Barisan 12 Kunci Melodi Dan Lagu Ajai

Selepas sesi uji bakat diadakan di 3 buah lokasi berbeza iaitu di Wisma Bentley, Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya serta Sabah Institute of Art di Kota Kinabalu, akhirnya penerbit album dan komposer, Mohd Faizal Maas atau Ajai yang bertindak sebagai dekan bagi program realiti Keynote yang bertujuan mencari bakat muda dalam bidang penerbitan serta penciptaan lagu telah menemui 12 calon yang sesuai.



Kesemua 12 calon tersebut adalah Aqasen, Faan, Fynn, Hairul, Keroz, Khoo, Nazrin, Nero, Nomad, Rina, Shana dan Syukri. Setiap calon ini bakal menerima cabaran Keynote melalui kata semangat program iaitu kunci melodi dan lagu mulai 30 Jun ini dalam konsert Keynote yang ditayangkan di Astro Ria, setiap Rabu menerusi saluran 104.

Untuk mengetahui liku-liku kehidupan seharian peserta, penonton boleh menyaksikan Zon Keynote yang sudah pun mula dipertontonkan sejak 15 Jun lalu di Astro Ria pada setiap Selasa, jam 10 malam.

Dalam sidang media yang diadakan di Keynote Studio House iaitu tempat setiap peserta belajar,malam tadi, Ajai selaku dekan berkata , pemilihan 12 peserta ini telah dilakukan berdasarkan keseimbangan bakat dan pengetahuan masing-masing dalam bidang muzik.

"Untuk program ini, kami lebih utamakan keseimbangan bakat dan pengetahuan dalam bidang muzik. Oleh itu, akan bahagikan mereka melalui 2 kumpulan iaitu kumpulan berpendidikan muzik dan kumpulan yang hanya ada minat dalam muzik tanpa ada latar belakang muzik.

"Bagi saya, mereka ni semuanya sama saja dengan komposer yang sedia ada sekarang. Mereka cuma perlu ada karaktor sendiri saja. Apa yang penting juga , Keynote telah menyatukan komposer pelbagai genre dan kalau boleh saya mahu peminat menilai mereka melalui lagu hasil karya mereka dan bukannya pada paras rupa mereka," katanya.

Mengulas lanjut tentang penilaian setiap peserta, Ajai menjelaskan setiap minggu pendengar berpeluang mendengar prebiu lagu ciptaan peserta menerusi radio rasmi Keynote iaitu Sinar FM.

"Setiap minggu, penonton ada hak mutlak mengundi yang mana satu lagu yang bagus. Lagu-lagu tersebut boleh di dengari menerusi Sinar FM. Penilaian dibuat berdasarkan populariti lagu tersebut. Keynote juga akan memilih artis untuk menyanyikan lagu mereka.

"Mungkin ada juga antara mereka yang akan menyanyikan lagu mereka sendiri memandangkan semua boleh menyanyi. Tentang lirik pula, ada yang tulis sendiri selain ada kerjasama dengan penulis lirik profesional.

"Hanya akan ada 3 minggu penyingkiran dan pada minggu pertama ini tidak akan ada yang tersingkir. Bagi penyanyi yang dipilih untuk membawakan lagu setiap peserta ini pula , mereak tidak perlu membayar lagu hasil ciptaan peserta ini jika mereka mahukan lagu tersebut.

" Sebab, setiap lagu adalah hasil ciptaan peserta akan jadi hak milik Wake The Baby. Yang penting, saya mahu setiap peserta ini berkarya serta mendapat pulangan. Atas sebab itu, Wake The Baby telah menyediakan kontrak selama 3 tahun untuk setiap peserta," katanya.

Juara Keynote bakal berpeluang merebut hadiah wang tunai RM10,000 selain menerima banyak hadiah kejutan yang bakal diumumkan pada konsert finalnya nanti.

Cara untuk mengundi peserta kesukaan anda.

Komposer


Cara Mengundi



AQASEN


SMS: Taip KNAQASEN atau KN<3/5/10>AQASEN untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 AQASEN KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

FAAN

SMS: Taip KNFAAN atau KN<3/5/10>FAAN untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 FAAN KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

FYNN


SMS: Taip KNFYNN atau KN<3/5/10>FYNN untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 FYNN KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

HAIRUL


SMS: Taip KNHAIRUL atau KN<3/5/10>HAIRUL untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 HAIRUL KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

KEROZ


SMS: Taip KNKEROZ atau KN<3/5/10>KEROZ untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 KEROZ KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

KHOO


SMS: Taip KNKHOO atau KN<3/5/10>KHOO untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 KHOO KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

NAZRIN


SMS: Taip KNNAZRIN atau KN<3/5/10>NAZRIN untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 NAZRIN KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

NERO


SMS: Taip KNNERO atau KN<3/5/10>NERO untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 NERO KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

NOMAD


SMS: Taip KNNOMAD atau KN<3/5/10>NOMAD untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 NOMAD KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

RINA


SMS: Taip KNRINA atau KN<3/5/10>RINA untuk (3/5/10 undian) ke 32999.
Contoh : KN3 RINA KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

SHANA


SMS: Taip KNSHANA atau KN<3/5/10>SHANA untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 SHANA KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

SYUKRI


SMS: Taip KNSYUKRI atau KN<3/5/10>SYUKRI untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : KN3 SYUKRI KE 32999

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50.Kadar telco tertakluk.

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Generic Voting Mechanics

SMS: Taip KN atau KN<3/5/10> untuk (3/5/10 undian) ke 32999.

kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Teks oleh Razif Rosdi

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Barisan 12 Kunci Melodi Dan Lagu Ajai


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Barisan 12 Kunci Melodi Dan Lagu Ajai

Home | Disclaimer | Contact