AF8 single Maulana (Video)

AF8 single Maulana

(Video) Single Shahir AF8

(Video) Single Shahir AF8

(Video) single Daus AF8



(Video) Daus AF8

Separuh Jiwaku Pergi (Anang)

Lirik Separuh Jiwaku Pergi (Anang)

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Biodata Daus AF8

Biodata Profil Daus AF8

Nama Penuh : Muhd Shahril Firdaus B. Eli

Tarikh Lahir: 25 Ogos 1988

Tempat Lahir: Hospital Umum Sarawak

Umur : 22 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 166cm Berat : 57kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: Diploma (Akauntan)

Adik Beradik: 5 orang (Bongsu)

Hobi: Bermain alat muzik, menyanyi, menari dan kemas rumah

Gambar Peribadi: Periang, peramah, suka main muzik dan mudah difahami.

(Video) AF8 single Farina



(Video) AF8 single Farina

Video Single Anum AF8



Video Single Anum AF8

Lirik Lagu Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) Elyana

Lirik Lagu Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) Elyana

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan diantara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Main tarik tali, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik tali, masih menanti siapa
Mulakan dulu

Dilema didalam permainan ini
Masa terasa panjang
Hingga membuat ku tak tahan tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaanku kepadamu

Main tarik tali, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik tali, masih menanti siapa
Mula dulu

Kau atau aku
Memulanya dulu

Ruangan 4 muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam kelu resah
Menantikan perucapan yang ku cinta kepadamu

Main tarik tali, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik tali, masih menanti siapa
Mulakan dulu kita
main tarik tali, malu mahu memulakan
Luahan hati kita
Main tarik tali, masih menanti siapa
Mula dulu

Kau atau aku
Memulanya dulu

Kau atau aku
Memulanya dulu

Biodata Profil Anum AF8

Biodata Anum AF8

Nama Penuh : Dayang Nor Anum Arjuna Bt. Aharun

Tarikh Lahir: 3 Ogos 1991

Tempat Lahir: Hospital Tawau, Sabah

Umur : 19 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Brunei

Agama: Islam

Tinggi : 159cm Berat : 49kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 10 orang (ke-3)

Hobi: Menyanyi, Ketawa & Baca komik

Gambar Peribadi: Periang, berjiwa rockers

Debaran AF8 | Ema Tersingkir


Perjuangan Erma atau nama sebenar Erma Suhaini dalam pentas Akademi Fantasia (AF) musim kelapan hancur di pertengahan jalan apabila dia menjadi peserta kedua tersingkir daripada program popular itu, malam tadi.
Peserta yang berasal dari Ranau, Sabah itu tersingkir selepas mendapat peratusan paling rendah menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton, iaitu 7.03 peratus.

Keputusan penyingkiran telah diumumkan dalam program Debaran AF8 secara langsung menerusi saluran Astro Ria oleh pengacara program berkenaan, Sarimah Ibrahim. di Dewan Sri Putra, Bukit jalil, di sini.

Bagaimanapun, Erma yang juga kakak kepada Adira menerima keputusan tersebut dengan reaksi tenang. Baginya ini bukan perjuangan terakhirnya sebagai penyanyi malah menganggap penyinkiran ini sebagai titik mulanya melangkah ke bidang seni.

"Dunia seni ada keunikannya tersendiri, saya rasa ingin terus menyelami bidang ini dengan apa yang telah saya pelajari dalam AF.

"Walaupun rasanya belum cukup tapi saya perlu berusaha lebih dan saya tak akan berhenti setakat ini," ujarnya.

Pada konsert mingguan yang diadakan pada malam kelmarin, pelajar berusia 21 tahun itu menyampaikan lagu Pakai Buang yang pernah dipopularkan oleh Stacy.

Dengan penyingkiran Erma, kini hanya tinggal 10 pelajar yang akan bersaing bagi merebut gelaran Juara Akademi Fantasi musim ini.

Pengkritik tetap program itu pula terdiri daripada Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie, manakala Deja Moss muncul sebagai pengkritik undangan.

Mereka yang berjaya melangkah ke minggu seterusnya ialah Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19; Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 dari Sabah; Zafarina Jamhari atau Farina, 28 (Sarawak) dan Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 (Selangor), manakala pelajar lelaki pula ialah Muhd Shahril Firdaus El atau

Daus, 22 (Sarawak), Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 (Kuala Lumpur), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak), Emirza

Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, (Negeri Sembilan) dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 dari Johor.

Oleh KEMALIA OTHMAN

Semerah Cinta Stiletto

Sinopsis Filem Semerah Cinta Stiletto

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani).


Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.

Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah.

Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja.

Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond.

Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.



Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.

Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila.

Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.

Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu.

Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih.

Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup.

Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula?

Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?

Segalanya terjawab dalam filem "Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.

(Video) Iwan AF8 - Haven't Met You Yet

Iwan AF8 - Haven't Met You Yet (Konsert Pertama)



Pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8), Iwan mempersembahkan lagu Haven't Met You Yet padakonsert pertama AF8.

(Video) AF8 single Alif



Pelajar AF8 - Alif (Muhammad Alif B. Kadim)

Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara

Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara (Kempen Kami Prihatin)

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

Biodata Alif AF8

PROFIL ALIF AKADEMI FANTASIA 8

Nama Penuh : Muhammad Alif B. Kadim

Tarikh Lahir: 20 Oktober 1991

Tempat Lahir: Hospital Besar, KL

Umur : 18 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 169cm Berat : 59kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Pelajar ( ASWARA - Diploma Muzik dan Vokal)

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 4 orang (bongsu)

Hobi: Menyanyi, Shopping dan Bersukan

Gambar Peribadi: Pemalu, tapi happy selalu dan cepat kelam kabut.

Gambar Seksi Betty Benafe

Pelakon dan penyanyi Betty Benafe sedikit pun tidak terkejut saat diajukan persoalan mengenai penyebaran gambar-gambar seksinya pada ketika ini di saluran media alternatif. Gambar yang menayangkan separuh daripada bahagian atas tubuhnya sehingga menampakkan pangkal payu daranya, kelihatan cukup berani sekali.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Betty dilihat berposing dalam aksi seksi dengan gaya selamba sahaja di hadapan kamera. Ada yang berbaring, ada yang tertiarap dan ada yang kelihatan seperti seekor kucing yang sedang 'kehausan'.

Tidak perlu diperjelaskan secara terperinci di sini setiap pose berkenaan. Rasanya ia kurang sesuai untuk tatapan masyarakat tempatan yang semakin prihatin dan gemar mempersoalkan etika pemakaian individu terutama di kalangan artis.

''Memang kesemua gambar itu adalah saya. Ia dirakam pada penghujung bulan lalu untuk penerbitan sebuah akhbar mingguan bahasa Melayu yang pertama kali diterbitkan.

''Saya ditawarkan untuk meniru mana-mana karektor filem yang pernah ditayangkan untuk sesi fotografi itu. Lantas saya memilih watak Neytiri, seorang anak raja berjiwa wira dalam filem arahan James Cameron, Avatar,'' kata Betty berterus-terang.

Anak kelahiran Johor Bharu ini memberitahu, dia perlu menggayakan perwatakan Neytiri itu dan memilih untuk memakai baju sedemikian. Cara solekan dan dandanan rambut juga perlu seiring agar tidak kelihatan janggal.



Justeru, Betty menggayakan pose yang sama dengan Neytiri. Sebab itu, kelihatan dalam gambar berkenaan beberapa pose kurang sopan seperti menayangkan ketiak dan lurah dendam, selain beraksi terkangkang.

Cerita anak kacukan Melayu, Arab dan Jawa ini, sebenarnya terdapat ratusan gambar yang dirakam pada hari berkenaan. Secara dasarnya, Betty berpuas hati dengan hasil kerja jurugambar berkenaan yang berjaya menghasilkan gambar menarik.

Seingat Betty, ada sebahagian daripada gambar berkenaan yang tidak disiarkan telah dimuat naik dalam laman web sosial, Facebook milik jurugambar itu. Sudah pasti ia turut menjadi tatapan rakan dan bahan cerita selagi ia berada dalam akaun jurugambar tersebut.

''Hah, saya rasa di situlah bermula penyebaran gambar tersebut. Saya tidak merasakan ia adalah kesalahan besar kerana apa yang ditayangkan kepada umum berbeza dengan apa yang disebarkan di Internet.

''Saya juga tidak merasakan telah melakukan kesilapan kerana gambar itu adalah ekspresi fantasi sendiri. Saya meluahkan apa sahaja yang berada di fikiran mengikut konsep yang diminta. Sebagai artis juga, saya pastikan persembahan saya mencapai piawaian dan kepuasan tersendiri. Tak sangka pula ada pihak yang sanggup eksploitasi gambar itu,'' jelasnya.

Betty memberitahu dia akan dianggap sebagai berbohong sekiranya mengatakan kejadian itu tidak mengusutkan fikiran.

Sebagai manusia biasa, Betty tidak boleh menyekat hasrat jahat sesiapa sahaja yang tidak menyukai dirinya. Dia juga akui pasti melakukan kesilapan dan sepatutnya perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

Apa yang lebih melegakan dirinya apabila cerita kurang manisnya itu mendapat sokongan penuh daripada buah hatinya yang juga penyanyi rock, Nash Lefthanded.

''Abang lebih mengenali diri saya. Dia tidak pernah ambil pusing dengan semua cerita buruk sebegini. Asalkan saya menjaga batasan yang dibenarkan. Itu sudah memadai,'' kata pemilik nama penuh Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe ini.

Dalam masa yang sama, Betty juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencipta kisah percintaan untuk memastikan dirinya sentiasa mendapat publisiti.

Kononnya antara dia dan Nash dengan sengaja menggembar-gemburkan kisah 'kononnya' bercinta bagi meraih publisiti media, sedangkan realitinya mereka hanya berstatus teman rapat.

Tegasnya, itu bukan cara artis bernama Betty Banafe.

"Sebagai artis yang mempunyai platform tersendiri, saya tidak pernah menumpang populariti kekasih dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing sudah mempunyai nama dan pengikut tersendiri," katanya sedikit tegas.

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

(Video) AF8 single Iwan

AF8 Iwan



Pelajar Akademi Fantasia 8 (Iwan)

(Video) AF8 single Adira

AF8 Adira



Pelajar Akademi Fantasia 8 - Adira (Siti Adira Bt. Suhaimi)

Download Konsert AF8 Minggu1

Download percuma Konsert Akademi Fantasia AF8 Minggu 1

Konsert.AF8.Minggu1.part1.rar
Konsert.AF8.Minggu1.part2.rar
Konsert.AF8.Minggu1.part3.rar

(Download) Akademi.Fantasia.8.Tirai.AF8

Download percuma Tirai Akademi Fantasia 8.

Akademi.Fantasia.8.Tirai.AF8.part1.rar
Akademi.Fantasia.8.Tirai.AF8.part2.rar
Akademi.Fantasia.8.Tirai.AF8.part3.rar

5 Video Konsert AF8 Paling Hangat

5 Video Paling Hangat

BUY 10290315 (IWAN - Havent Met you Yet)
BUY 10290220 (AIN- The Climb)
BUY 10290328 (PELAJAR AF8 - Jangan Ada Benci)
BUY 10290303 (MAULANA - Diariku)
BUY 10290330 (MENUJU PUNCAK)

Saksikan pelbagai video eksklusif AF8 menerusi telefon bimbit anda!

Kontroversi AF8

Sedikit tanda-tanya apabila Diari Akademi Fantasia edisi kelapan (AF8) dipercepatkan siaran pada 7.30 malam. Berbanding sebelum ini, ia bersiaran pada waktu perdana menerusi Astro Ria (saluran 104) iaitu pukul 9 malam.

Biarpun Konsert AF berhasil memukau jutaan audiens, hakikatnya Diari AF tidak ketinggalan menghimpun peminat sendiri. Ia memapar perkembangan dan pembelajaran para pelajar dengan rutin kehidupan seharian mereka sepanjang berada di akademi.

Ekoran perubahan Diari AF8, timbul pertikaian Astro seperti tidak sensitif pada waktu Maghrib apatah lagi rata-rata penonton program itu beragama Islam. Terbiasa mempraktik amalan bunyi televisyen diperlahan atau terus dipadamkan, ironinya ramai akan ketinggalan Diari AF8.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi bagaimanapun punya alasan tersendiri tentang relevan Diari AF8 bersiaran waktu baru bermula hari ini hingga Jumaat.

"Kami sudah buat kajian pukul 7.30 malam merupakan masa terbaik ahli keluarga berkumpul dan menikmati makan malam. Tiada sebarang kelemahan dengan waktu sebelum ini. Kami sebaliknya hanya mahu tonjolkan kelainan," jelasnya ringkas ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta AF8 di Ministry Of Sound, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Faham tentang isu yang ditimbulkan media, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah turut memberikan persepsinya.

Katanya: "Sebelum ini Diari AF diselitkan pada 9 hingga 9.30 malam, tetapi kami ada saluran drama tertentu di Astro Ria dalam tempoh sama. Ia menjadikan audiens mulai terbiasa dan serasi mengikuti drama ditayangkan sebelum ini.

"Waktu Diari AF8 pukul 7.30 malam tidak mengganggu orang ramai. Lagipun kami menyelitkan siaran ulangan pada 11.30 malam pada hari sama. Jika ada peminat terlepas, mereka masih boleh tonton program ini.

"Terus-terang, Astro sentiasa menawarkan pilihan kepada masyarakat di luar sana. Malah, sudah menjadi tanggungjawab kami memikirkan kemudahan dan keselesaan khalayak."

Selain itu, Zainir turut menepis kenyataan AF8 disasar kepada penonton Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung. Masakan tidak, azan Maghrib di Malaysia Timur berkumandang sekitar 6.30 petang sekali gus membuatkan peminat di sana berkesempatan menyaksikan AF8.

"Isu AF hendak tarik perhatian orang-orang di Sabah dan Sarawak bukan baru. Bahkan, sudah lama dihebohkan. Ia tidak boleh diguna sebagai alasan menyasarkan kepada orang luar Semenanjung bagi meraih lebih undian atau beri istimewaan kepada mereka.

"Saya harap hal ini tidak diperbesarkan. Selain itu, saya lihat ada juga program popular pukul 7.30 malam di stesen televisyen lain meraih bilangan penonton tinggi. Kami tidak lihat perubahan masa sebagai masalah atau harus dipertikaikan.

"Macam saya cakap tadi, kami pastikan setiap pilihan ada pilihan lain. Kami juga prihatin dan mengambil kira cara hidup masyarakat berbeza di negara ini," jawabnya yang memendekkan Diari AF8 daripada sejam kepada setengah jam demi mempamerkan sebuah program ringkas dan padat, tetapi masih ada tarikan tersendiri.

Malaysia Timur


Seperti diketahui umum, peserta wanita AF versi terbaru itu didominasi bakat-bakat dari Malaysia Timur. Ia menampilkan empat orang dari Sabah iaitu Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum), 19; Erma Suhaimi (Ema), 21; dan pelajar Sarawak, Zafarina Jamhari (Farina), 28.

Peserta tunggal Semenanjung yang berjaya meloloskan diri dalam AF8 ialah Nadia Emilia Roselan (Nad), 22.

Azlin Reza mengaku tiada sebarang kriteria ditetapkan terhadap pemilihan pelajar terutama wanita menyertai AF8 setelah mereka menjalankan uji bakat di empat buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sejak Januari lepas.


"Pihak Astro tidak melihat tempat asal peserta atau kuota semasa proses pemilihan dijalankan kerana kami hanya menilai bakat dan personaliti mereka daripada merit. Cuma kebetulan peserta Sabah dan Sarawak lebih menyerlah kali ini," jelasnya yang enggan ditafsir berat sebelah memilih peserta AF8.

Selain itu, buat kali pertama AF8 menampilkan dua beradik, Ema dan Adira berasal dari Ranau, Sabah yang menghadiri uji bakat di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

Senarai pelajar lelaki pula ialah Muhammad Alif Kadim (Alif), 19; Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22; Muhammed Shahril Mohs Saleh Hussein (Shah), 26; Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 26; dan peserta Sarawak, Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22.

Semua 12 pelajar dengan variasi bakat dan latar belakang itu telah menjayakan Tirai AF8 (konsert pengenalan) yang disiarkan pada 13 Mac lalu pada pukul 9 malam di Astro Ria.

"Mereka dikurniakan suara dan kebolehan berbeza sekali gus membuatkan para peserta AF8 memiliki keunikan berbanding peserta-peserta sebelum ini. Untuk pihak produksi, kami cuba mengenengahkan bakat pelajar agar mencapai kecemerlangan dalam dunia seni selepas ini," tutur Azlin yang jelas berpuas hati dengan 12 nama pemain realiti AF8.

Konsert AF8 kendalian Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim ditayangkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 20 Mac ini pukul 9 malam. Debaran AF8 pula disiar keesokan harinya pada waktu sama selama setengah jam oleh Sarimah Ibrahim.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AF8, peminat boleh melayari laman web www.akademifantasia.com.my.


Oleh FAIZAL SAHARUNI

Tiket untuk menonton Konsert Akademi Fantasia 8

Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah tujuh musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kelapan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.


Dapatkan tiket untuk menonton Konsert Akademi Fantasia 8 di tempat berikut:

· Axcess Office, Jalan Segamat
· 1-Utama Shopping Complex
· Alamanda Purajaya Mall
· Stadium Putra Box Office, Bukit Jalil
· Parkson Sunway Pyramid
· Tower Records Lot 10
· Rock Corner The Curve
· Rock Corner KLCC
· Rock Corner Mid Valley
· UC Travel, University

Nombor Telefon : 03 77115000

Laman Web: http://www.axcess.com.my

Episod 7 | Roket Destinasi : Bintang







Roket Destinasi : Bintang Episod 7

Biodata Rina | Zuzafrina Zulkifli

Biodata Rina

NAMA: Zuzafrina Zulkifli
UMUR: 26 tahun
ASAL: Selangor
ADIK BERADIK: Anak ketiga daripada enam beradik
KARIER: Penyanyi dan ahli perniagaan Internet
BIDANG SENI: Vokal
HOBI: Menyanyi dan bersukan
PENDIDIKAN: Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
SINGLE: Mana Satu

Rina yang selesa dengan imej bertudung adalah kembar seiras peserta Akademi Fantasia (AF7), Rini. Kembarnya itu kini seorang penyampai radio dan Rina sangat berbangga memberikan sokongan.

Apa yang jelas, Rina yang juga lepasan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan), memilih bergerak solo sebagai membuktikan bakat yang selama ini tanya dibayangi kembarnya itu lagi.

Bagi Rina, kegagalan uji bakat untuk menyertai AF dulu tetap menjadikannya lebih bersemangat.

Lagu Tugasan Pelajar AF8 (Konsert Ke-2)

Lagu Tugasan Pelajar-Pelajar AF8 Konsert Kedua.

Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu kedua:

PELAJAR LELAKI
1.ALIF-DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross)
2.SHAHIR-JANGAN NAKAL (Alif Satar)
3.IWAN-MENCARI KONKLUSI (Hujan)
4.MAULANA-HASRAT HATI (S.Mariam)
5.DAUS-MENATAP MATAMU (Aril)

PELAJAR PEREMPUAN

1.AIN-LAGU HAPPY (Amy Mastura)
2.FARINA-KETENTUAN (Ramlah Ram)
3.ANUM-SEKADAR DI PINGGIRAN (Franscisca Peter)
4.NAD-AKU WANITA BIASA (Kris Dayanti)
5.EMA-PAKAI BUANG (Stacy)
6.ADIRA-KU PERCAYA ADA CINTA (CT Nurhaliza)

LAGU BONUS DEBARAN

ANDAINYA AKU PERGI DULU – (ALLEYCATS)

Album Phobia Phoney Bunkface

KEMUNCULAN Phobia Phoney dilihat sebagai satu hadiah untuk peminat yang sekian lama menunggu album sulung Bunkface.

Memuatkan 10 buah lagu, akhirnya, album sulung Bunkface berjudul Phobia Phoney muncul juga di pasaran. Sekian lama dinantikan oleh peminatnya, Phobia Phoney menyerlahkan hasil usaha mereka sendiri apabila diterbitkan menerusi produksi Bunkface Production.

Turut sama mengeluarkan duit poket termasuk dibantu ahli keluarga, kelahiran Phobia Phoney menjadi pasport untuk Bunkface berkongsi pengalaman hidup mereka bersama pendengar sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2005.

Lagu-lagu yang dimuatkan adalah Bunk Anthem, Prom Queen, Revolusi, Soldier, Escape Dance, Dunia, Extravaganza, Situasi, You & Me serta Minute To The End.

Kata Sam selaku vokalis Bunkface, Phobia Phoney merupakan perlambangan mengenai Bunkface yang pada awalnya agak kurang bersedia dan fobia untuk muncul dengan album pertama.

Dengan persaingan yang dilihat semakin kuat, Bunkface jelasnya, bertemu jawapan pasti yang mana mereka perlu tampil menerbitkan album sebagai memecahkan rasa fobia terhadap apa jua yang diperkata orang terhadap Phobia Phoney nanti.

"Phobia Phoney merupakan kisah kami sepanjang meniti perjalanan di lapangan muzik tempatan. Segala pengalaman pahit manis diluahkan dalam album ini.

"Tidak kurang, Phobia Phoney menyelitkan kisah cinta serta nilai-nilai murni,'' ujar Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom tatkala ditemui di majlis pelancaran Phobia Phoney di Hard Rock Cafe di ibu negara baru-baru ini.



Selain Sam, anggota Bunkface yang lain adalah Ahmad Farhan Hashim atau Paan selaku pemain gitar utama dan Mohd. Farouk Jaafar yang mesra dipanggil Youk (bass/vokal latar).

Menyusuri perjalanan Bunkface, ia bermula sekadar sesi jamming biasa antara tiga rakan sekolah ini yang kemudiannya bertukar menjadi kumpulan muzik.

Bunkface mula mendapat perhatian ramai sekitar 2006 melalui penyertaan mereka di rancangan televisyen popular, Blastoff 3.

Pencapaian awal Bunkface adalah ketika memenangi tempat pertama dalam pertandingan Battle Of Bands pada Mac di tahun yang sama.

Ia telah membuka pintu untuk Bunkface melangkah ke bidang muzik arus perdana biarpun bergerak secara sendiri.

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul Lesson Of The Season namun lebih popular dengan lagu Silly Lilly.

Single berbahasa Melayu yang pertama mereka iaitu Situasi mula melonjakkan lagi populariti mereka sehingga terpilih ke final Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengungguli Shout Awards.

Menurut Sam, Phobia Phoney dihasilkan dengan bajet RM15,000 dan Bunkface akan menumpukan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum meneroka pasaran luar.

"Untuk pasaran awal, sebanyak 2,000 salinan dikeluarkan dan kami sendiri bertindak mengedarkan album ini,'' katanya.

Kami masih baru - Youk

Sementara itu, Youk yang ditanya mengenai peristiwa lalu apabila Bunkface dilabel sebagai tidak mesra media berkata, kumpulan itu kini secara perlahan mula berubah untuk mewujudkan situasi menang-menang dengan pihak media.

Sedar akan apa yang dilalui, jelas Youk, Bunkface masih baru dan sebelum ini agak kabur dalam selok belok arus perdana.

"Kami baru hendak belajar. Apa yang penting, kami perlu berfikiran positif. Antara media dan Bunkface perlu saling hormat-menghormati.

"Tapi, sekarang kami sudah okey,'' katanya sambil melahirkan rasa bangga atas kelahiran Phobia Phoney.

Ditanya mengenai Phobia Phoney, Youk memberitahu, dia masih belum mencapai kepuasan maksimum.

"Kami sebenarnya masih mencari identiti. Album ini ada konsepnya yang tersendiri tetapi seperti biasa, kami mahu sesuatu yang menampakkan kematangan.

"Ini album pertama. Harap-harap kami akan dapat menguatkan lagi identiti dan konsep Bunkface,'' ujarnya.

Menurut Youk, bagi menguatkan lagi pasaran Phobia Phoney, Bunkface merancang untuk mengadakan siri jelajah promosi di seluruh negara tidak lama lagi.

Bunkface juga, jelasnya, akan terbang ke United Kingdom (UK) sekitar Jun atas jemputan mengadakan persembahan sempena Breakout Festival yang pernah diadakan di Maldives, tahun lalu.

"Peluang ke UK akan kami gunakan sepenuhnya dalam usaha menapakkan nama Bunkface di pentas antarabangsa,'' bicara Youk yang lebih selesa meluahkan cerita mengenai kerjaya berbanding soal peribadi.

Saingan dalam AIM

Tentang Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang bakal berlangsung 2 Mei ini, Youk dengan nada rendah diri berkata, Bunkface terharu kerana tercalon dalam tiga kategori.

Kategori berkenaan adalah Artis Baru Terbaik, Lagu Rock Terbaik (Situasi) dan Lagu Inggeris Terbaik (Prom Queen).

Untuk kategori Artis Baru Terbaik, Bunkface akan ditentang hebat oleh Azlan & The Typewriter, Prema Yin, Tomok dan Yuna.

"Kami tidak mengharapkan kemenangan. Biarlah juri menentukan segalanya. Tetapi, saingan kami dalam AIM17 cukup sengit,'' tambahnya.


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

Pakej rupa syarat utama AF?

Sukar dinafikan bahawa untuk menjadi penyanyi dalam bidang seni suara tanah air, seseorang itu haruslah mempunyai pakej lengkap iaitu bakat, rupa dan personaliti menarik.

Hakikat itu mungkin dapat digambarkan antaranya melalui program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia yang menentukan kedudukan pesertanya berdasarkan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton. Shah atau Muhammed Shahril Mohs Saleh Aharun, 26, merupakan penyanyi baru yang terpaksa berdepan dengan realiti itu apabila dia yang berbadan gempal menjadi peserta Akademi Fantasia 8 (AF8) pertama yang tersingkir daripada program tersebut.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim tidak menafikan, pakej rupa paras yang menarik masih membelenggu para peserta program realiti TV bagi menarik para penonton mengundi mereka dan sekali gus diangkat sebagai pemenangnya.

"Ini adalah realiti dalam dunia hiburan," katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman penyingkiran Shah pada program Debaran AF8 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Penyingkiran Shah yang berasal dari Klang, Selangor agak memeranjatkan kerana namanya tidak tersenarai dalam tiga pelajar AF8 yang berada di tangga terbawah pilihan peribadi Norman dan para tenaga pengajar program realiti TV itu.

"Kami (tenaga pengajar AF8) mempunyai Top 12 dan tiga terbawah. Iwan merupakan peserta lelaki pilihan kami dan Adira pula peserta wanita pilihan kami. Bagaimanapun, kedudukan sentiasa berubah.

"Mungkin ada di antara mereka yang lupa apa yang para tenaga pengajar telah ajar sewaktu berada di akademi.

"Apapun tiga peserta yang berada di Zon Bahaya (Shah, Alif dan Maulana) pada minggu ini tidak ada dalam senarai kami," ujarnya.

Selain Shah, Alif yang menerima undian SMS 3.85 peratus dan Maulana (3.75 peratus) turut berada dalam Zon Bahaya dengan jumlah SMS terendah.

Pada masa sama, Norman tidak menafikan Shah mempunyai gaya nyanyian dan suara yang tersendiri tetapi mungkin konsep lagu yang dinyanyikan kurang sesuai dengan suara dan persembahannya.

"Ia mungkin ada kaitan dengan lagu yang agak perlahan dan tidak nampak persembahan Shah sewaktu menyanyikan lagu Bengang. Sedangkan vokal Shah tidak ada masalah. Inilah AF apabila kuasa menentukan bintang bergantung pada pengundi SMS," komennya.

Shah yang turut serta pada majlis itu tidak menyembunyikan rasa kecewanya kerana tersingkir lebih awal meninggalkan 11 lagi rakan-rakannya yang akan meneruskan saingan pada minggu kedua di program realiti TV itu.

Kata Shah, dia menyertai AF kerana ia merupakan impiannya sejak dari dulu biarpun pada tahun 2007 pernah terpilih sebagai finalis dalam pertandingan Bintang RTM tetapi nasib masih tidak menyebelahinya.

"Sudah enam tahun saya menyertai uji bakat AF tetapi baru sekarang saya dapat menyertainya. Saya masuk AF sebab mahu mengasah bakat.

"Saya tidak segan menari walaupun badan saya gempal. Cara pembelajaran di AF juga menarik di mana kalau saya belajar di luar kosnya tentu tinggi. Ini adalah jalan pintas saya untuk belajar dan bukannya jalan pintas untuk cari populariti," jelasnya.

Keputusan SMS AF8 menyaksikan Anum mendapat undian paling tinggi sebanyak 25.19 peratus, Ain (12.03 peratus), Shahir (10.94 peratus), Iwan (10.14 peratus), Adira (8.73 peratus), Ema (6.52 peratus), Farina (6.48 peratus), Nad (6.06 peratus) dan Daus (4.66 peratus).

Sementara itu, jelas Penerbit Eksekutif AF8, Norazian Mohd. Zahir, Debaran AF8 hanya disertai 11 daripada 12 peserta. Ini kerana, seorang pesertanya iaitu Nadiawaty Ainul Basir atau Ain tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan telah dimasukkan ke hospital sebelum program Debaran AF8 berlangsung.

(Video) AF8 single Ema

(Video) AF8 single Ema

(Video) AF8 single Shah

AF8 single Shah

Paknil sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia

Jika anda menonton Konsert Tirai AF8 dan konsert pertama Akademi Fantasia semalam, anda akan menyedari kehadiran Paknil sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia musim kali ini bersama Adlin Aman Ramli (juga pengkritik tetap).

Ada yang bertanya kenapa Paknil tidak jadi pengacara. Ada yang kata mereka mahu lihat Paknil mengacara, bukan mengkritik. Banyak kali Paknil tegaskan tidak akan kembali sebagai pengacara. Biar pengacara lain kendalikan AF mengikut cara mereka. Lagipun rating AF tak pernah jatuh biarpun bertukar pengacara.

Ada yang kata, habislah Sarimah dan Jimmy kerana Paknil jadi pengkritik mereka. Eh! Siapalah Paknil nak kritik mereka, sedangkan kerja Paknil pun orang masih bebas mengkritik dan ini bermakna Paknil belum layak mengkritik mana-mana pengacara.

Walaupun pernah menjadi pengacara AF, Paknil tidak akan campur tangan dalam kerja Sarimah dan Jimmy. Mereka tidak perlu runsing sebab Paknil lebih berminat memberi komen kepada persembahan pelajar AF8.

Apabila duduk di kerusi pengkritik, baru Paknil tahu bagaimana rupanya pengacara AF di mata penonton. Orang ramai menunggu pengacara buat lawak kerana kadangkala mereka tidak terhibur dengan persembahan pelajar.

Ramai juga tertanya-tanya kenapa Paknil terima tawaran jadi pengkritik AF. Mereka berasa pengkritik kerja sukar kerana harus bercakap, terutama membetulkan kesilapan orang. Kata mereka, silap-silap Paknil dibenci seperti mana orang membenci Simon Cowell dalam American Idol.

Pada pandangan Paknil, seandainya meletakkan diri sebagai pengkritik, Paknil mungkin terpaksa memenuhi tuntutan kerja untuk mengkritik pelajar, tetapi di kerusi itu Paknil sentiasa mengingatkan diri Paknil sebenarnya pembimbing.

Apabila Paknil berfikiran begitu, mungkin nada teguran berbeza sedikit ketika mengkritik. Begitu juga pilihan perkataan sebab membimbing seakan-akan membantu daripada menjatuhkan.


Pun begitu, ada juga berpendapat jika bahasa digunakan tidak pedas, rancangan itu tampak kurang menyengat. Entahlah, Paknil tak suka rancang perkara seperti ini, sebaliknya lebih suka ia berlaku secara semula jadi. Nama pun rancangan realiti. Kita tengok saja macam mana perjalanan konsert AF8.

Paknil juga tidak terasa hati jika ada yang mempersoal kredibiliti Paknil sehingga layak duduk di kerusi pengkritik. Apa sebenarnya kelebihan Paknil, sedangkan Paknil bukan penyanyi yang hebat pun.

Paknil sedar, tetapi tetap sahut cabaran ini kerana mahu mewakili penonton di rumah. Mereka pun bukan tahu soal teknik nyanyian. Kadangkala mereka terpinga-pinga dengan terma digunakan golongan bijak pandai dalam bidang itu. Bukan kata penonton, kadangkala pelajar sendiri tidak faham apa pengkritik katakan.

Dek kerana itu, Paknil biarkan soal nyanyian dan persembahan dikritik oleh pengkritik jemputan dan Adlin yang lebih arif. Paknil akan beri komen jujur sama ada terhibur atau tidak dengan apa yang pelajar persembahkan.

Kalau tak terhibur, Paknil yakin ramai penonton berasakan perkara sama. Di telinga penonton biasa, nyanyian seseorang itu cuma ada dua, sama ada merdu atau sumbang. Adakah menghiburkan atau membosankan. Di mata penonton pula persembahan pelajar nampak hebat atau jelek.

Faktor itu yang sebenarnya digunakan penonton ketika mengundi pelajar yang beraksi. Pendek kata, kritikan Paknil akan berkisar sama ada Paknil terhibur atau tidak.


Ikutkan, kaedah menghibur ada pelbagai cara. Walaupun lagu sedih, jika penonton dapat merasai nyanyian penyanyi, ia sudah cukup berkesan.

Contohnya dalam menyanyikan lagu berirama perlahan, jika penyanyi dapat menyampaikan lagu dengan rasa yang tepat, Paknil pasti penonton terpaku.

Mungkin daripada riak wajahnya saja, kita di bahagian penonton akan turut dibuai masuk dalam penceritaan si penyanyi.

Jika rasanya betul, pasti dalam sebutan patah perkataan itu ada tafsiran nada yang betul. Ada bisiknya, ada esaknya dan ada rayuannya. Pendek kata, ia umpama berlakon dalam pengucapan dialog kerana tidak semua perkataan diucapkan pada nada sama.

Begitu juga jika menyanyikan lagu rancak. Pergerakan di pentas harus seiring dengan rentak lagu. Kawalan pentas dengan cara seseorang penyanyi itu bergerak pasti menyerlahkan si penyanyi supaya tidak kelihatan kaku atau teragak-agak.


Penyanyi akan tampak berjaya jika dia menghafal rentak lagu seiring dengan pergerakannya. Maksudnya jika ingin memusingkan badan pun, ia seharusnya mengikut irama dan dilakukan dengan bersahaja.

Bagi Paknil, penyanyi yang baik bukan saja perlu menghafal lirik tetapi juga rentak lagu dan susunannya. Ia lebih kurang sama jika kita menonton filem. Selalunya, dalam menjadikan sesebuah babak itu lebih berkesan, akan diselitkan muzik latar yang sepadan dengan jalan cerita.

Begitulah logik yang Paknil gunakan dalam menilai persembahan mereka. Pergerakan pelajar di pentas kelihatan lebih yakin jika mereka mengenali lagu dengan mendalam. Mustahil itu sukar dilakukan kerana mereka mempunyai guru terbaik di akademi.

Mungkin selepas membaca ini, ramai mula faham kenapa guru lakonan diwujudkan dalam AF seperti Cikgu Fatimah, Cikgu Marlia, Cikgu Fauziah dan Cikgu Ida. Ia bertujuan membentuk penyanyi supaya mentafsir dan menterjemahkan lagu dengan nada dan pergerakan betul.

Sebenarnya banyak lagi faktor lain dapat menjadikan seorang penyanyi itu penghibur yang hebat apabila di pentas. Walaupun dengan hanya berdiri tegak berseorangan di pentas besar, seorang penyanyi yang baik pasti dapat menzahirkan persembahan yang bagus jika dia dapat seiringkan tubuhnya, pengucapan lirik, raut wajah dan rasa dalam jiwanya tepat dengan irama serta mesej lagu.

Ini antara rahsia kawalan pentas yang harus dipelajari selain belajar menyanyi menggunakan teknik betul. Hanya dengan teknik yang baik dan betul seseorang itu dapat membuat pengucapan lirik lagu dengan jelas.

Bila jelas dan penonton dapat memahami apa yang diucapkan dalam lagu, lagu itu lebih difahami dan penceritaan. Inilah tugas Cikgu Siti Hajar dan Shafi dalam AF.


Cara ‘projection’ suara penting supaya sebutan perkataan tidak tenggelam dan dapat didengar dengan jelas. Ini termasuk cara ‘phrasing’ dan teknik bernafas yang betul.

Bila seseorang penyanyi tahu teknik bernafas dalam lagu, helaan nafas dan sebutan perkataan akan berselisih dengan baik tanpa berlaga yang boleh menyebabkan gangguan dalam nyanyian.

Lebih hebat lagi jika pelajar tahu menggunakan teknik esakan, bisikan, tebal nipis dan naik turun suara dalam persembahan. Sebenarnya bila teknik ini diletakkan pada tempat yang betul dalam lagu, penceritaan dalam lagu lebih berkesan dan nyanyiannya dapat dirasai penonton. Ini yang diajarkan Cikgu Adnan dan Cikgu Ajai.

Bayangkan jika pelajar dapat mempelajari sekali gus menguasai semua elemen ini ketika membuat persembahan, Paknil yakin kita dapat melahirkan penghibur yang total. Namun, kita perlu pantau perubahan pelajar ini sama ada mereka dapat mempraktikkannya di pentas konsert.

Wassalam.

~ Pak Nil

Biodata | Profil Nur Fathia

Biodata Nur Fathia

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
# Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Biodata | Profil Fizo Omar

Biodata | Profil Fizo Omar



NAMA SEBENAR: Wan Hafizol Wan Omar
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1985
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Siam, Arab)
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis
PENCAPAIAN: Tempat kedua, Hero Remaja 2007/2008 dan Top 5, Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
DRAMA: Puteri Salju, Gadis Merah Jambu, Dendam, Keliru, Bisikan Subuh, Bio-Nik, La Dolce Amira, Matahari dan Cinta Sempurna
PENGACARAAN: Gen-X (RTM1)
KOMERSIAL: Celcom, Brylcream, Giant dan Myeg

Peserta Sabah Akademi Fantasia 8(AF8)

Peserta Sabah Akademi Fantasia 8(AF8)


Anum, 19 tahun, Tawau | Ain, 23 tahun, Sandakan


Adira, 19 tahun, Ranau | Ema, 21 tahun, Ranau

Tirai Pembukaan AF8

Walaupun ada yang berpendapat rancangan realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) sudah semakin hilang pengaruhnya, hakikatnya ia masih lagi diminati oleh pengikut setianya.

Ini dapat dibuktikan pada malam Sabtu lalu bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur di mana berlangsungnya Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) bahawa rancangan realiti itu masih lagi diminati.

Biarpun atmosfera terasa sedikit hambar, itu bukan satu halangan untuk peminat hadir memberikan sokongan kepada pelajar kegemaran mereka.

Lagi pula rancangan itu mahu membuktikan kepada peminat AF dan masyarakat sekalian akan bakat 12 orang pelajar yang terpilih untuk musim kali ini.

Apa yang boleh dikatakan tentang 12 pelajar musim ini ialah kesemuanya memiliki bakat yang tersendiri.

Malah, daripada rancangan pengenalan itu juga dapat dilihat muzik dan hala tuju pelajar-pelajar tersebut dalam memilih muzik yang sesuai dengan mereka.

Namun, masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang keupayaan kerana Tirai AF8 baru dibuka dan para peserta masih lagi mentah dan belum mendapat pendidikan formal daripada barisan tenaga pengajar.

Walaupun masih baru dalam akademi, tetapi ada antara pelajar itu sudah menunjukkan potensi untuk terus bertahan dalam akademi berdasarkan mutu vokal mereka.

Tetapi, nama pun rancangan realiti. Kalau ada bakat yang bagus sekali pun tetapi memiliki personaliti dan kelakuan yang kurang menyenangkan para pengundi seperti mana yang ditonjolkan dalam Diari AF, memang sukar sekali untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum itu, AF8 tampil dengan kejutan pertama untuk musim ini apabila memperkenalkan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi sebagai pengkritik tetap.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini tentang kehadiran Aznil untuk AF8.

Aznil tidak keseorangan menjalankan tugasnya sebagai pengkritik sebaliknya ditemani oleh rakan sepasukannya, Adlin Aman Ramlie yang turut memikul tanggungjawab yang sama.



Cuma, akan ada pengkritik undangan setiap minggu dan Tirai AF8 menyaksikan kehadiran penyanyi soprano, Ning Baizura bagi melengkapkan trio pengkritik untuk malam itu.

Berbalik kepada Tirai AF8, secara keseluruhan, ia mempamerkan suatu persembahan yang sedikit berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan sebelum ini.

Baik dari segi pemilihan lagu-lagunya yang dipilih sendiri oleh para pelajar sehinggalah ke persembahan pelajar pada malam itu memberi gambaran bahawa musim ini mampu mempertaruhkan sesuatu yang menarik.

Daripada segi persembahan dan mutu vokal para pelajar, dapat disimpulkan masing-masing ada gaya serta cara mereka tersendiri walaupun ada juga yang masih terikut-ikut penyanyi asal.

Ini dapat dilihat menerusi persembahan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang menyanyikan lagu Andalusia nyanyian asal M. Nasir.

Corak persembahan dan vokal pelajar berasal dari Ipoh, Perak itu secara jelas cuba meniru M. Nasir dan tidak memiliki keaslian.

Bukan itu sahaja, ada juga pelajar yang salah memilih lagu dan tidak sesuai dengan kemampuan mereka dalam membawakan lagu-lagu tersebut.

Siti Adira Suhaimi (Adira) misalnya, begitu berani membawa lagu Gagap yang bukan calang-calang penyanyi boleh membawakan lagu tersebut.

Memetik ulasan yang diberikan oleh pengkritik undangan, Ning Baizura yang mengatakan persembahan Adira masih lagi dibayangi oleh penyanyi asalnya, Stacy.

"Pemilihan lagu ini amat berbahaya sekali kerana saya masih lagi membayangkan Stacy dan bukannya Adira.

"Seharusnya anda memilih lagu yang sesuai agar peminat dan penonton tidak dapat membandingkan anda dengan penyanyi asal," kata Ning yang menyifatkan pemilihan itu boleh dimaafkan memandangkan masih lagi di peringkat awal.

Muhammad Alif Kadim atau Alif juga berdepan dengan masalah yang sama apabila memilih lagu Live Like We're Dying oleh juara American Idol musim kelapan, Kris Allen.

Dia memiliki vokal yang besar dan seharusnya dia tahu jenis lagu yang sesuai dengan dirinya memandangkan dia merupakan pelajar jurusan Diploma Muzik dan Vokal dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Tetapi Aznil menyifatkan Alif sebagai seorang yang cukup berani apatah lagi dengan usianya yang baru 19 tahun untuk memilih lagu tersebut.

"Awak memang berani dan yakin pada diri awak apabila menggunakan pentas dengan sepenuhnya bagi mewarnakan lagi persembahan awak," puji Aznil kepada pelajar berasal dari Kuala Lumpur itu.

Selain Adira, Dayang Nor Anum Arjuna Aharahun atau Anum juga telah mengejutkan audiens di dalam dewan apabila tampil dengan persembahan yang sungguh 'menggerunkan'.

Manakan tidak, sebaik sahaja muncul di atas pentas, Anum sudah melakukan gimik apabila menyanyi sambil berbaring saat melantunkan lagu Pelesit Kota yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Search.

Rasanya belum pernah lagi mana-mana pelajar AF selama tujuh musim lalu melakukan aksi sedemikian dan keberanian Anum itu wajar dipuji.

Persembahannya berjaya membuka mata penonton dan menjadikan persembahannya sebagai yang paling diingati setakat ini.

Tetapi, malangnya momentum serta kesan lagu tersebut langsung tidak dirasai audiens apabila disampaikan oleh Anum meskipun dia mempunyai suara serak-serak basah yang boleh digilap lagi.

Namun, harus diakui persembahan Nadiawaty Ainul Basir atau Ain yang paling impresif antara 12 orang pelajar pada malam itu.

Mungkin terlalu awal untuk memuji Ain tetapi persembahannya menerusi lagu The Climb oleh Miley Cyrus cukup menyakinkan dan membuktikan bahawa dia antara yang menyerlah untuk musim ini.

Ain memiliki pakej lengkap - bakat dan paras rupa yang boleh 'dijual' dan menarik perhatian pengundi untuk mengundinya terus kekal di dalam akademi.

Dia juga memiliki pesona, karisma dan aura serta bijak membawa dirinya di atas pentas. Mungkin kerana mempunyai pendidikan di dalam bidang kecantikan memberi kelebihan itu buat Ain.

Sementara itu, gandingan pertama Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley sebagai pengacara konsert musim ini memang ada keserasian.

Sarimah dengan gayanya yang tersendiri manakala Jimmy sepatutnya lebih relaks kerana terpancar jelas wajahnya yang kelihatan gementar.

Malah, gerak-geri Jimmy juga kelihatan terkawal dan dia menjadi Jimmy Shanley yang berbeza dengan apa yang kita saksikan sebelum ini.

Norman Abdul Halim sejurus selepas persembahan tamat, dia ternyata berpuas hati dengan prestasi 12 orang pelajarnya biarpun baru kali pertama beraksi di depan kamera.

"Ini permulaan yang baik buat mereka dan untuk Tirai AF8, saya melihat 10 daripada 12 pelajar ini telah memberikan persembahan yang baik.

"Saya dapat melihat musim ini akan menyaksikan pertarungan sengit antara mereka dan percaya pecahan undian akan berlaku.

"Saya dan tenaga pengajar akan sama-sama berganding bahu untuk memberi pendidikan yang berterusan kepada mereka agar dapat memberikan persembahan terbaik setiap minggu," ujar Norman yang berikrar akan membentuk identiti muzik para pelajarnya kelak.

Aril Trek Selebriti

Selepas enam tahun Jimmy Shanley mengemudikan program Trek Selebriti (TS), dia kini bersama konsert mingguan Akademi Fantasia 8 (AF8) bersama Sarimah Ibrahim.

Lalu kekosongan tempatnya dalam TS digantikan bintang AF7, Khairil Azam Pilus atau Aril. Bimbang penyampaiannya dalam program itu masih dibayangi Jimmy, dengan bantuan dan sokongan produser, Nurul Azrin Nasir serta kru mereka, Aril berazam melakukan yang terbaik dengan caranya sendiri.

TS musim baru itu akan mula bersiaran 20 Mac ini (setiap Sabtu), jam 10.30 malam di Astro Ria. Pada sidang media yang diadakan di Alexis, Midvalley, minggu ini, Aril dengan semangat membara berkata, dia sedia menyahut cabaran baru sebagai pengacara selepas mengorak langkah dalam bidang nyanyian dan melebarkan bakatnya dalam seni lakon menerusi drama Kau & Aku. "Sebelum ini saya pernah mengacarakan program Trendy siaran RTM iaitu sebelum saya menyertai AF7. Pengalaman itulah yang akan digunakan dalam mengendalikan TS. Untuk memahami konsep TS, saya diberi berbelas pita rakaman TS yang diacarakan Jimmy. Saya perlu tengok apa yang perlu ditambah atau ditukarkan "Masih mengekalkan konsep asal, TS musim baru itu diolah dengan sentuhan grafik lebih segar. Kelainan pada musim ini, TS menyisipkan elemen kejutan terutama kepada pelajar AF8 yang tersingkir nanti. Namun, peluang itu diberi kepada pelajar AF8 yang terpilih saja. Syaratnya, mereka mestilah mempunyai kenangan dan cerita menarik. "Oleh kerana penonton sudah sebati dengan cara Jimmy, jadi usahlah bandingkan saya dengan dia. Setakat ini saya sudah merakamkan episod pertama dan kedua. Ia memang seronok. "Episod pertama ialah mengenai rakaman Tirai AF8 manakala episod kedua berkongsi cerita dengan Principal Norman. Beberapa bulan sebelum ke lokasi TS, saya menjalani latihan bersama produser dan kru. Saya juga berlatih macam mana hendak bertanyakan soalan," katanya.


Tidak melupakan nyanyian yang membawa dirinya ke gelanggang seni tanah air, Aril akan muncul dengan single ketiga terbarunya, Biar Begitu. Lirik dikarang Aril sendiri. Sebelum ini Aril tampil dengan dua single, Toksid dan Menatap Matamu .

Aril juga menangkis dakwaan dia lebih menonjol daripada juara AF8, Hafiz.

"Baik Akim mahupun Hafiz, mereka ada kerja sendiri yang sudah diatur AESB (Astro Entertainment Sdn Bhd)," katanya. Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi yang hadir pada sidang media itu berkata, mereka memilih Aril untuk menerajui TS kerana usia remajanya dan sikapnya yang periang dan santai sesuai konsep TS. "Kami percaya Aril mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri, sekali gus memikat hati penonton untuk terus melekat di kaca TV," katanya.

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Korus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Lirik Lagu Cinta Terlarang - Mahkota Band

Lirik Lagu Cinta Terlarang - Mahkota Band

Tak pernah ku bayangkan
Semua ini terjadi
Ketika cinta ini ditentang mereka
Hancurnya hati ini
Mengingat semua
Cinta yang selama ini
Aku banggakan

Aku harus bersabar
Ketika mereka tak mengerti
Dengan cinta ini

Ternyata kisah cinta tak
Selalu indah
Kini harus ku alami kepedihan ini

Aku harus bersabar
Ketika mereka tak mengerti
Dengan cinta ini
Maafkanlah diriku
Mungkin kita harus mengakhiri
Kisah cinta ini

Lirik Lagu Dinda - Mahkota Band

Lirik Lagu Dinda - Mahkota Band

Dinda ku ingin bertemu
Meski tak tahu engkau di mana
Di sini ku dingin tanpamu

Dinda dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda dengar
Ku ingin selalu menemani mu

Dulu kau selalu tersenyum
Ku taruhkan nyawaku untukmu
Dan kini ku hidup tanpamu

Dinda dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda dengar
Ku ingin selalu menemani mu

Dinda dengar
Aku merindukan dirimu
Dinda dengar
Ku ingin selalu menemani mu
Dinda

Lirik Lagu Pesan Nenek - PureVibracion

Lirik Lagu Pesan Nenek - PureVibracion

Rambut pendek disisir rapi
Rambut panjang tersimpul mati
Pedihkah mata dan hati
Melihat diriku begini..
Ke mana hilangnya... toleransi berdemokrasi
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji
Kasih sesama insan
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan
Tapi perbuatan jadi ukuran
Jujurlah setia berkawan
Bukan insan meragut insan..
Malaysia maju aman, kan baik begini
Jangan mundurkan lagi
Pemikiran rakyat
Jangan nak singkat
Jangan nak hidup sendiri
Jangan nak maki, kata nak caci
Itu bangsamu sendiri..

Apa nak dihiraukan
Mata sepet, mata bulat
Kulit hitam, kuning langsat
Jalan lurus jangan sesat
Pipit sama enggang dah lama terbang bersama
Ini kan kita manusia
Mengapa bermasam muka
Ku hormati... kasar bisikan mu.. semalam..
Perjuanganku, untuk terus hidup.. ku teruskan..

12 Pelajar Akademi Fantasia (AF8) musim kelapan

Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali menerima masuk pasangan adik-beradik sebagai pelajar program realiti nombor satu itu.

Pasangan bertuah itu adalah Erma Suhaimi, 21, (Ema) dan Siti Adira Suhaimi, 19, (Adira) dari Ranau, Sabah.


Sebelum ini pasangan kembar seiras Zuzafrini Zulkifli (Rini) dan Zuzafrina Zulkifli, 25, (Rina) mencuba nasib, namun rezeki lebih berpihak kepada Rini yang menempatkan diri dalam kelompok pelajar AF musim ke-7.

Norman Abdul Halim selaku Pengetua AF8, berkata, kedua-dua beradik itu memiliki bakat serta keunikan tersendiri sehingga sukar pihak juri mengenepikan seorang daripada mereka.

“Ema dan Adira punya keistimewaan masing-masing. Walaupun adik-beradik, cara serta vokal mereka berbeza. “Sewaktu peringkat uji bakat Ema sanggup berkorban jika juri perlu memilih salah seorang daripada mereka. Namun, kemampuan pasangan adik-beradik ini memang hebat menyebabkan kami tidak mampu membuat pilihan selain bersetuju menyerapkan mereka sebagai pelajar,” katanya.

Sebagaimana tahun sebelumnya, musim terbaru AF ini sekali lagi menyaksikan dominasi peserta dari Sabah dan Sarawak apabila lima pelajar perempuan terpilih. Selain Erma dan Adira, Nadiawaty Ainul Basir atau Ain, 23, dan Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19, juga dari Sabah.

Seorang lagi peserta, Zafarina Jamhari atau Farina, 28, mewakili Sarawak. Perjuangan kelima-lima gadis ini diperlengkapkan lagi dengan kehadiran Nadia Emilia Roselan, 22, dari Klang, Selangor.

Sementara itu, enam peserta lelaki yang berjaya adalah Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22, dari Sarawak, Emirza Awan Zulazrin Chew/ Iwan, 20, (Negeri Sembilan), Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22, (Johor), Muhammad Alif Kadim/Alif, 18, (Kuala Lumpur) dan Ahmad Shahir Zawawi/Shahir, 21, (Perak).

Gelagat serta aksi 12 peserta ini akan dipertontonkan kepada umum bermula Sabtu ini (13 Mac) menerusi Tirai AF dikendalikan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley, jam 9 malam di Astro Ria.

Cabaran kehidupan seharian mereka pula boleh ditatap dalam diari mulai 15 Mac, jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley. Jika tujuh musim sebelum ini syarikat telekomunikasi bertindak sebagai penaja utama, penajaan AF8 berganti tangan kepada jenama produk kesihatan, Brand's selain Modenas serta Maybelline.

Desperate Housewives musim ke-6

Desperate Housewives musim ke-6 ini lebih meriah kerana sebuah keluarga baru akan berpindah ke situ, membawa sekali rahsia mereka yang misteri. Nampaknya Angie Bolen dan suaminya Nick telah berpindah di rumah yang sempurna dalam lingkungan jiran-jiran yang sempurna dan selesa. Semuanya seperti dalam keadaan baik sahaja. Tetapi apabila anaknya yang kurang upaya, Danny menimbulkan sedikit kekacauan, mereka takut akan menanggung malu apabila rahsia mereka terbongkar

Dari sudut pandangan dimensi ketiga, roh Mary Alice kini dapat melihat dan memahami keadaan sebenar keluarga dan rahsia di sebalik pintu rumah jiran-jirannya lebih mendalam lagi berbanding hayatnya semasa hidup.

Desperate Housewives musim ini masih dibintangi oleh watak utama yang ada kekuatan tersendiri seperti Teri Hatcher sebagai Susan Mayer, Felicity Huffman sebagai Lynette Scavo, Marcia Cross sebagai Bree Hodge, Eva Longoria Parker sebagai Gabrielle Solis, Ricardo Antonio Chavira sebagai Carlos Solis, Doug Savant sebagai Tom Scavo, Kyle MacLachlan sebagai Orson Hodge, Dana Delany sebagai Katherine Mayfair, Drea de Matteo sebagai Angie Bolen, Maiara Walsh sebagai Ana Solis, Brenda Strong sebagai Mary Alice Young, James Denton sebagai Mike Delfino, Andrea Bowen sebagai Julie Mayer, Kathryn Joosten sebagai Mrs. McCluskey, Jeffrey Nordling sebagai Nick Bolen, Beau Mirchoff sebagai Danny Bolen, Charlie Carver sebagai Porter Scavo, Joshua Logan Moore sebagai Parker Scavo, Kendall Applegate sebagai Penny Scavo, Madison de la Garza sebagai Juanita, and Mason Vale Cotton sebagai MJ Delfino.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri 23 episod, Desperate Housewives musim ke-6 ini bermula 23 Mac 2010, pada pukul 10.30 malam di saluran hip 8TV dan juga saluran Astro 708.

Adnan Sempit The Series

Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, Shaheizy Sam atau lebih dikenali sebagai Sam, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan tanah air.

Ibunya, Kathy Fauziah, kakaknya, Zizie Izette merupakan pelakon drama dan filem yang cukup popular.

Begitu juga dengan abangnya, Jeff yang pernah mencipta nama sebagai penyanyi bersama kumpulan A To Z yang popular pada tahun 1990-an.

Justeru, apabila Sam menampilkan dirinya sebagai pelakon drama televisyen dan kini semakin popular pula di layar perak, ia memang tidak menghairankan para peminat.

Bukan setakat bakat lakonannya yang bersahaja, malah sokongan daripada keluarganya selama ini juga banyak mencetuskan kejayaan buat dirinya.

Selepas lebih lima tahun bergelar pelakon, Sam mula memperlihatkan 'taring' bakatnya menerusi filem Adnan Sempit lakonannya yang berjaya mengaut kutipan tiket RM7.8 juta.

Filem terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara pada bulan lalu itu mencatat rekod baru dalam industri perfileman tempatan.

Sam mungkin boleh berbangga kerana filem genre aksi komedi arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu merupakan filem Melayu yang mengutip kutipan tiket tertinggi.

Sebagai pelakon utama Adnan Sempit, pelakon muda ini tidak dapat menyembunyikan rasa bangganya kerana watak Adnan lakonannya dalam filem itu mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton.

Namun, gelaran hero filem Melayu baru dengan kutipan tiket RM7.8 juta itu tidak mengalpakan Sam. Sebaliknya, dia mengambil cabaran itu dengan menggalasnya sebaik mungkin sambil merendah diri dengan pencapaian dalam filem tersebut.

"Kejayaan filem ini bukanlah terletak atas bahu saya sahaja, tetapi ia juga atas kehebatan pengarahnya (Ahmad Idham), krew dan sebagainya.

"Kami dalam satu kumpulan. Mungkin, sebagai pelakon watak utama dalam filem ini tumpuan banyak diberikan kepada saya.

"Keluarga saya terutamanya emak saya banyak memberi dorongan dalam bidang lakonan," katanya ketika ditemui selepas majlis doa selamat mula penggambaran Adnan Sempit The Series di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Drama bersiri sebanyak 26 episod itu akan ditayangkan menerusi saluran 132 di Astro Warna sekitar April ini.

Adnan Sempit The Series yang juga diterbitkan oleh MIG Productions Sdn. Bhd. merupakan kesinambungan daripada jalan cerita filem Adnan Sempit.



Sam sekali lagi diberi kepercayaan melakonkan watak Adnan dalam drama bersiri itu bukan di bawah arahan Ahmad Idham tetapi ia akan diarahkan oleh Ismail Hashim.

Namun, kata peminat pelakon Al Pacino ini, dia tidak akan memandang enteng drama bersiri yang akan dilakonkannya itu.

Ini kerana, kata Sam Adnan Sempit The Series bukan sebarang drama bersiri tetapi dia menggalas jalan cerita yang berasaskan daripada filem Melayu paling box-office setakat ini.

"Bukannya senang mahu memikul peranan itu kerana bagi yang sudah menonton filem Adnan Sempit mereka tentunya menjangkakan jalan cerita yang lebih menarik dan detail dalam drama ini.

"Cabaran berlakon dalam drama bersiri ini juga berbeza. Saya mengambil masa 20 hari menjalani penggambaran filem Adnan Sempit sedangkan penggambaran drama bersiri ini mengambil masa lebih sebulan," tegasnya.

Justeru, dia menganggap dengan menggalas watak hero dalam Adnan Sempit dengan kutipan tiket RM7.8 juta bukanlah mudah.

Pelakon filem Sama Tak Serupa, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, KL Drift 2, Niyang Rapik dan Ngangkung ini terpaksa membuktikan populariti watak Adnan dapat terus dipopularkannya menerusi drama bersiri tersebut.

Selain semakin menonjol di layar perak, Sam juga tidak menyangka penampilannya dengan watak komedi dalam Adnan Sempit mahupun Adnan Sempit The Series berjaya menarik perhatian para penonton.

"Bukannya senang untuk melakonkan aksi-aksi komedi dalam filem atau drama Adnan Sempit. Ini kerana, sebagai pelakon orang mahu ketawa melihat lakonan saya dalam filem itu.

"Saya risau kalau orang tidak ketawa nanti watak lakonan saya itu nampak bodoh pula. Apa pun saya seronok kerana dapat melakonkan watak itu dengan sedaya upaya saya," jelasnya.

Sementara itu, pengarah Adnan Sempit The Series iaitu Ismail Hashim atau Bob turut tidak menafikan terpaksa menggalas cabaran yang bukan kepalang mengarahkan lanjutan cerita daripada filem yang mencatat kutipan tiket 'pecah panggung' itu.

Menurut Bob, antara cabaran yang perlu dilaluinya ialah agar para penonton saluran Astro Warna tidak kecewa menonton Adnan Sempit The Series sewaktu ia ditayangkan kelak.

Jelasnya, para penonton tentunya menjangkakan suatu kelainan apabila menonton drama bersiri dengan setiap episod mengambil durasi tayangan sekitar 60 minit itu berbanding versi filem Adnan Sempit.

"Para penonton Astro bukan sahaja membayar bil langganan, malah untuk menonton Astro Warna mereka sekali lagi terpaksa membayar yuran langanan yang berbeza. Jadi jangkaan dan harapan para penonton tentunya tinggi.

"Sebab itu, perlu ada banyak elemen yang menarik dalam setiap episod drama bersiri ini. Kami contohnya akan 'meletupkan' sekitar empat buah motosikal tajaan Modenas dalam adegan-adegan lasak yang akan dipaparkan kelak," ujarnya.

Adnan Sempit The Series yang mula menjalani penggambaran pada 27 Februari lalu di sekitar Lembah Klang turut dilakonkan oleh Intan Ladyana yang melakonkan watak Nadia dan Norliana Samsudin (Wawa).

Sebagai pengarah muda di MIG Productions Sdn. Bhd., Bob menaruh keyakinan tinggi jalan cerita dan populariti filem Adnan Sempit dapat membantu menarik para penonton menonton drama bersiri tersebut.

"Daripada sekitar 800,000 penonton yang telah menonton Adnan Sempit, saya harap separuh daripada jumlah itu menonton drama bersiri ini pun okay.

"Saya yakin mampu menarik ramai penonton berdasarkan drama bersiri Jangan Tegur Lagi arahan saya episod akhir yang ditayangkan di TV3 bulan lalu ratingnya mencecah 2.9 juta penonton mengalahkan slot Buletin Utama," katanya lagi penuh optimis.

The Hurt Locker filem terbaik

Kathryn Bigelow mencatat sejarah perfileman Hollywood apabila muncul wanita pertama memenangi kategori Pengarah Terbaik pada Anugerah Akademi ke-82 yang diadakan di Kodak Theater, malam tadi.

Lebih manis lagi, filem arahannya The Hurt Locker, yang mengisahkan sekumpulan skuad pemusnah bom di Baghdad itu, turut menguasai anugerah tahunan berprestij tersebut apabila memenangi lima Oscar lagi termasuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

"Inilah kenyataannya, tiada perkataan yang dapat menggambarkannya, ini adalah satu detik bersejarah sepanjang hayat.

"Saya tujukan kemenangan ini kepada anggota tentera lelaki dan wanita yang berdepan risiko kehilangan nyawa dalam tugas mereka setiap hari di Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia. Semoga mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat," kata Bigelow, yang juga wanita keempat menerima pencalonan bagi kategori tersebut.

Empat kategori lain yang diraih The Hurt Locker adalah Lakon Layar Asli terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi aktor veteran Jeff Bridges menerusi lakonannya sebagai penyanyi country yang ketagih alkohol dalam Crazy Heart, sekali gus menamatkan kemarau penantiannya bagi empat pencalonan Oscar sebelum ini.



Aktres Sandra Bullock, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonan berkesannya sebagai suri rumah yang sensitif dalam The Blind Side.

"Adakah saya benar-benar layak memenanginya atau saya hanya melemahkan anda?," kata Bullock semasa menerima anugerah tersebut hasil lakonan yang diadaptasi dari cerita benar Leigh Anne Tuohy, yang menjaga seorang remaja kulit hitam sehingga menjadi bintang sukan ragbi terkenal.

Anugerah Oscar tahun ini yang diadakan di Kodak Theater juga menyaksikan pertarungan sengit antara filem bajet rendah Bigelow dengan Avatar, sebuah filem arahan bekas suaminya, James Cameron yang menelan belanja AS$500 juta (RM1.75 bilion).

Blokbuster luar biasa itu yang mencatat kutipan tiket tertinggi lebih AS$2.5 bilion (RM8.75 bilion) dalam sejarah perfileman, terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga anugerah Oscar, kebanyakannya dalam kategori teknikal.

Tiga kategori itu adalah Pengarahan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Visual Efek Terbaik.

Sementara itu, anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik diberikan kepada aktor Austria Christoph Waltz menerusi penampilannya dalam Inglourious Basterds, manakala aktres Mo'Nique dinamakan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Precious.

Kemenangan Mo'Nique itu menjadikannya aktres kulit hitam kelima menerima Oscar dalam sejarah Hollywood selepas Hattie McDaniel, Whoopi Goldberg, Halle Berry dan Jennifer Hudson.

Pada anugerah berprestij itu, filem Argentina El Secreto de Sus Ojos (Rahsia Di Mata Mereka), dinamakan sebagai Filem Asing Terbaik. - AFP

AF 8 - Norman mahu ubah stigma

Tanpa disedari masa pantas berlalu, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akan membuka tirainya Sabtu ini (13 Februari) dengan konsert pengenalannya iaitu Tirai AF8.

Sebelum itu, kehangatan AF8 terus memuncak apabila hari ini akan berlangsungnya sidang akhbar untuk memperkenalkan barisan pelajar yang akan menghuni AF8.

Buat masa ini segala-galanya masih lagi rahsia tentang bilangan pelajar yang sudah pun dipilih oleh pihak Astro.

Daripada desas-desus yang diperkatakan, Hits difahamkan jumlah kali ini akan kembali kepada bilangan asalnya iaitu 12 orang pelajar sahaja.

Sudah pasti individu paling sibuk dan tidak duduk diam ketika ini adalah pengetuanya, Norman Abdul Halim yang juga merupakan mereka yang berada dalam panel penilaian untuk memilih pelajar-pelajarnya.

Ketika bertemu dengan Norman di pejabatnya, Wisma KRU yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur minggu lalu, dia begitu optimis dengan bakat baru yang akan menghiasi layar kaca pengikut setia AF setiap minggu nanti.

Apa yang pasti katanya, mereka yang terpilih kali ini memiliki bakat yang tersendiri malah Norman sendiri mengakui bayangan hala tuju mereka dalam industri seni khususnya bidang muzik.

Bukan itu sahaja, daripada bicaranya sendiri, dapat disimpulkan Norman bakal memperlihatkan ketegasannya dalam memimpin AF8 khususnya terhadap para pelajarnya.

Dalam masa yang sama juga, dia mahu mengubah stigma lapuk masyarakat yang menganggap semua bintang realiti seperti mee segera.

"Saya mahu pelajar-pelajar ini sedar bahawa perjalanan mereka untuk berada dalam AF8 bukan satu perkara yang mudah.

"Saya menjelaskan kepada mereka dan memberi gambaran kepada mereka bahawa apabila berada dalam akademi ia umpama menikmati satu hidangan yang sungguh enak.

"Tetapi, bagaimana cara untuk mereka menghabiskan hidangan dan mengenyangkan perut mereka sekali gus merasa puas dengan santapan itu, semuanya bergantung kepada diri masing-masing," ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah pelajar sebenar untuk musim ini dan hanya memberitahu semuanya akan terjawab hari ini.

Bukan itu sahaja, Norman turut menjelaskan dia mahu semua anak-anak buahnya sentiasa bersikap optimistik dalam setiap langkah mereka selain cuba memikat hati masyarakat dalam menilai bakat mereka.

"Saya juga tidak mahu mereka mengamalkan sikap tidak apa dan hanya bersyukur apabila dapat berada dalam akademi.

"Apa yang saya mahukan daripada mereka ialah untuk memiliki semangat dan fokus kepada pembelajaran dalam mengejar impian mereka untuk menjadi juara AF8.



"Setiap daripada mereka harus ada sikap itu biarpun kita tahu ini semua adalah pertandingan realiti televisyen di mana segala kemungkinan boleh berlaku.

Elemen merit

"Tetapi, apa yang penting adalah sikap mereka sendiri yang harus diubah dan jika mereka melakukannya dari sekarang, ia akan menjadi mudah apabila mereka keluar nanti," kata Norman lagi.

Sudah 18 tahun berkecimpung dalam industri seni, memang kredibiliti Norman tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sebagai seorang anak seni dan juga ahli perniagaan yang berjaya, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai misi serta visinya tersendiri.

Jika tidak, mana mungkin dia dan dua adiknya, Yusry dan Edry mampu bertahan sehingga kini dan mengecapi kegemilangan yang terus memperkukuhkan nama serta jenama mereka di persada seni tanah air.

Maka itu, untuk AF8 ini, Norman juga menerapkan elemen merit apabila dia mensasarkan 50 peratus daripada jumlah pelajar untuk musim ini akan dapat menjadi seorang penghibur sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Mengambil contoh formula yang digunakan oleh KRU untuk alumni AF lain seperti Adam dan Dafi misalnya, Norman yakin sasarannya itu dapat direalisasikan seperti mana dia dan tenaga pengajar lain mahukan.

Adam katanya, biarpun sudah enam tahun menjadi seorang artis, dia masih lagi diminati sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan juga Anugerah Bintang Popular.

"Saya gembira kerana cadangan saya ini diterima dengan baik oleh tenaga pengajar sendiri dan mereka berikrar akan berganding bahu dan bekerjasama dengan saya untuk mencapai sasaran itu.

"Tetapi, sekali lagi, semuanya berbalik kepada pelajar itu sendiri yang harus berusaha gigih untuk menjadi seorang penghibur yang baik.

"Jujurnya, bagi saya AF merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baru kerana bukan mudah untuk menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman biarpun dalam tempoh tiga bulan sahaja," ujar Norman yang juga meminta bantuan Yusry dan Edry bagi membantunya mengesan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi seorang penghibur dengan menonton AF8.

Apabila menyertai pertandingan realiti TV seperti AF, tidak dinafikan ada kalanya tuah juga memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan seni mereka apabila keluar kelak.

Malah, ada juga mereka yang tersingkir awal daripada program tersebut lebih berjaya daripada sang juara yang dipilih oleh masyarakat sendiri.

Dalam konteks ini, contoh terbaik ialah Aizat yang merupakan bekas pelajar AF5 apabila dia berjaya membuktikan kepada masyarakat dan pencinta seni tanah air bahawa dia memiliki bakat yang cukup hebat.

Melihat potensi

Bukan sekadar menyanyi, tetapi dia juga mempunyai kelebihan dari aspek penciptaan lagu yang kini meletakkannya antara bakat baru yang mampu bertahan lama dalam industri.

Mengajukan persoalan ini kepada Norman, memang dia tidak menafikan elemen tuah dan rezeki itu turut menyumbang kepada kejayaan seseorang artis itu.

Tetapi, dalam masa yang sama juga, mereka (artis) perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencorak muzik dan hala tuju mereka di dalam industri.

"Aizat berjaya kerana dia memiliki bakat sebagai seorang penyanyi dan juga komposer yang memang susah untuk dicari dalam zaman ini dan kehadiran bintang seperti Aizat bukan selalu hadir.

"Kejayaan Aizat juga adalah kerana dia tahu apa yang dia mahukan dalam kariernya dan dia sendiri yang mencorakkan diri dan muziknya mengikut gerak hatinya.

"Itu juga yang saya mahu lihat dalam diri pelajar musim ini kerana mereka semua ada bakat. Malah, saya sendiri sudah melihat potensi beberapa orang daripada mereka memiliki pendirian dan wawasan tersendiri," jelasnya memberikan pandangan peribadinya.

Kerana itu, dia sudah merangka beberapa strategi untuk mempamerkan bakat anak-anak buahnya dalam konsert mingguan khususnya dalam genre muzik yang mereka gemari.

Malah, Tirai AF8 kelak akan menyaksikan pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu yang merupakan lagu pilihan mereka sendiri.

Menjadikan American Idol sebagai contoh terbaik dalam mempersembahkan bakat mereka, walau bagaimanapun, kata Norman, semuanya itu hanya akan dapat disaksikan bermula konsert mingguan keenam

"Saya sudah pun berbincang dengan pihak Astro dan ternyata mereka bersetuju dengan idea untuk menggubah susunan muzik mengikut genre masing-masing seperti mana dalam American Idol.

"Apa yang saya harapkan dengan suntikan baru ini dapat menarik perhatian peminat baru serta membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk menilai bakat mereka," katanya yang memohon pengertian semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan bekas pengetua AF yang lain.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Lirik Sugul - Yazid

Lirik Sugul - Yazid

Dengarkan rembulan
Aku sendirian tiada berteman
Kutanya pada bulan
Mengapa sendirian
Hanya tersenyum padaku

Chorus
Oh hiburkanlah hatiku
Yang dalam kesunyian
Oh sudikanlah hatimu
Jiwaku pasti tersenyum

Ku terus berjalan berpayungkan awan
Yang simpati padaku
Terasa dingin embun selubungi diriku
Mentari sedang menunggu

Ulang Chorus

Aku takut
Jika kau nekad tinggalkan aku
Aku ragu
Perlukah aku terus begini
Sedangkan jasadnya sakit
Bagai mahu mati

Dengarkan rembulan
Aku sendirian tiada berteman
Ku tanya pada bulan
Mengapa sendirian
Hanya tersenyum padaku

Ulang Chorus

Tags: Akademi Fantasia, Lirik Lagu Malaysia, Yazid AF7

Gambar Kim Bum Pelakon Korea (Boys Over Flowers)

Kim Bum Korean star who became popular for his role as Yi Jeong in the phenomenal Korean series Boys Over Flowers.



Lirik Lagu Sahabat Jadi Cinta – Zigas

Lirik Lagu Sahabat Jadi Cinta – Zigas

Kuhantarkan bak di pelataran
Hati yang temaran
Matamu juga mata mataku
Ada hasrat yang mungkin terlarang

*
Satu kata yang sulit terucap
Hingga batinku tersiksa
Tuhan tolong aku jelaskanlah
Perasaanku berubah jadi cinta

Reff :
Tak bisa hatiku merapikan cinta
Karena cinta tersirat bukan tersurat
Meski bibirku terus berkata tidak
Mataku terus pancarkan sinarnya

Kudapati diri makin tersesat
Saat kita bersama
Desah nafas yang tak bisa teruskan
Persahabatan jadi cinta

Back To *
Back to Reff

Reff:
Apa yang kita kini tengah rasakan
Mengapakah kita coba persatukan
Mungkin cobaan untuk persahabatan
Atau mungkin sebuah takdir Tuhan

Rozita Che Wan

Tentang Rozita Che Wan


# Nama Rozita Che Wan pernah berada di senarai Top 5 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada 2007, tetapi gagal mempertahankan kedudukan itu pada 2008. Tahun ini namanya sekali lagi tersenarai tetapi bersaing hebat dengan Fasha Sandha, Noorkhiriah, Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah.

# Wanita berusia 36 tahun ini memiliki dua cahaya mata lelaki Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra 12.

# Antara filem pernah dibintangi ialah Sepi, Dunia Baru The Movie, Kantoi, Jangan Tegur, Sifu & Tonga, Misteri Balan Balan The Movie. Sementara drama yang pernah dilakonkan ialah Susuk, Ai Di Beijing, Diari Ramadan Raffique dan Ayyad.

# Sebelum melakar kerjaya sebagai anak seni, Rozita pernah bertugas sebagai pramugari dengan Penerbangan Malaysia (MAS).

Afdlin Shauki

Tentang Afdlin Shauki

# Karier Afdlin Shauki bermula dengan filem Mimpi Moon terbitan Pesona Pictures membawa watak sebagai pelakon pembantu. Diikuti dengan wataknya sebagai penterjemah di dalam filem Hollywood, Anna and the King.

# Menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, tahun lalu. Mula diberi watak utama dalam filem Soal Hati. Watak Daniel dalam itu mengangkat kerjayanya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima pada 2000.

# Filem arahannya berjudul Buli. Filem ini menerima pengiktirafan Lakon Layar Terbaik, Pengarah Baru Harapan dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2004.

# Selain bergelar pelakon, pengarah dan penulis skrip, Afdlin juga berkebolehan dalam pelbagai lagi cabang seni. Dia juga berkebolehan menyanyi malah pernah menghasilkan album berjudul Fuuyo! pada 2003.

Afdlin juga berkebolehan sebagai pelawak dan pengacara. Afdlin pernah menerima Penyampai Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 1999 menerusi program kelolaannya Bila Larut Malam.

AWANBAND - Belenggu Lirik

AWANBAND - Belenggu Lirik Lagu

Dari dulu kau memang begitu
Itu yang aku tahu
Menggangguku lalu
Kau rampas ia dariku

Mungkin kini engkau berkuasa
Tapi kau harus tahu
Kuasa Yang Maha Esa
Tak kira esok atau lusa
Belum tahu agaknya
Bagaimanakah nasib kita
Oh nasib kita

Dari dulu kau memang begitu
Itu yang ku tahu
Menggangguku lalu
Kauu rampas ia dariku

Mungkin kini kau berkuasa
Tapi kau harus tahu
Kuasa Yang Maha Esa

Kita dibelenggu dari dulu
Hingga kini masih lagi mencari dan mencari
Kita dibelenggu dari dulu
Hingga kini masih lagi mencari dan mencari

Lirik Lagu Ayamas - Ask Me Again

Lirik Lagu Ayamas - Ask Me Again

INTRO/OUTRO:
Di mana rasa simpatiku,
Ke mana arah tujuanku,
Di manakah kesetiaanku,
Sini duduknya kekesalanku.

VERSE 1:
Walau apapun,
Tak kira apa yang jadi,
Cerita ini,
Hanya di antara kami,
Tipu dayanya,
Berdalih ke sana sini,
Inilah kisahnya.

CHORUS:
Sering dipanggil ditanya,
Maka ini alasannya,
Paparadada parapapparada pappada pappadada
Rasa tersinggung tertekan,
'Nona' terserlah jawapan,
Paparadada parapapparada pappada pappadada

BREAKDOWN:
Jelita Julie,
Anggunnya Aisyah,
Lawanya Lina.

VERSE 2:
Hubungannya,
Buang saja,
Semua di tangannya,
Khabarnya sangkar melayang,
Balak berkaki tiga,
Tak terduga malapetaka ini,
Bukti termungkirnya janji,
Hancurnya harapan,
Sukar melepasinya.

CHORUS

INTRO/OUTRO

Filem Box Office 2/22/2010 - 3/7/2010

1. 72 TENANTS OF PROSPERITY

2. PERCY JACKSON & THE LIGHTNING THIEF

3. LITTLE BIG SOLDIERS (HKG)

4. ALL'S WELL END'S WELL TOO 2010 (HKG)

5. WOLFMAN

6. 14 BLADES (HKG)

7. TRUE LEGEND (HKG)

8. VALENTINE'S DAY

9. LU PIKIRLAH SENDIRI

10. AVATAR [3D]

Lirik Garis dan Bintang - Rumi

Ku teruskan langkah tari hidup sendiri
Bersama noda irama dunia
Ku teruskan langkah songsang kanan & kiri
Kerana pasti ada maaf buat kita

Maka sajikan ku dengan cintamu itu
Kerana ku kan pulang bawa garis & bintang

Ku teruskan langkah hala tuju mimpi
Bersama kertas pena & kamar minda
Ku teruskan langkah penat lelah ku ini
Kerana pasti ada hidup buat kita

Maka sajikan ku dengan cintamu itu
Kerana ku kan pulang bawa garis & bintang
Maka sajikan ku dengan cintamu itu
Kerana ku kan pulang bawa garis & bintang

Nabil - Saya tak gentar sebab filem itu tak rugi

“Saya belum terima surat saman yang dihantar SDAF Pictures (M) Sdn Bhd itu tapi saya tak gentar pun kalau mereka nak saman saya sebab filem itu bukan rugi pun,” kata Ahmad Nabil Ahmad.

Nabil, mengulas kenyataan pengarah filem Lu Pikirlah Sendiri, Aminah Raphor, 44, yang mengatakan pihaknya menerusi peguam sudah mengirim surat saman kepada beliau pada 24 Februari lalu. Nabil juga enggan komen lebih lanjut dan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. Bagaimanapun kata Nabil, apabila ada pihak menyaman pihak lain, tentu mereka mahukan sesuatu seperti menuntut ganti rugi.

“Tetapi filem itu tidak rugi. Dia kata saya membuat kenyataan negatif mengenai filem itu, tetapi saya hanya meluahkan pendapat saja. Saya juga tidak pernah keluarkan kenyataan jangan pergi menonton filem itu. “Selepas tersiarnya cerita dalam akhbar yang saya mengkritik filem itu, Aminah kirim SMS kepada saya minta buat permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar dan saya sudah pun melakukannya. Saya masih simpan SMS itu. “Sekarang dia minta saya berjumpanya pula. Dia yang mengambil barang saya (pinjam tagline Lu Fikirlah Sendiri) dan berjanji macam-macam dengan saya jadi kenapa saya yang mesti pergi berjumpa dengannya. Ketika saya ditawarkan berlakon filem itu, tiada siapa yang memberi garis panduan dan nasihat kepada saya.

Nabil disaman 2 juta kerana mengkritik filem sendiri

Gara-gara mengkritik filem lakonannya sendiri, juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, disaman RM2 juta oleh syarikat yang menerbitkan filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, SDAF Pictures (M) Sdn Bhd.

Mengesahkan perkara itu, pengarah Lu Pikirlah Sendiri, Aminah Rhapor, 44, berkata notis saman berkenaan sudah dihantar kepada Nabil di kediamannya di Sunway Damansara, dekat Petaling Jaya, pada 24 Februari lalu melalui Tetuan Hing & Alvin, Advocates & Solicitors.

Aminah berkata, Nabil diberi masa 14 hari dari tarikh berkenaan untuk memberikan maklum balas serta memenuhi segala tuntutan daripada pihak plaintif ke atasnya.

“Kami terpaksa menyaman Nabil kerana dia melanggar kontrak bersama SDAF. Nabil bukan saja memperlekehkan filem lakonannya sendiri, tetapi juga tidak menjayakan promosi filem ini seperti yang dijanjikan.

“Kesan daripada tindakan Nabil itu, ia memalit imej buruk ke atas filem ini dan menjejaskan reputasi produser serta saya sendiri sebagai pengarah.

“Sebenarnya kami tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana ia boleh diselesaikan secara baik. Kalau dari awal Nabil datang berbincang dengan saya mengenai apa yang dia tidak puas hati, perkara ini boleh diselesaikan secara baik.

“Bagaimanapun, selepas Nabil mengeluarkan kenyataan mengkritik dan memperlekehkan filem ini, dia langsung tidak datang berjumpa saya. Paling tidak pun, dia boleh berjumpa produser filem itu, Datuk Suhaimi Othman untuk minta maaf,” kata Aminah kepada Harian Metro (HM), semalam. Beliau berkata, pihaknya memahami jika jadual kerja Nabil padat, namun pelakon itu langsung tidak muncul mempromosikan filem pertama yang dibintanginya bersama Mila AF5 dan Lan Meet Uncle Hussain (MUH) itu.

“Saya tidak minta Nabil datang ke semua lokasi promosi filem kami itu kerana saya pun tahu dia sibuk, tapi kalau dia datang tunjuk muka sekejap pun saya tak kisah. Malah, Pengurus Pemasaran SDAF banyak kali cuba menghubungi Nabil dan pengurusnya, Latif, tapi hampa,” katanya.

Aminah berkata, pihaknya mengambil keputusan menyaman Nabil sebagai peringatan kepada artis lain terutama yang baru menceburi dunia lakonan.

“Apabila kita bekerja dengan syarikat mana pun, sudah tertulis dalam perjanjian tidak boleh mengutuk tempat kita mencari makan. Itu perkara asas dan ia turut terkandung dalam kontrak filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

“Sebab itu sebelum Nabil menandatangani kontrak berlakon, saya minta dia bawa balik kontrak itu dan baca dengan betul isi kandungannya. Kalau rasa tidak faham, boleh rujuk dengan peguam. “Kalau tak salah saya, Nabil ada membuat kenyataan dia memang tidak tahu yang dia tidak boleh keluarkan kenyataan memburukkan syarikat. Kalau dia membaca kontrak itu dengan teliti, tentu dia akan tahu semuanya ada.

“Memandangkan tindakan Nabil keterlaluan, ia memberi kesan kepada kami dan juga promosi Lu Pikirlah Sendiri. Jadi kami perlu bertindak bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. “Di sebalik apa yang berlaku, saya tidak akan serik untuk mengarah filem lagi. Namun, saya akan pastikan selepas ini tidak ada sesiapa pun akan pijak kepala saya lagi,” katanya.

Lu Pikirlah Sendiri De Movie masih ditayangkan di pawagam tempatan dan setakat ini memungut RM2.1 juta. “Saya percaya rezeki ditetapkan Allah S.W.T, tetapi sebagai manusia, kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Begitu jugalah misi filem ini. SDAF sudah mengatur pelbagai strategi untuk mempromosikannya, tapi Nabil merosakkannya. “Dari tarikh surat saman dihantar, Nabil sepatutnya sudah menerima surat itu. Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada Nabil ataupun pengurusnya, Latif,” katanya.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact