat turut membuat penampilan khas bagi single penyanyi baru, Ariz berjudul Untukmu yang diharapkan dapat menceriakan lagi dunia hiburan.

>Profil

NAMA SEBENAR: Siti Khatijah Hassan

NAMA KOMERSIAL: Kat

TARIKH LAHIR: 14 Mei 1987

USIA: 23 tahun

TEMPAT LAHIR: Melaka

ASAL: Pulau Pinang

BINTANG: Taurus

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PROFESION: Penyanyi

STATUS: Bujang

SINGLE: Chiki, Hilang

Lirik Lagu Kita Lukiskan Sesuatu - Dveener

Lirik Lagu Kita Lukiskan Sesuatu - Dveener

Beri aku petanda gadisku....
Agar dapat ku bertemu....
Berikan aku petanda agar kita....
Akan bertemu....

Jangan lepaskan peluang itu....
Biar meluru ditelingaku....
Beri ku tanda agar kita....
Akan bersatu....

Kita lukiskan sesuatu....
Perjalanan jauh kau dan aku....

Hu hu hu 2x....

Bila berdepan dengan cabaran....
Kita saling berpegangan....
Bila berdepan dengan aku....
Kau dah tak karuan....

Kita lukiskan sesuatu....
Perjalanan jauh kau dan aku....

Solo....


Kita lukiskan sesuatu....
Perjalanan jauh kau dan aku....

Repeat 2X....


Hu hu hu 2x....

Biodata Yasmin Khanif

Biodata Yasmin Khanif



NAMA: Rosyasmin Mohd Khanif
NAMA KOMERSIAL: Yasmin Khanif
LAHIR: 29 November 1988
ASAL: Kuala Lumpur
ZODIAK: Sagittarius
FILEM: Jalang
DRAMA: Villa Maya, Mataku Nampak Hantu, Rafael, Kasut Emas, Aalia KOMERSIAL: Nescafe dan VIP (Pakistan), Dubai Tower, Head & Shoulder (Arab Saudi), Petronas dan Bank Muamalat

Faizal AF4 jadi bapa

TAHNIAH diucapkan kepada juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramli  kerana dalam diam kini bergelar bapa. Tahun lalu Faizal mencetuskan kontroversi apabila berkahwin secara rahsia dan isterinya juga berbadan dua.


Sememangnya cerita mengenai anak muda dari Terengganu ini kurang menjadi tumpuan media malah kerjaya seninya dilihat agak sendu berbanding juara AF yang lain. Bagaimanapun, Tuhan itu juga maha adil kerana Faizal diberi rezeki lain dan mendahului juara lain apabila bergelar bapa.


Faizal berkahwin dengan Nur Asyikin Mansor pada 12 Februari tahun lalu di Temerloh, Pahang dan kini bahagia dengan kelahiran anak perempuan mereka yang comel, diberi nama Nur Alia Damia, 8 bulan.

Sudah tentu raya kali ini lebih bermakna buat Faizal dan isteri kerana boleh menziarah keluarga dan sanak saudara bersama anak mereka. Kalau dulu berdua, kini bertiga. Tentu Nur Alia dapat banyak duit raya nanti.

Hijau Daun - Kurindukanmu Namun (Dendam) Lirik

Hijau Daun - Kurindukanmu Namun (Dendam) Lirik

Aku tak pernah merasakan begitu perihnya
Kau hancurkan aku begitu rupanya
Dan aku juga tak pernah membayangkan sakitnya
Dipecundangi begitu hebatnya

Terkadang ingin ku kuatkan hatiku
Agar perih ini tak lagi menggangguku
Selalu saja ku dalam kehancuran
Yang menyelimuti hidup dan hatiku

Aku tak pernah menjadi yang terbaik untukmu
Di ujung langit ku cari indahnya
Hingga sampai nanti aku harus tinggalkanmu
Tak pernah terpikirkan olehku ini terjadi

Kau hancurkan semua khayalku
Di setiap malam-malamku
Menunggumu seperti menggapai bintang

Kau leburkan semua harapan
Yang menyelimuti tubuhku
Rindu kamu namun ku masih dendam

Kau hancurkan semua khayalku
Di setiap malam-malamku
Menunggumu seperti menggapai bintang

Kau hancurkan semua harapan
Yang menyelimuti tubuhku
Rindu kamu namun ku masih dendam

Lirik Lagu Terus Menunggu - Dveener

Lirik Lagu Terus Menunggu - Dveener

Sampaikan pesananku....
Jaringan petiku ke peti emailmu....
Biar waktu terus berlalu....
Agar kau tahu semua isi hatiku....
Kerna itu yang ku mahu....

Dapatkah pesananku....
Tulus dari hatiku....
Buat dirimu....

Biarkan ku terus menunggu....
Agar kau puas hati menyakitiku....
Dan biar aku di belenggu....
Ho wowwowwow....

Solo....

Sebulan menantimu....
Jawapan petimu ke peti emailku....

Biar waktu terus berlalu....
Agar kau tahu semua isi hatiku....
Kerna itu yang ku mahu....

Interlude : -....

Biar aku terus menunggu....
Dan biar aku disini....
Menanti yang kau tak kembali....

Biar aku terus disini....
Dan biarkan aku terus disini.....

Lirik Lagu Fiesta - Amy Mastura

Lirik Lagu Fiesta - Amy Mastura

Berdansa, bersama, menari kita fiesta
Ikut rentak dan lagu
Berdansa, bersama, menari kita fiesta
Hanya engkau dan aku

Janganlah bermuram saja
Di waktu yang gembira
Luahkan apa di hatimu
Berapa lama nak tunggu
Makin lama merindu
Malam ini kita bertemu

(Senyumanmu) oh nyamannya hatiku
(Tawamu)
Sambutlah tanganku hilanglah duka dihatimu
Raikan cinta, bersama-sama

Berdansa, bersama, menari kita fiesta
Ikut rentak dan lagu
Berdansa, bersama, menari kita fiesta
Hanya engkau dan aku

Semuanya rasa seperti cinta
Mungkinkah ini namanya panah pertama

Lirik Lagu Cintai Cinta - Dveener

Lirik Lagu Cintai Cinta - Dveener

Sudah Tertutup
Semua derita
Semua ku lihat
Gelap gelita

Sudah tertulis
Cerita kita
semuanya bisa
berputar putar

Cintai Cinta
Cinta Pencipta
Berdoa kita
Kerana cinta

Hawa nafsu
Membelah syurga
di bawa arus
Syurga dunia

Singkatnya waktu
Untuk bermanja
Di buang sunyi
Tiada bernyawa

Cintai Cinta
Cinta Pencipta
Cintai Cinta
Cinta Pencipta
Berdoa kita

Biodata Lufya Omar

Biodata Lufya Omar



* Nama penuh: Lutfyah Sheikh Omar

* Tarikh lahir: 2 Februari 1985

* Tempat lahir: Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

* E-mel: luluangrlia@gmail.com

* Facebook: Lufya Official Fanpage

Lirik Lagu Nikmat Hari Raya - V2 - Dveener

Lirik Lagu Nikmat Hari Raya - V2 - Dveener



Biar pun berjuta batu
Akan kutempuh kernamu
Agar dapat dekat denganmu

Tak kan ku persiakanmu
Tak kan ku melupakanmu
Hanya maaf pinta dariku

Walau berjuta cintaku
tak dapat menandingimu
hanya maaf pinta dari ku

Doa ku selalu denganmu
Tiap detik ku menunggu
Hanya maaf pinta dariku

Dia akan gembira
Dia akan ceria
Kau dan aku rasa
Nikmat Hari Raya

Dia kan cerita semua
perasaan suka duka
dan pastinya aku dengar
dan itulah Hari Raya

Maafkanlah segala dosa
dosa ku yang lampau
hanya doakan
agar ku sejahtera

Biar berjuta cinta
takkan dapat tandinginya
Hanya maaf
yang kupinta

Oh!.....

Lirik Lagu Kaktus - Widuri

Lirik Lagu Kaktus - Widuri


Ku melangkah keseorangan
Tanpa adanya teman
Teman yang bisa membuat hatiku gembira

Kuinginkan masa lalu
Kembali menyinari
Sinarkan segala ruang di dalam diri
Ooo...Ooo...

Tatkala hujan mulai membasahi diriku
Sejuk airnya umpama dingin dirimu
Di manakah silapku?Usahlah berdiam diri
Perlukah semua ini berlanjutan lagi

Perlukah?? Perlukah???

Chorus :
Durjananya sikapmu
Menewaskan egoku
Hanya Tuhan saja yang tahu mengapa begitu

Hapuskan semua ini
Tak ingin tinggal lagi
Walaupun sedikit kenangan bersamanya...bersamanya...bersamanya !!!

Kenangan!!! Hapuskan!! Segala yang bermain di fikiran !!!

Adi Mentor terkenang daging masak kicap ibu

Bila tibanya Ramadan pasti hati akan terkenang kampung halaman apatah lagi keluarga yang jauh di seberang. Kenangan bersahur dan berbuka bersama pasti akan sentiasa bermain di kotak fikiran.



Bagi bintang realiti, Adi Hamiz Johar, atau lebih popular dengan panggilan Adi Mentor 4, hasrat untuk berkumpul bersama keluarga dibulan yang mulia ini terpaksa dipendam kerana terikat dengan komitmen seni.

Namun, jauh di sudut hati, dia tidak pernah melupakan keluarga tersayang di Kuching, Sarawak.

Walaupun dapat bertanya khabar menerusi telefon dan khidmat pesana ringkas (SMS), ia tidak cukup mengubat hati yang rindu, apatah lagi bila mengenangkan masakan ibunya sepanjang ramadan ini.

“Daging masak kicap memang menjadi kegemaran Adi ketika berbuka puasa dan ibu Adi selalu masak untuk Adi. Walaupun hari-hari makan benda yang sama, Adi tak pernah jemu.

“Ibu pula sukakan masakan ayam masak merah dan sudah jadi hidangan yang wajib ketika berbuka. Malah adik-beradik yang lain juga ada selera masing-masing. Walaupun ibu terpaksa masak lauk yang berbeza untuk memenuhi selera keluarga kami, namun dia tak pernah merungut” kata anak sulung dari lima beradik ini.

Tanpa keluarga tercinta, penyanyi berusia 23 tahun ini bagaimanapun tetap menyambut ramadan dengan penuh kesyukuran. Malah Adi mengaku, situasi itu membuatkannya lebih berdikari.

“Kalau dulu, semuanya disediakan oleh ibu, tapi sekarang Adi kena buat sendiri.

“Kalau tidak ada undangan berbuka puasa, biasanya Adi akan keluar berbuka di kedai atau beli bungkus sahaja di bazar Ramadan yang berdekatan.

“Bila pergi bazar, teringat pula kenangan bersama adik-adik Adi. Seawal jam 4 petang lagi kami dah pergi bazar dan mulalah rambang mata bila lihat bermacam juadah yang terhidang,” kata naib juara Mentor 4 ini.

Dalam pada itu, anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah ini juga turut menceritakan pengalaman yang mencuit hati ketika menjalani Ramadan di sini.

“Pernah Ibu telefon bertanyakan sama ada Adi sudah berbuka puasa atau belum kerana di sana mereka sudah pun berbuka lebih awal berbanding di sini.Mereka semua sudah kenyang dan meja sudah pun dibersihkan, tapi kita di sini masih belum berbuka. Ibu lupa kerana masa berbuka tidak sama,” katanya sambil ketawa bila mengenangkan gelagat ibunya.

Di saat hatinya rindukan keluarga, kata Adi, kehadiran adiknya Ila Damian Johar atau Ila yang juga merupakan finalis Mentor 4, sedikit sebanyak membuatkannya tidak berasa asing.

“Adi bersyukur dan bernasib baik ada adik di sini dan Ila juga bernasib baik kerana ada abang di sini, sekurang-kurangnya ada orang yang rapat dengan kita, tidaklah Adi rasa sedih sangat berpuasa di sini,” katanya.

Aida Aris bakal berkahwin semula

Dramatis popular, Aida Aris, 38, akan menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini apabila memilih duda beranak dua, Husfarid Shaikh Ali, 38, sebagai bakal suaminya.



Menurut pelakon itu, majlis akad nikah akan berlangsung pukul 10 pagi di Taman Sera Ukay, Ampang di sini, manakala jamuan ringkas diadakan hari sama pada waktu berbuka puasa.

"Majlis pernikahan kami akan berlangsung dalam suasana sederhana sahaja dan tidak melibatkan barang hantaran melainkan mas kahwin dan sebentuk cincin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Aida dan Husfarid saling berkenalan sejak Mac lalu menerusi rakan baiknya yang juga pelakon, Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Majlis merisik Aida yang sebelum ini merupakan bekas kekasih Zul Handy Black itu diadakan di rumahnya sebelum 1 Ramadan lalu.

Perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Aida selepas bercerai dengan pengarah dan pelakon, Bob Azrai pada 2005, manakala Husfarid yang juga Ketua Pramugara MAS menjadi bapa tunggal sejak tiga tahun lalu.

Ditanya mengapa majlis itu diadakan secara tergesa-gesa, Aida atau nama sebenarnya, Siti Rohaida Mat Aris memberitahu, majlis pernikahannya tidak diadakan secara mengejut.

Sebaliknya, kata pelakon itu, dia dan bakal suami telah merancang bernikah sebelum bulan Ramadan namun masalah timbul gara-gara lewat membuat proses pendaftaran perkahwinan.

"Kami hanya mendapat kebenaran untuk berkahwin baru-baru ini dan terus mengadakan majlis nikah pada bulan yang mulia ini.

"Kami juga tidak merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan seperti bersanding selepas ini kerana lebih mementingkan majlis akad nikah dahulu," katanya.

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact