Drama Resepi Cinta TV2

Setiap orang daripada kita pastinya memiliki azam dan impian yang ingin dicapai, apatah lagi ketika menjelangnya sambutan tahun baru. Pastinya semua orang mengimpikan kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya termasuk impian tiga anak muda yang mengisi plot drama bertajuk Resipi Cinta yang akan disiarkan menerusi TV2 pada 1 Januari ini jam 10 malam.

Drama yang bakal mengisi slot Citra terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd ini mempertaruhkan gandingan pelakon terkenal Fahrin Ahmad, Piere Andre dan Douglas Lim Yew Sim yang membawakan watak tiga pemuda yang tinggal di sebuah rumah walaupun masing-masing mempunyai latar belakang keluarga dan kerjaya yang berlainan.

Haikal adalah seorang tukang masak yang mudah jatuh cinta terhadap wanita yang ditemuinya. Dia ikhlas mencintai mereka dan mesti selalu di lamun cinta barulah dapat menghasilkan masakan yang enak dan lazat.

Sama ada wanita itu mencintainya atau tidak, ia tidak penting bagi Haikal. Jika moodnya tidak baik masakannya biasa saja dan yang boleh mengembalikan mood Haikal hanyalah perasaan cinta dan sayangnya pada wanita.

Dia tinggal berseorangan di rumah teres dua tingkat dan pada masa sama turut mengiklankan bilik untuk di sewa tetapi tiada seorang pun yang sesuai. Sehinggalah pada suatu hari muncul dua pemuda yang bakal menceriakan hidup Haikal hingga terjalinnya suatu ikatan persahabatan yang akrab antara Haikal si tukang masak, Khairul si pencinta seni dan Joshua seorang lulusan institusi pengajian tinggi.

Sukar untuk mempercayai yang Haikal, Khairul dan Joshua dapat hidup sebumbung. Khairul dengan khayalan dan dunia seninya, kadang-kadang suka menyendiri ketika menghasilkan karya dan kadang-kadang tak jemu mendendangkan lagu untuk persembahannya.

Itu saja kerja Khairul yang tidak suka mengemas, selalu kelihatan selekeh dan kurang berdisiplin. Ini melemaskan Haikal dan Joshua. Di mana saja Khairul duduk pastinya akan bersepah. Kalau ada temujanji pasti terlambat.

Bagi mengekalkan keharmonian, Haikal terpaksa menguatkuasakan peraturan di rumahnya. Pembahagian kerja perlu dilakukan. Haikal akan mengambil alih hal memasak, Joshua memastikan kekemasan rumah dan Khairul menghias rumah. Namun apakah kesudahan ketiga pemuda yang ingin mengejar impian mereka bagi tahun baru ini.

Konsert Ambang 2010

Amy Search, Ella dan dua kumpulan indie generasi baru, Hujan dan Bunkface antara daya tarikan yang menggamit penonton ke konsert Ambang 2010 pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka. Konsert ini kali kelima dianjurkan kumpulan AmBank sejak 2003.

Konsert ini mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sementara itu, Raja Azura dan Zainal Alam Kadir akan memikul tugas sebagai pengacara pada malam konsert yang dijangka bermula jam 8 malam.

TV2 pula akan menjadi penyiar rasmi dan akan disiarkan secara langsung pada jam 10.30 malam. Amy berkata, disiarkan di TV, tetapi ia tidak menghalang orang ramai menyaksikan konsert itu secara langsung di Dataran Merdeka.

“Suasana menonton di depan TV dan secara langsung sebenarnya memberi situasi berbeza. Dalam konsert itu, saya akan mendendangkan empat lagu, antaranya Isabella dan Fantasia Bulan Madu,” kata Amy pada sidang media konsert terbabit minggu lalu di Restoran Seri Melayu.

Bagi Zainal Alam Kadir, dia begitu teruja mengacarakan konsert itu di samping Raja Azura.

“Tak sangka, saya sekali lagi dipanggil AmBank untuk terbabit sama pada tahun ini. Ia satu pengalaman yang indah untuk dikenang dan harapnya ia satu permulaan yang baik untuk saya pada 2010,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, jumlah pengunjung Konsert Ambang 2010 akan daripada tahun tahun lalu yang menyaksikan kehadiran hampir 70,000 penonton.

“Terima kasih kepada DBKL kerana sudi bekerjasama lagi. Selain empat penyanyi utama ini, kita juga mengundang penari pelbagai budaya dan agama dalam konsep yang lebih muhibah seperti penyanyi Permata Negara, Sivakumar, Era, Sokagakai, Bhangra Gold Kartz dan The Singing Shop.

“Penari dan orkestra daripada DBKL juga akan turut sama terbabit menambahkan lagi warna dalam konsert ini. Apa yang kami persembahkan ini sebahagian daripada tanggung jawab sosial korporat kami kepada masyarakat tempatan dan pelancong,” katanya.

Turut hadir di majlis sidang media ini ialah Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.

Salleh berkata, apa yang dilaksanakan AmBank dan pihaknya adalah dalam misi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya berfestival. sejajar dengan hasrat untuk membawa imej baik kepada negara.

“Selain di Dataran Merdeka, sambutan juga akan diadakan di Bukit Bintang, KLCC dan Solaris, Mont Kiara. Cuma di samping kita seronok berhibur, masyarakat harus meletakkan kepekaan untuk menjaga tingkah laku dan kebersihan,” katanya.

10 kisah artis paling kontroversi 2009

Sepanjang tahun ini industri hiburan tanah air tidak kering dengan kisah panas artis yang menggemparkan, termasuk dibawa ke mahkamah syariah dan aduan polis dibuat.

Berikutan itu beberapa artis mendapat jolokan ‘artis paling kontroversi’ tahun ini. seperti Farawahida dengan Julfekar, Fasha Sandha, Faizal AF4 dan penceramah bebas, Akhil Hayy dengan Waheeda.

Terbaru pula membabitkan Remy Ishak dengan Ummi Nazeera serta perkahwinan pelakon Zizie Ezette dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Metro Ahad menyenaraikan artis paling kontroversi 2009 berdasarkan kisah panas mereka yang dibongkar sehingga tidak lekang menjadi perbualan.

Farawahida dan Julfekar

Farawahida Razali, 24, membuat tiga laporan polis terhadap komposer Julfekar Ahmad, 45, selepas mendakwa menerima ugutan bahawa gambar dan video lucahnya akan disebarkan kepada khalayak.

Farawahida atau Fara mendakwa keengganannya menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu menjadi punca dia menerima beberapa SMS bercampur ugutan.

Penyanyi itu mendakwa Julfekar yang sebelum itu bertindak sebagai pengurusnya turut mengasarinya sepanjang tempoh dia bersamanya.

Malah, kontroversi yang melanda dirinya tidak terhenti di situ apabila timbul khabar angin menerusi SMS menyatakan penyanyi terbabit cuba membunuh diri berikutan tekanan perasaan akibat pelbagai masalah hidup dialami.

Sekali lagi Fara muncul memperjelaskan keadaan sebenar dengan memberitahu dakwaan bunuh diri itu tidak benar.

Sehingga hari ini kes polis membabitkan Fara dan Julfekar belum selesai. Bagaimanapun Fara dan Julfekar terus aktif dalam aktiviti seni, manakala hubungan mereka masih dingin.

Remy Ishak dan Ummi Nazeera

Kontroversi timbul apabila hubungan istimewa pasangan itu menjadi tegang selepas Remy diserang sekumpulan tujuh lelaki ketika pementasan teater ‘Natrah’ yang mengakibatkan dia cedera di muka dan kaki.

Semuanya dikatakan berpunca daripada Remy atau Mohammad Zalimie didakwa memukul Ummi Nazeera hingga cedera di muka.

Kes pergaduhan dua artis ini mendapat publisiti meluas apabila pembantu rumah Ummi mengakui melihat Remy menghayun tangannya ke muka Ummi hingga pelakon wanita itu jatuh.

Malah, wajah Ummi yang cedera turut dirakam sebagai bukti dan disiarkan di akhbar. Ibu Ummi pula menulis surat terbuka kepada Remy menerusi media yang isi kandungannya meminta Remy berkata benar.

Remy ketika diminta mengulas surat terbuka itu tetap mempertahankan kenyataan dibuatnya sebelum ini.


Akhil Hayy dan Waheeda

Pada mulanya pasangan ini tidak mengaku menjalin hubungan cinta tetapi akhirnya berkahwin pada 16 Ogos lalu.

Perkahwinan Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, dengan penyanyi Norwahida Abdul Wahab atau Waheeda, 31, menamatkan spekulasi hubungan mereka yang menjadi tanda tanya media dan peminat.

Sebelum itu Akhil berdepan tuntutan cerai daripada bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, dan pengakuan terbuka Maizawati yang mendapat liputan meluas media.

Perbicaraan perceraian mereka menjadi topik perbualan hangat hingga mereka disahkan bercerai. Maizawati dan Akhil bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak melalui proses rundingan secara sulh dengan Maizawati mendapat hak penjagaan keempat-empat anak iaitu Siti Nur Maisarah, 12, Mohd Syarif Idayatullah, 11, Mohd Syakir Idayatullah, 8, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 2.

Akhil terus mencetuskan kontroversi apabila dakwaannya bahawa segelintir artis tersohor tanah air menjadi tali barut dengan menyebarkan ajaran sesat sehingga menghalalkan perbuatan tidak bermoral termasuk bersekedudukan, berzina dan meneguk minuman keras menjadi antara pendedahan paling kontroversi.

Disebabkan pendedahannya, Akhil dikecam penyanyi rock tanah air, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, yang mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba ‘mentarbiah’ artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.


Fasha Sandha

Nama pelakon ini panas kerana dikatakan menjadi punca perkahwinan Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli retak hingga membawa kepada perceraian.

Kisah gambar kemesraannya bersama Rizal yang tersebar di Internet turut menghangatkan lagi gosip hubungannya.

Selain itu Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha, 25, membuat kenyataan mengejut akan menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya tahun depan.

Serentak itu, ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang dikatakan menjadi teman istimewanya turut menyatakan akan berkahwin dengannya. Bagaimanapun, Qabil tampil mengakui tidak jadi menikahi pelakon terbabit.

Kisah kontroversinya bagaikan tidak terhenti di situ saja apabila Nora Danish menarik diri daripada berlakon dalam drama bersiri Spa Qistina yang turut dibintangi Fasha.



Zizie Ezette dan Datuk Bung Moktar Radin

Kisah perkahwinan ‘rahsia’ pelakon Zizie, 31, dengan Bung Moktar, 54, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mencetuskan isu hangat di media massa, apatah lagi masing-masing mulanya menafikan hal itu.

Sebelum mengesahkan pernikahan mereka, Bung Moktar yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan pernah mengatakan dirinya tidak kacak untuk pelakon berkenaan.

Malah, kenyataan beberapa pihak, termasuk kenalan rapat ahli Parlimen terbabit yang menyatakan ‘semuanya sudah selamat’ mencetuskan polemik sama ada mereka benar-benar berkahwin atau sebaliknya.


Natasha Hudson

Kisah perkahwinan singkat pelakon dan model jelita, Natasha Liana Hudson, 27, mengundang kontroversi apabila menjadi artis paling singkat menjalani alam perkahwinan apabila dua kali kahwin dan cerai.

Perkahwinan kali kedua bersama ahli perniagaan dan politik, Datuk Shahrin Zahari, 28, hanya bertahan dua tahun apabila mereka bercerai sebulan lalu.

Sebelum itu, dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Faiz Mohd Raih, 28, tetapi hanya mampu bertahan empat bulan.


Aliff Aziz

Penyanyi remaja, Aliff Aziz, 18, mengakui bercium dengan seorang gadis di sebuah kelab malam selepas tiga gambar aksi panasnya tersebar di Internet.

“Saya mengaku itu gambar saya dan ia kesilapan paling besar saya lakukan,” kata Aliff.

Aliff atau nama sebenar Md Aliff Aziz berkata, penyebaran gambar itu bukan saja memalukannya, malah keluarga dan peminatnya.

“Saya berada di tempat salah, pada masa yang salah (ketika gambar itu diambil). Saya tak tahu apa niat orang yang menghantar gambar itu (ke Internet) tapi saya tahu ramai tersinggung dengan saya.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung. Kepada pihak yang kecewa, saya harap mereka tidak menilai saya disebabkan gambar itu,” katanya.

Tiga gambar terbabit memaparkan Aliff berpelukan dengan seorang wanita yang kelihatan lebih berusia daripadanya sebelum berkucupan dipercayai di sebuah kelab.

Gambar itu diedar menerusi e-mel selain disiarkan di beberapa blog hiburan, menyebabkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang itu dikritik pengunjung laman web berkenaan.



Tiz Zaqyah

Aktres jelita, Siti Zaqyah Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Tiz Zaqyah menghangatkan dunia hiburan apabila gambarnya berpakaian seksi bersama rakan tersebar di Internet.

Tiz Zaqyah, 21, yang popular menerusi watak Nur Amina dalam drama bersiri Nur Kasih, bagaimanapun secara jujur mengakui kesilapannya dan berkata gambar itu diambil sekitar tahun lalu.

“Ini satu pengajaran kepada saya. Bila kita masuk dalam industri (hiburan) ini, kehidupan peribadi menjadi perhatian umum.

“Memang sukar menutup mulut orang lain tetapi ini asam garam sebagai anak seni, namun saya mengambil pengajaran daripada kesilapan itu.

“Saya mohon maaf atas salah dan silap,” katanya mengulas perbuatannya.



Faizal (AF4)

Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 25, berkahwin secara senyap dengan seorang gadis tanpa pengetahuan keluarganya dua bulan lalu.

Bapanya, Ramly Yaacob, 60, dalam satu laporan akhbar menyebut, pihaknya hanya mengetahui berita perkahwinan anaknya menerusi panggilan dan tidak tahu lokasi sebenar majlis perkahwinan itu.

Dalam laporan itu, Ramly hanya mengenali gadis yang dikahwini Faizal sebagai Norasyikin, 23, dari Temerloh, Pahang, iaitu pelakon tambahan Momok The Movie yang juga dibintangi Faizal.

Dia berkata, Faizal sebelum itu pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin, namun mereka sekeluarga menganggap ia satu gurauan.

Radhi OAG

Vokalis kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali, 32, atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG dikenakan waran tangkap kali ketiga oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya selepas beberapa kali gagal hadir kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Shazlin Sharif, 31.

Radhi yang tidak pernah diwakili peguam, sebelum ini pernah menerima dua waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah sama untuk kes pengesahan perceraian pertama yang dilafaz pada 15 September 2008.

Oleh ISMA ISMAIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan AZAM SHAH YAACOB

Program realiti tarian Showdown 8TV

8TV memulakan pencarian bakat baru dalam tarian untuk menyertai program realiti terbitannya, Showdown yang akan mula disiarkan pada Mac depan.

Sesi uji bakat akan diadakan bermula 9 hingga 31 Januari depan. Hadiah wang tunai RM50,000 menjadi ganjaran dan umpan untuk terus memastikan misi mencari bakat tarian ini berjalan. Tarian jalanan atau street dance menjadi genre tarian yang diutamakan dan setiap kumpulan diwakili lima hingga ketujuh orang penari.

Uji bakat terbuka tanpa ada batas usia, namun bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, berkata idea menghasilkan program terbabit adalah susulan daripada kejayaan yang dilakar menerusi program So You Think U Can Dance (SYTUCD).

“Ini peluang kepada mereka yang meminati bidang tarian mengetengahkan bakat yang ada ke pasaran lebih besar. Program ini menjadi pendedahan terbaik untuk mencuri perhatian dan ruang kerjaya profesional pada masa mendatang.

“Kami tak membataskan untuk peserta amatur semata-mata. Peserta profesional juga dialu-alukan,” katanya ketika sidang media program terbabit diadakan baru-baru ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail.



Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, undian SMS juga dipraktikkan. Bagaimanapun peranan juri profesional yang dipilih akan membantu peserta berbakat yang kurang undian untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Joe Flizzow dan Maple Loo diberi tanggungjawab sebagai juri kerana kelayakan bidang mereka bukan satu persoalan lagi. Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim pula sebagai pengacara. Dengan keupayaan Hafiz berbahasa Inggeris dan Melayu serta kelincahannya, dia calon terbaik mengemudi program ini,” kata Kim lagi sambil ditemani penerbit Showdown 2010, Zebedee De Costa.

Sementara itu, Joe Flizzow yang ditemui berkata, usaha yang dilakukan 8TV ini wajar dipuji. Dia menafikan bahawa kerjaya tarian ini tidak mempunyai masa depan dan sekadar suka-suka.

Joe yang mula dikenali menerusi Too Phat, berkata persembahan tarian juga sudah mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

“Menerusi pengalaman dan pengamatan saya sendiri, ada daripada mereka yang menjadikan bidang tarian sebagai hobi sejak di bangku sekolah lagi. Malahan cabang ini juga dimanfaatkan untuk tujuan berfaedah seperti bekerjasama dengan organisasi tertentu dan penaja. Kalau dibuat dengan konsisten, bidang ini turut boleh jadi mata pencarian.

“Tapi untuk terus mendapat kerjaya yang stabil, mereka perlu berorientasikan bisnes. Saya ada kawan yang sudah boleh membuka studio tarian. Bukan bidang ini saja, bidang lain pun kalau kena gayanya memang akan ada masa depan. Negara kita juga sudah ada wakil penari yang diamanahkan bertanding ke peringkat luar negara.

“Jika dulu bidang ini lebih dikuasai Korea, Jepun dan Filipina. Tapi sekarang, negara kita juga boleh bersaing dan mencapai kejayaan yang sama seperti negara terbabit. Kita sebenarnya ada bakat mentah yang tercicir dan selalunya saya nampak di pertandingan tarian. Harapnya dengan wujudnya program ini mereka boleh mencuri peluang,” katanya.

Peserta AF8 Perlu Lalui Ujian Personaliti

Setelah tujuh musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, ujibakat Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) kali ini adalah lebih ketat.


Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata ujibakat kali ini akan dilakukan secara tiga peringkat yang mana bagi memastikan peserta yang dipilih adalah yang terbaik dan mempunyai pakej seorang penghibur.

"Kali ini calon akan melalui tiga peringkat pemilihan iaitu peringkat pertama dari segi mutu suara, peringkat kedua adalah dari segi kualiti sebagai penghibur dan peringkat akhir adalah penilaian perwatakan atau personaliti peserta.

"Peringkat ketiga merupakan final bagi menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak menjadi pelajar AF musim ini, kita tidak mahu mereka hanya mempunyai suara yang bagus atau rupa paras yang menarik malah mempunyai perwatakkan dan keyakinan diri yang tinggi.

"Di situ kita akan adakan ujian penilaian dari segi perwatakan seperti bahasa badan, riak wajah dan bagaimana mereka menghadai tekanan, ini adalah persedian apabila mereka keluar dari akademi mereka mampu untuk berdiri sendiri" ujar Azlin.

Tambahnya,juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussain dan guru vokal Syafizawati Shariff (Cikgu Syafi).

Manakala dua pakar motivasi iaitu Dr Fazley Yaakob dan Dr Azahari Othman juga dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar.

Seperti musim lalu, AF8 juga masih membuka peluang kepada warganegara Singapura dan golongan artis yang tidak bernaung dimana-mana syarikat rakaman.

"Walaupun tahun lalu penyertaan dari warga Singapura agak kurang kerana tidak tahu tentang program ini, tapi kali ini saya pasti sambutan lebih menggalakkan kerana Astro Ria bakal ditonton oleh seluruh warga Singapura mungkin pada Mac tahun hadapan," katanya. Sesi ujibakat bagi mencari juara baru akan diadakan di:

Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 9 - 10 JanThe Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 16 - 17 JanRedbox Gurney, Plaza Gurney, 16 & 17 JanHotel Promenade, Kota Kinabalu, 22-24 JanHotel MARDEKA Palace, Kuching, 23 & 24 JanStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 30 & 31 Jan

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18-45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilihan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap - Stacy2. Jika Kau Ubah Fikiran- Mila3. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah4. Dan Sebenarnya - Yuna5. Di Taman Teman -Siti Nurhaliza6. When You’re Gone - Avril Lavigne

Manakala lagu pilihan peserta lelaki:

1. Situasi -Bunkface2. Hujan -Sudirman3. Ada Untukmu -Nubhan4. Berdendang Dalam Tangisan -Jamal Abdillah5. Fikirlah -Aizat6. I’m Yours -Jason Mraz

Sementara itu, sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 dan 17 Januari.

Lirik Lagu Siapa Orangnya - Wana

Lirik Lagu Siapa Orangnya - Wana

Persoalanmu
Tentang dia membuat aku
Jadi keliru

Bukannya mudah
Ku percaya oh pada cinta
Aku tertanya-tanya

Tiba-tiba kau s'lalu hubungi ku,
Bernada cemburu

CHORUS
Siapa, siapakah
Oh orangnya,oh oh siapa dia?
Mengapa, mengapakah
Kau bertanya? oh oh oh..

Perkenalan ku
Dengan dia, tak kurasa kan
Ada cinta

Tidak bermakna
Ku mengharap, kita berdua
Oh kembali bersama

Tiba-tiba kau muncul di depan ku,
Wajah cemburu

REPEAT CHORUS

BRIDGE

Lama ku nantikan
Siapakah
Bisa membawa, hati ku berlayar oh
Ke alam cinta, laut asmara,

Adakah dirinya, ku tak pasti, siapa?

Lirik Lagu Jangan Sakiti Hatinya - Andy Rif

Lirik Lagu Jangan Sakiti Hatinya - Andy Rif

Jangan kau bersedih.. sayang...
Esok kan berganti.. sayang...

*
Masihkah kau Ingat Sayang
Gadis Yang Pernah Kau Sayang
Dia Menunggumu Sayang.. cintanya

Kau Berikan Dia Janji
Kau Berikan Dia Cinta
Yang Indah

**
Jangan-Jangan Kau Sakiti Hatinya
Jangan Lagi Sayang..
Jangan-Jangan Kau Hancurkan Cintanya
Jangan Lagi Sayang..

Sedangkan Bunga Tak Ingin Layu
Sedangkan Hujan Bernyanyi Merdu
Jangan-Jangan Lagi
Kau Redupkan Cinta Yang Indah Ini

***
Kau Nyanyikan Lagu Sayang
dan Tentang Rembulan Yang Indah
Semua Lagu-lagu Indah Yang Darimu

Kau Berikan Dia Mimpi
Kau Berikan Dia Senyum
Yang Indah

Back To **


Biodata Jehan Miskin

Biodata Jehan Miskin

Nama Penuh : Mohd Jehan Bin Miskin
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Kerjaya : Pelakon, Model
Filem: Qaisy & Laila (2005); Gong (2006); Nana Tanjung (2006); Nana Tanjung 2 (2007); Anak Halal (20070; Skrip 7707 (2007) dan Merong Mahawangsa (2009)
Antara Drama: 5 Jingga; Manjalara; Incredible Tales (Singapura); Senja Di Ufuk Timur; Ejen 016; Kasih Di Bawah Bayu; Frontpage; Inspirion; Life Line (Singapura); Di Pinggiran Hati; Seiras; Dan Jendela Pun Terbuka; Gila-Gila Pengantin; Bunga Senja; Traffic Light dan Miftahul Jamilah.

Biodata Scha Al-Yahya

Biodata Scha Al-Yahya

Nama Penuh: Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Asal: Sungai Petani, Kedah
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
Pencapaian: Dewi Remaja 2006/2007
Filem: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
Drama: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu dan Awan Dania 2
Pengacaraan: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
Komersial: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, Celcom, My EG dan Bio Essence

Daftar sebagai Sahabat Radio24

Daftar sebagai Sahabat Radio24, hantarkan SMS dengan menaip R24 DAFTAR [NAMA] [NRIC] [EMAIL] dan hantarkan kepada 32728.

Sahabat Radio24 yang telah berdaftar boleh kemaskinikan maklumat NRIC dan EMAIL dengan menaip R24 SET EMAIL shahrul@dapat / R24 SET MYKAD or IC xxxxxxxxxxxx

http://www.radio24.com.my/

Drama Senja Permai Astro Prima

SENJA PERMAI sebuah drama bersiri yang mempunyai 68 episod. Ikutilah kisah menarik suka duka tiga keluarga yang akan disiarkan di Astro Prima (Saluran 105) Disember ini.

Drama ini telah diarahkan mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton daripada semua peringkat umur drama ini sememangnya sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.


Kisah tiga keluarga ini bermula dengan Rahman lakonan Norman Hakim yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air bersama isterinya Shazlina (Marissa Yasmin) dan anak mereka, Danial (Aeril Zafrel) dan Yasmine (Elfira Loy) selepas lapan tahun mencari rezeki di di New York.

Zahirnya keluarga Rahman nampak tenang, namun ada konflik yang besar. Shazlina pernah menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat meninggalkan parut yang amat dalam di jiwa Rahman. Sejak kembali ke Kuala Lumpur, dia tidak melupakan kecurangan Shazlina.

Sementara itu, Nik Mazlan (Hafizuddin Fadzil) adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha (Ainul Aishah), Adeena ( Lisa Loy) dan Ameena (Erin Ezzryn) serta suami kepada Khaleeda (Dian P.Ramlee). Konflik awal buat dirinya ialah dia tidak dihormati oleh seorang pegawai wanitanya, Laila, sekali gus mencabar egonya.

Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mula merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda berasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan. Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan ini amat tidak disenangi Nik Mazlan dan Khaleeda.

Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, sudah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan saja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.

Kisah di Senja Permai ini tidak lengkap tanpa watak Hairi (Faizal Hussien) seorang ahli perniagaan berjaya yang kelihatan baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kaya. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama.

Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi (Zarina Zainuddin) amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama. Walaupun beberapa kali dipinggirkan dan menjadi bahan jenaka, Mimi tetap berusaha. Hairi dan Mimi belum dikurniakan anak, namun itu tidak pernah menjadi konflik perhubungan mereka.

Laman Web Senja Permai

Biodata Faezah Elai

Biodata Faezah Elai


Nama sebenar: Noor Faezah Elai
Tarikh lahir: 16 Ogos 1982
Asal: Pulau Pinang
Akademik: Diploma Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kerjaya: Model, hos TV dan pelakon
Iklan komersial: Celcom, Radox, Varnish dan Olay
Drama/telefilem: Cinta & Keadilan, La Dolce Amira, Enigma, Sutera Maya, Pemanduku Jutawan dan Hartamas
Program TV: Mango TV, Inspirasi Comel, Gegar U dan Hypermarket Saga
Filem: Otai
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 (KL Fashion Week 2006) 50 Gorgeous People (Female Magazine).

Aduan Rakyat di TV3 mulai 6 Januari


Stesen televisyen terkemuka, TV3 akan menyiarkan sebuah program majalah bertajuk 'Aduan Rakyat' bermula 6 Januari depan, khusus untuk mengetengahkan aduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program 13 episod dengan tagline 'TV3 Ambil Berat' yang bersiaran selama 30 minit setiap Rabu jam 9 malam itu akan memberi fokus kepada masalah rakyat termasuk komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu pengguna, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, pengangkutan awam dan perkhidmatan sektor awam.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Ahmad A Talib, berkata program itu tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkaitan sebaliknya bertujuan memaparkan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari penyelesaian dengan kerjasama kerajaan tempatan, pemaju dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Tidak semua masalah rakyat diketahui oleh pihak berwajib, justeru kita akan memainkan peranan untuk mengetengahkan masalah itu bagi perhatian mereka.



"Kita akan memastikan laporan dilakukan dengan adil dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya selepas pelancaran logo Aduan Rakyat di Sri Pentas di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Beliau berkata, TV3 menerima banyak aduan melalui emel namun tidak semuanya dapat diberi perhatian kerana tempoh bagi siaran berita agak terhad.

"Justeru, aduan rakyat adalah platform terbaik rakyat Malaysia membuat apa saja aduan," katanya.

Beliau berkata, penonton boleh mengetahui mengenai penyelesaian bagi sesuatu isu melalui Buletin Utama sebelum mengikuti perkembangan dan susulan selanjutnya dalam Aduan Rakyat.

Katanya, program yang diterbitkan Hisham Abdullah dari Primeworks Studios itu akan dikendalikan sepasukan wartawan berkaliber termasuk pemenang anugerah Laporan Berita Terbaik Anugerah Skrin 2009, Karam Singh Walia, Jaffry Azman Dahalan, Puspavathy Ramaloo dan Loo Tung Seang.

Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh membuat panggilan atau menghantar e-mel ke TV3 atau mengisi borang aduan yang disediakan di peti Aduan Rakyat di setiap lokasi Karnival Jom Heboh pada tahun depan dan melayari laman web www.tv3.com.my/ aduanrakyat.

Lirik Lagu Sepenuh Hati - Spoon

Lirik Lagu Sepenuh Hati - Spoon

Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu

Lirik Lagu Pergilah Ayu - The Fabuluos Cat

Lirik Lagu Pergilah Ayu - The Fabuluos Cat

Verse adeep
Kosong hidupku tanpa mu
cerminku membayangkan
bayanganmu
pameran kaseh ku layu
tiada dirimu tiada untukku

Verse zizi
Tinggalkan ku dlm angan ku
sakitku mencintaimu
deritaku
merinduimu
lemah hati menginginkanmu

Verse adeep

Kau hilang terus kau menyepi
tawaku bila ku ketahui
berita kau sudah berpunya
hancur hatiku
berkeping keping jadinya

Verse wangi
Hilangku bukan kerana cinta
hilang
ku bukan untuk menyeksa
bagiku semua tiada berharga
biarku telan semua
derita

Chorus 1
Pergilah kau pergi dariku
biarkankujalani hidup
tanpamu
tiada cinta dan kasehmu
meski hati merelai

rap cat

Mati hariku
dikotak sepi
di situ kau mula mahu mengenalinya
langkah ku songsang mula ku
sedari
semula ku hias kau jauh dah pergi ya

Putus komunikasi kau elakkan diri
ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
ku ingatkan kau memori kau
tutupkan telinga
nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

YA
ALLLAH
MAHA PEMURAH DAN MAHA PENCIPTA
terima kasih atas pertemuan antara aku
dan dia
jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
kikiskanlah pesonanya
dari kedua mata

dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
bahagia kanlah
mereka ku doakannya
pada MU kupohon sucikan hatiku
sehinga dapat melaksana
kehendak dan rencana MU
AMIN

Chorus 2

Pergilah pergilah ayu
jangan kau
hiraukan tentang diriku
pergi kau pergi kau ayu
kuanggapkan ini satu
tragedi

Verse adeep
Kau hapuskan semua yang kita bina
kau hancurkan
harapan ku
untuk hidup bahgia bersamamu

Verse wangi
Berkali kau
bersumpah untuk berubah
tapi janji kosongmu
tak sudah sudah,entah sampai
bila
kaulepaskan saja aku

chorus 2

Pergilah pergilah ayu
jangan kau
hiraukan tentang diriku
pergi kau pergi kau ayu
kuanggapkan ini satu
tragedi

chorus 1

Pergilah kau pergi dariku
biarkankujalani hidup
tanpamu
tiada cinta dan kasehmu
meski hati merelai

Biodata Nadia Aqilah Bajuri

Biodata Nadia Aqilah Bajuri


NAMA: Nadia Aqilah Bajuri
PANGGILAN: Nadia
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1985
UMUR: 24 tahun
BINTANG: Leo
DRAMA: Emel Emelda, Sinderella, Merah Putih, Puteri Rania dan Tari Tirana
KERJAYA: Pelakon dan penyanyi
IDOLA: P Ramlee, Meryl Streep, Aretha Franklin, Stivie Wonder dan Janet Jackson.

Ida Nerina bantah permohonan cerai suami

Ida Nerina bantah permohonan cerai suami


Pelakon Ida Nerina Hussain membantah permohonan cerai yang dikemukakan suaminya, Sha'arin Mohd Razali, bekas ahli kumpulan Blackrose, yang dibuat bulan lalu.

Bagaimanapun bantahan awal Ida itu dikemukakan menerusi peguam Akbardin Abdul Kadir di Mahkamah Syariah di sini, hari ini berikutan aktres berkenaan kini sedang menjalani rawatan di India.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin kemudian menetapkan 22 Januari depan bagi Ida menghadiri sendiri prosiding mahkamah untuk membela diri.

Lirik Hidup Penuh Bicara - Siti Nurhaliza

Lirik Hidup Penuh Bicara - Siti Nurhaliza

Hidup penuh bicara
Ada benar ada dusta
Kuhanya manusia
(Yang) ingin kenal erti cinta

Langkah demi langkah
Ada tenang ada resah
Kuharungi dengan pasrah
Hidup begitunya lumrah

Ada kalanya aku terluka
Ada pun pula aku gembira
Umpama roda berputar masa
Begitu juga yang tak kusangka

Bersama kita mendaki
Kau dan aku serasi
Yang lalu dan yang kini
Kita lewati

Segala mimpi-mimpi
Segala janji-janji
Segala yang dinanti
Kita kecapi

Percaya dalam diri
Hati yang berani
Silih masa berganti
Tetap pendirian ini

Yang pergi yang kembali
Hidup bagai mimpi
Wajahnya bertukar ganti
Cinta tetap dihati

Album terbaru Rabbani - Mahabbah


Dapatkan album terbaru Rabbani berjudul Mahabbah yang menampilkan Zulkiflee Azman sebagai vokalis utama Rabbani. Sebanyak 8 buah lagu nyanyian Zulkiflee Azman dan termasuk lagu 'Inikah Petanda' nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bersama Mawi. Boleh dapatkan secara eksklusif di www.rabbani.com.my

Lirik Lagu Ku Akui Cinta - Aiman

Lirik Lagu Ku Akui Cinta - Aiman

I
Aku mula merasakan
Terbitnya kasih bagai mentari
Menyinar terang waktu siang

II
Waktu telah menyatukan
Keihlasanmu kejujuranku
Di dalam satu pertemuan

Korus
Dan bila aku akui cintamu
Mula bertapak mula bertakhta
Hilanglah sudah kisah duka lama
Dan kita mula melangkah berdua
Seiiring sesama dalam kembara
Mengenal apa itu erti cinta

III
Kini ruang kekosongan
Mula terisi dan dilakari
Seribu satu warna kasih

Korus

Bridge
Akan datang
Akan datang badai taufan yang menghempas
Badai taufan yang menghempas dan mencabar
Namun kita mesti tabah dan teruskan perjalanan ohh ohhh

Korus

Outro
Waktu telah menentukan
Keihlasanmu kejujuranku
Jadi satu

Tajuk: Ku Akui Cinta
Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Pawaka (Arteffects Production)
Hakcipta: Arteffects Production
Artis: Aiman
Album: Kompilasi CINTA - Cinta Ilahi Cinta Insani

Lirik Lagu Rintihan - Hijjaz

Lirik Lagu Rintihan - Hijjaz

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Lirik Selalu - Fauzie Laily

Lirik Lagu Selalu - Fauzie Laily

Selalu
Memang benarku mengaku
Masaku selalu
Dicuri tugasan
Hingga ada kalanya
Kau tpaksa mnunggu diriku
Di situ..

Jgn pula engkau menyangka
Ku tak amik kisah
Kerna kau perlu tahu
Meskipun jarak memisah
Kau tetap hadir
Di hatiku selalu

Selalu namamu dilaung
dalam sanubari
Yg merindu belaian kasih
Dan ku berdebar tak sabar
menanti
Saat ku kembali bersama di sisi

Hingga tiba waktu itu
Tak usah kau pilu
dan ingatlah selalu
Dalam kesibukan hidup
Wajahmu terbayang
Di mataku selalu

Selalu namamu dilaung
dalam sanubari
Yg merindu belaian kasih
Dan ku berdebar tak sabar
menanti
Saat ku kembali bersama di sisi

Tiada khabar tak bererti
Ku pencilkan diri
Cuma tak berkesempatan
Meluahkan perasaan
Cintamu ku agungkan
Sayangku..
Selalu...

Astro Box Office siar Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza

Membuka tirai menyambut 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif pada 1 Januari depan, jam 8 malam menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).

Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events untuk menyaksikan konsert ini pada harga tambahan RM10. Siaran ulangan konsert itu akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami berbesar hati membawakan konsert terbabit yang menggabungkan dua nama besar iaitu M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza secara langsung dari Esplanade, Singapura.

“Kehebatan dua ikon seni ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu memberi impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempesonakan,” katanya.

Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini sudah habis dijual dalam masa seminggu saja dan tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal.

“Sehubungan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 saja. Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna.

“Inilah tawaran istimewa buat pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami. Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events, ia dapat memberi kesempatan kepada peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di Esplanade, Singapura,” katanya lagi.

Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, pelanggan Astro boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 atau menerusi SMS dengan menghantar teks ABOMSAKTINo.IC dan hantarkan ke 32888. Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untuk melanggan bermula 22 Disember ini dan ditutup pada 10 Januari 2010.

Biodata Ainul Aishah

Ainul Aishah

Nama penuh: Ainul Aishah Azizun
Tarikh lahir: 16 April 1985
Asal: Kuala Lumpur
Filem: Nana Tanjung 1 dan 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria
Drama: KL Menjerit The Series, Enigma, Merah Puteh, Keliwon, Cinta Balqis dan Anak Mami
Iklan: Hotlink, Maxis, Maggie, Bursa Malaysia, iTalk TM, Clean & Clear, RHB dan Jusco.

Ainul Aishah mula terbabit dengan kerjaya lakonan pada November 2006, apabila Prof A Razak Mohaideen memberikan peluang muncul di layar perak menerusi filem arahannya, Nana Tanjung I dan II diikuti Otai serta Skrip 7707.

Selepas berlakon di bawah arahan Razak, Ainul dipilih oleh James Lee untuk berlakon dalam filem arahannya, Histeria. Ketika ini, Ainul selesai berlakon untuk dua drama iaitu Cinta Balqis yang kini disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, dan Senja Permai untuk saluran Astro Prima. Dia juga antara pelakon drama bersiri Spa Qistina musim terbaru yang kini sedang rancak membuat penggambaran.

Sinopsis Drama Siri Aliff Firdaus

ALIFF FIRDAUS - Mulai 11 Disember, Setiap Jumaat, 9 mlm, TV3

SINOPSIS:
Aliff Firdaus (Beego) mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi (NAsir Bilal Khan) melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina (Fadhilah Mansor) pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira (Irma HAsmie), gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur.


Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?

Drama bersiri Aliff Firdaus sebanyak 26 episod ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

Arahan Rashid Sibir, selain Beego menampilkan Fadhilah Mansor (Hajah Mina), Zed Zaidi (Shahril), Fezrol Khan (Isa), Jasmin Hamid (Siti Khadijah), Kuza, Maria Farida, Khatijah Tan dan Rahim Jailani.

Lirik lagu Hafizah Sembilan Band

Lirik lagu Hafizah Sembilan Band

Hafizah kau gadis yang paling cantik
hafizah kau gadis yang paling manis
hafizah kau gadis yang paling seksi
hafizah kau gadis yang paling baik

Sungguh tak mengerti ini bisa terjadi padaku
ku cinta padamu, ku sayang padamu
oh hafizah

reff:
Sungguh mati ku ingin bisa mendapatkan dirimu
walau begitu jauh tuk bisa berjumpa denganmu
sungguh mati ku ingin bisa mendapatkan dirimu
walau begitu jauh tuk bisa berjumpa denganmu

Kau dengar hatiku yang mencintamu sejak dulu
jangan menggodaku, ragu kepadaku
oh hafizah

repeat reff [2x]

Lirik Lagu Primadona - Stacy

Lirik Lagu Primadona - Stacy

Hei...
apa makna jelingan
jika ku tak perasan
kau sedang cuba tuk menegur

Walau sungguh tak ditawar
bukannya berlagak besar
mungkin fikiran sedang terganggu

Kerana aku bukan primadona seperti kau gambarkan
ku hanya la watak dibelakang pelakon utama
aku bukan primadona seperti kau gambarkan
manusia serba serbi sederhana
aahh oww aahhhh

Tiada masalah jika
ingin beramah mesra
asal tak harapkan sesuatu

Tapi jangan tersinggung pula
itulah yang diperlawa
atas sebab-sebab tertentu

Kerana aku bukan primadona seperti kau gambarkan
ku hanya la watak dibelakang pelakon utama
aku bukan primadona seperti kau gambarkan
manusia serba serbi sederhana

Mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari

Huuu...
jangan kau salah sangka
tak kenal maka tak cinta

Kerana aku bukan primadona seperti kau gambarkan
ku hanya la watak dibelakang pelakon utama
aku bukan primadona seperti kau gambarkan
manusia serba serbi sederhana

Mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari
mari mari mari mari mari mari

Manusia serba serbi sederhana

Lirik Lagu Seribu Jelingan - Sixth Sense/ Wann

Lirik Lagu Seribu Jelingan - Sixth Sense / Wann

Jelingan saja, jelingan biasa
Jelingan asyik, jelingan menggoda
Jelingan manja, jelingan menduga
Jelingan kasih, jelingan asmara

(*)
Jelingan tajam, jelingan tak suka
Jelingan manis, jelingan menghias
Jelingan tepat, jelingan bermakna
Satu isyarat darilah jiwa
Mudah ditafsir senang dibaca

Lamaran rindu bersulam cinta
Sudah berbalas, sudah sekata …..

Kalau dah sudi hendak tunggu apa lagi
Luahkanlah isi hati supaya ku mengerti
Supaya tak ternanti tercari cari lagi
Satu isyarat darilah jiwa
Mudah ditafsir senang dibaca

Lamaran rindu bersulam cinta
Sudah terbalas, sudah sekata …..

Jeling-jelingan, meragam masih
Jeling-jelingan, panah nurani

(Ulang dari *)

Lirik Lagu OST Nenek Kebaya - Diana Rafar

Lirik Lagu Tema Nenek Kebaya

Tersebut kisah dahulu kala,
Kasih terpisah dalam sengketa,
Biar tersimpan sumpah dan dendam,
Tujuh keturunan tidak terpadam.

Intan sari menuntut bela,
Nenek Kebaya menjadi mangsa,
Biar kesumat membujur tiba,
Kuasa tuhan tiada bandingnya.

Lirik Bagaimana (OST Sumpah Bunian) - Enava Ft Marnee

Lirik Lagu Bagaimana (OST Sumpah Bunian) - Enava Feat Marnee

Bagaimana harusku lepaskan
Ketulusan diri di hati
Bagaimana harusku buktikan
Kesucian cinta di jiwa

Tergamaknya hatimu
Membiarkan jiwaku
Berderai jadi abu

Kau menghancurkan segala
Yang telah kita bina
Pedihnya..

Kau menghancurkan segala
Yang telah kita semai
Pedihnya..

Bagaimana harusku lepaskan
Ketulusan diri di hati
Bagaimana harusku buktikan
Kesucian cinta di jiwa

Tergamaknya dirimu
Membiarkan cintaku
Berderai jadi abu

Kau menghancurkan segala
Yang telah kita bina
Pedihnya..

Kau menghancurkan segala
Yang telah kita semai
Pedihnya..

Lirik Lagu Juara - Generasi Hebat

Lirik Lagu Juara - Generasi Hebat

Kita semua dilahirkan tuk berjaya,
kita harus sedari siapa kita,
kita semua handal, kitalah juara

Bukan mudah untuk kita mencapainya,
kita harus tekun, jangan putus asa,
walau betapa sukar halangan yang ada

Takdir kita , kitalah penggubahnya,
Jangan biarkan sesiapa menidakkannya

Bukalah mata jangan kau terlalu leka,
Kita semua hebat kitalah juara
Jangan siakan setiap peluang yang ada,

Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya,
Melangkaui kemampuan yang sedia ada,
Ku tahu diriku hebat akulah juara

Wo men yi qi shou qian shou
Zhui qiu wo men de meng
Shi bai bing bu shi li you
Xiang xin zi ji de meng
Cai hua zi xin ning dou you
Ji zhi zhou yue de ying xiong

Guo gan de xiang qian he zhui qiu
Ji jing de bian tong
Xiang fa dou kai tong
Chuang xin wo zhui qiu
Bao chi qin mian de fen dou
Guan jun yi ding shu yu wo
Oh-oh-oh-oh-oh-oh

Setiap impian pasti ada cabarannya
Namun ku tetap berani menempuhinya
Jika terlalu mudah tiada ertinya

Untuk setiap soalan ada jawapannya
Untuk setiap batasan ada natijahnya
Walau betapa payah jangan putus asa

Yang terbaik itu saja ku tahu
Kan ku teroka yang terbaru bagiku

Bukalah mata jangan kau terlalu leka,
Kita semua hebat kitalah juara
Jangan siakan setiap peluang yang ada

Biodata Jaclyn Victor


NAMA PENUH: Jaclyn Victor atau Jac
TARIKH LAHIR: 4 Disember 1978
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Sulung daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur
ALBUM TERBARU: Jaclyn Victor III berada di pasaran pada 1 September 2009
FILEM: Talentime
PENCAPAIAN (NYANYIAN): Juara Malaysian Idol (MI) pada 2004; anugerah emas pada Shanghai Music Festival (2005); mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20); Penyanyi Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2006; Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13) memenangi kategori Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu kesemuanya menerusi album Gemilang PENCAPAIAN: (LAKONAN): Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) dan Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009)
TARIKH BERTUNANG: 4 Disember 2006
NAMA TUNANG: Chris Bellamy

Gambar Ummi Nazeera kena pukul (Kontroversi Ummi - Remy Ishak)



Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, ibu Ummi, Datuk Maziah Musa menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri.

Remy Ishak dah bosan

Kalau mereka kata saya jahat, penipu, pemutar belit cerita, pukul perempuan, biarlah... saya sudah malas mendengarnya.

“Yang penting, orang di sekeliling saya, kawan rapat dan keluarga kenal serta tahu siapa saya,” kata pelakon, Mohammad Zalimie Ishak atau Remy Ishak, 27, yang dituduh memukul pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah, baru-baru ini.

Menurutnya, jika dia didakwa menjadi ‘kaki pukul’, kenapa Ummi masih mengirim SMS dan menghubunginya setiap hari untuk bertanya khabar dan memintanya tabah hadapi dugaan.

“Jika benar saya mengasari Ummi seperti didakwa oleh keluarganya, mengapa hingga kini Ummi masih menghubungi dan SMS saya. Malah, ada antara kandungan SMS yang dikirim berbunyi “Saya akan ke luar negara, tak sedih ke?



“Setiap hari dia menghubungi saya sama ada melalui panggilan telefon mahupun SMS dan semua SMS itu masih disimpan untuk dijadikan sebagai bukti jika ada pihak masih mempertikaikan dan tak puas hati.

“Tolonglah Ummi, jangan ganggu hidup saya lagi. Saya mahu hidup normal seperti dulu tanpa gangguan. Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini lagi kerana takut akan mengaibkan keluarganya dan biar peminat yang menilai kerana mereka lebih kenal siapa saya sebenarnya,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurut Remy, dia juga pelik apabila dimarahi Ummi kerana tidak menjawab panggilan telefon kerana menyangka sudah ada pengganti teman wanita.

Remy diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai pengakuan saksi, Susi Sumarni, 24, terhadap kes pergaduhan bintang utama teater Natrah itu dengan aktres remaja terbabit, 4 Disember lalu.

Susi yang juga pembantu rumah kepada pelakon remaja berkenaan tampil membuat pengakuan kepada ibu mangsa, Datuk Maziah Musa, kerana ingin menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang.

Pelakon popular itu berkata, dia tidak terkejut sebab Ummi sudah memberitahu mengenai perkara berkenaan.

Remy turut menjelaskan, dia cuma mempertahankan diri kerana orang ramai tidak tahu keadaan sebenar Ummi ketika kejadian terbabit.

“Walaupun Ummi berdiam diri tetapi dia memberi kebenaran kepada saya untuk bercerita hal sebenar kepada media. Namun lain pula jadinya apabila dia mengamuk dan marah tak tentu pasal apabila berita saya diserang sekumpulan lelaki di Istana Budaya tersiar membuatkan saya keliru dengan sikapnya.

“Apa yang saya beritahu kepada media adalah keadaan sebenar dan saya tak berniat memburukkan Ummi dan keluarganya. Itu pun masih banyak perkara yang saya simpan kerana tidak mahu mengaibkan mereka.

“Mereka kata ada bukti, tak mengapalah dan tunjukkanlah. Saya akui, saya tiada bukti untuk membuktikan saya tidak bersalah. Saya serahkan semuanya pada kuasa Allah.

“Cukuplah setakat ini kerana saya ingin beri tumpuan pada karier. Saya tidak mahu bercakap lanjut kerana takut akan mengaibkan keluarga sana dan biar peminat menilai,” katanya.

Menyentuh surat terbuka daripada ibu Ummi yang die-mel kepada media, Datuk Maziah Musa, Remy berkata, dia belum membacanya.

Bagaimanapun, apabila wartawan Metro Ahad membacakan isi kandungan surat berkenaan kepada pelakon itu, dia menyangkal dakwaan menyebut isu dua darjat dan kaki pukul yang dinyatakan oleh ibu Ummi.

“Saya tak pernah menggunakan isu dua darjat untuk meraih simpati mana-mana pihak sebab ramai sedia maklum status saya yang jauh beza dengan dia.

“Namun, saya tolak perkara itu ke tepi. Yang saya tahu, status ‘dua darjat’ ini diperkatakan orang lain, dan mereka yang sibuk bercakap mengenai perkara itu. Sebetulnya, saya tidak pernah bangkitkan isu dua darjat ketika kami berkawan dulu,” katanya.

Menyentuh laporan polis dibuat Ummi, Remy berkata, dia bersedia menghadapi apa saja keadaan tetapi cuma tidak tahan menerima fitnah dan berhadapan dengan situasi, apatah lagi melihat reaksi kesedihan ibunya.

Oleh ISMA ISMAIL, HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan SAKINI MOHD SAID

Lirik Biarkan Jatuh Cinta ST12

Lirik Biarkan Jatuh Cinta ST12

*
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak

Back to *, Reff

Lirik Laskar Pelangi OST - Nidji

Lirik Laskar Pelangi OST - Nidji

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya…
selamanya...

Laskar pelangi
takkan terikat waktu..uuu..

Lirik Lagu Akhirnya Putus - Shelly

Lirik Lagu Akhirnya Putus - Shelly

Sudah lama kunanti, Dan akhirnya terjadi
Berpisah denganmu, Itu yang aku tunggu
Tak akan menyesal, Aku lepaskan kamu
Jalani kisahku, Tanpa kamu disitu

Nurutin maumu yang slalu makan hati
Ngikutin egomu dan jadinya emosi
Sudahlah ku tahu kamu tak cinta lagi
Pertahankan aku karena takut sepi

Sendiri..
Tak ada ku, disitu..
Kau melamun membisu..

Reff:
Aku bebas dari belenggu yang slalu kamu beri
Ku akan nikmati segarnya udara hari ini
Kalau kau ingin kembali ku tak akan mau lagi
Jangan harap kita berdua akan bersama lagi

Lirik Lagu Kekasihku Yang Pergi - Beage

Lirik Lagu Kekasihku Yang Pergi - Beage

Lama kutunggu dirimu
Setia sabar menantimu

Tak lelah jalani hari-hariku
Bila selalu denganmu
Mengapa kau pergi
Siakan rasa sayangku

Perih hatiku
Kau telah dengan yang lain
Luka hatiku
Mungkin tak terobati

Hati kau buat
Seperti tak hidup lagi
Hampa hidup ini
Sampai terasa mati

Sampai terasa mati

Lirik Lagu Aku Janji - Hujan

Lirik Lagu Aku Janji - Hujan

Henti menangis kasih ku disini
Henti menangis
Jangan di fikirkan duka
Biarkan ia jauh Nun disana

Henti menangis, sayang
ku disini oh…..henti menangis
Jangan difikirkan duka
Biarkan ia jauh nun di sana

Ku janji ku kan pulang apa pun jua
Yang akan terjadi nanti
Sukar untuk ku jelaskan rindu ini

Henti menangis kasih ku disini
Henti menangis
Jangan difikirkan duka ohh….biarkan ia jauh nun disana

Ku janji ku kan pulang apa pun jua
Yang akan terjadi nanti
Sukar untuk ku jelas kan rindu ini(x2)

Ku janji ku kan pulang
Walau apa pun yang akan terjadi nanti terjadi
Apa pun yang akan terjadi

Lirik Selimut Hati - Dewa19

Dewa19 - Lirik Selimut Hati

Aku kan menjadi malam-malam mu..
Kan menjadi mimpi-mimpi mu..
Dan selimuti hati mu..
Yang beku..

Aku kan menjadi bintang-bintang mu..
Kan slalu menyinari mu..
Dan menghapus rasa rindu mu..
Yang pilu..

Aku bisa..
untuk menjadi apa yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya...

Aku kan menjadi embun pagi mu..
Yang kan menyejukkan jiwa mu..
Dan kan membasuh hati mu..
Yang layu..

Aku bisa..
untuk menjadi apa yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya...

Tinggalkan sejenak lalu mu..
Beri sedikit waktu..
Kepada ku..
Tuk menyakinkanmu....

Aku kan menjadi malam-malam mu..
Kan menjadi mimpi-mimpi mu..
Dan selimuti hati mu..
selimuti hati mu..
selimuti hati mu.. (6x)

Lirik Lagu Selamilah Cinta - Amanda Imani

Lirik Lagu Selamilah Cinta - Amanda Imani

(VERSE 1)
Baby,
Cuba kau renung mata ku ini, kasih,
Kau kan lihat erti cinta dari renunganku,
Renungkanlah agar kau mengerti..

(VERSE2)
Baby,
Dari mula seharusnya kau mengerti diriku,
Kau kan lihat betapa hebatnya cintaku,
Kerna aku permaisuri cintamu..

(BRIDGE)
Cinta bisa merubah segala,
Segala galanya,
Cinta juga bisa membawamu,
Terbang bersamaku..

(CHORUS)
Cintailah cintaku ini,
Dan aku akan cintai cintamu,
Kerna tiada yang seindah cinta,
Bila tepat pada pencintanya..

Cintailah cintaku ini,
Kerna ku amat mencintai kamu,
Percayalah kau akan rasa sesuatu,
Bila kau selami cintaku,
Selamilah, selamilah cinta..

(BRIDGE)
(CHORUS)



Composition: Ajai
Lyrics: Ajai
Actor: Samuel Rizal

The Princess and the Frog

Filem The Princess and The Frog diarahkan dua sutradara, Ron Clements dan John Musker. Ia mengisahkan seorang gadis, Tiana (suara Anika Noni Rose), yang tinggal di New Orleans mengimpikan perniagaan restorannya sendiri. Suatu hari, pekan yang didiami didatangi seorang putera dari Maldonia. Puter Naveen (Bruno Campos) yang baru saja tiba di situ bertemu dengan tukang sihir, Dr. Facilier (Ketih David).


Termakan pujukan Dr Facilier, putera itu bertukar menjadi katak. Satu cara untuk menukarkan diri kembali ke bentuk asal, iaitu dengan mencium seorang puteri.

Putera Naveen kemudian bertemu Tiana di kediaman rakan baiknya, Charlotte (Jennifer Cody), anak gadis seorang hartawan. Menyangka Tiana seorang puteri, jejaka itu meminta gadis terbabit menciumnya. Malang sekali, dirinya kekal jadi katak. Lebih memburukkan keadaan, Tiana turut bertukar menjadi katak.

Setelah kedua-duanya tercampak ke kawasan paya, mereka bertembung dengan buaya yang sukakan muzik jazz, Louis (Michael-Leon Wooley) dan seekor kunang-kunang yang begitu romantik, Ray (Jim Cummings). Dua makhluk itu cuba membantu Tiana dan Naveen berubah ke bentuk asal dengan membawa mereka bertemu Mama Odie (Jenifer Lewis), ahli sihir buta berusia 197 tahun.

Mampukah kedua-duanya kembali ke rupa asal atau kekal sebagai katak, semua itu terjawab apabila anda menontonnya di pawagam berdekatan.

The Princess and the Frog sememangnya animasi menghiburkan, bukan saja dek lawak yang sarat dimuatkan dalam ceritanya, malah, kerana latar tempatnya sendiri ialah New Orleans, maka lagu yang dimuatkan di dalam filem ini semuanya kuat dipengaruhi muzik jazz. Dihasilkan pemenang Grammy, Randy Newman, muzik yang menghiasi filem kartun ini bukan sekadar kaya dengan bunyi berkenaan, bahkan irama soul, gospel serta blues turut dapat dinikmati sepanjang tayangan.

Penonton pasti akan menghentak kaki mengikut irama tatkala lagu menarik seperti Almost There (nyanyian solo Tiana), Dig a Little Deeper (lagu nyanyian Mama Odie), When We're Human (dendangan Louis, Tiana & Naveen sebagai katak), Friends on the Other Side (nyanyian Dr Facilier), serta Gonna Take You There dan Ma Belle Evangeline (nyanyian Ray).

Ulasan Filem Santau

Filem Santau - Dendam Sampai Mati


JUDUL: Santau
PELAKON: Esma Danial Md Isa, Putri Mardiana Zainal Abidin, Farisya Fatin Faisal, Riezman Khuzaimi, Bob Lokman, Mariani, Hafidzuddin Fadzil
PENGARAH: Azhari Zain
GENRE: Seram, Cemas
TAYANGAN: Mulai 10 Disember 2009

Ingat ilmu hitam, serta merta terbayang mengenai penyiksaan yang ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsanya. Antara perkara paling dekat dengan masyarakat Melayu apabila memperkatakan mengenai ilmu hitam adalah santau.

Bukan saja popular di kalangan masyarakat Melayu, santau juga diamalkan bangsa lain. Misalnya, di Kepulauan Carribean atau di masyarakat Barat, ilmu santau ini hampir sama seperti amalan vodoo.


Cuba yang berbeza hanyalah bagaimana cara santau itu dilaksanakan. Justeru apabila kisah santau dijadikan filem, pastinya apa yang disajikan itu cukup menakutkan dan mengerikan.

Ini dibuktikan menerusi filem ke-32 terbitan Metrowealth (MIG) yang juga menggunakan judul yang sama, Santau. Melihat kepada trailer awal filem ini, tidak dapat dinafikan Santau adalah filem seram yang sehebat filem Jangan Pandang Belakang.

Berpaksikan kepada tagline Dengki Sampai Mati, filem arahan Azhari Zaini ini bukan saja menakutkan, malah sarat dengan babak meloyakan.

Filem ini berkisar kepada kehidupan sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti dalam keadaan kucar kacir apabila pelbagai kejadian pelik menghantui hidup mereka.

Peristiwa pelik itu mula berlaku selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka. Sejak itu, satu demi satu kejadian mengerikan berlaku sehingga ia hampir meragut nyawa isterinya. Walaupun pada awalnya Halim tidak mempercayai apa yang berlaku adalah gara-gara perbuatan khianat, namun selepas menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, barulah dia mempercayainya.

Seperti filem seram lain, Santau banyak bermain dengan sudut kamera yang mampu membuatkan dada penonton berdebar-debar. Latar muzik dan bunyi turut membantu membangkitkan suasana menakutkan. Tidak hairanlah ada penonton yang menonton filem ini di sebalik celahan jari.

Meskipun ada di antara imej hantu dalam filem ini adalah ulang tayang dari filem seram yang pernah diterbitkan syarikat ini, namun kehadirannya tetap meremangkan bulu roma. Jika dulu Mak Mah sering membawakan watak hantu, kali ini tugas itu dilaksanakan dengan jayanya oleh pelakon veteran, Mariani.

Bukan saja seram, Santau juga cukup menggelikan kerana ia memaparkan babak Nina memakan ulat hidup. Memang meloyakan namun demi menghidupkan lagi watak sebagai mangsa santau, rasa geli atau loya terpaksa dilupakan buat seketika.

Pujian sewajarnya diberikan kepada Putri Mardiana kerana memberikan lakonan yang mantap sebagai mangsa santau. Ekspresi wajah serta penderitaannya menghidupkan lagi watak Nina, watak pertamanya sebagai pelakon utama di layar perak.

Jalan cerita Santau amat mudah difahami. Penceritaannya ringkas dan tidak berbelit-belit. Pengarah dan penulis skrip ini cukup bijak dalam menyusun penamat. Sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku pada penghujungnya. Selamat menjerit di pawagam.

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Bung Moktar - Zizie Izette sudah bernikah?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.


Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa," katanya ketika dihubungi semalam.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya, menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan sudah bernikah dengan Zizie dan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun, Bung Moktar ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi berjanji memaklumkan mengenai perkara itu apabila tiba masanya kelak.

"Ini bukan masa terbaik membuat komen. Saya perlu menjaga hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai sesiapa," katanya.
Zizie Izette

Beliau juga berkata, khabar angin yang beliau mengahwini Zizie, 31, di sebuah hotel lima bintang malam kelmarin adalah tidak benar.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak kelmarin, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan.

"Saya mempunyai kerja di sana... sangat mustahak. Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Datuk Seri Nazri Aziz)," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk mengubah gaya rambutnya.

"Ramai kawan-kawan yang mewarnakan rambut... mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi," katanya.

Lirik Lagu Semua Tak Boleh - Couple

Lirik Semua Tak Boleh - Couple

Buat ini pun tak boleh
Buat itu pun tak boleh
Kalau buat pun tak boleh
Kalau tak buat pun tak boleh

Kalau semua pun tak boleh
Camne nak Malaysia
Boleh?

#Cakap saja pun takde guna
Buat sahaja, tunjuk sama depa
Cakap saja pun takde guna
Buat sahaja, tunjuk sama depa
Cakap saja pun takde guna

Buat sahaja!

http://www.myspace.com/couple

Peraduan Duhai Si Pari Pari Astro

Anda ingin menonton filem DUHAI SI PARI PARI bersama pelakon-pelakon dari filem tersebut pada 29 Disember 2009 (Selasa), 8.30 malam di GSC Mid Valley?


Anda hanya perlu melengkapkan slogan berikut:

Saya mahu menonton Duhai Si Pari Pari kerana... (dalam 25 perkataan)

Sila isi butiran anda di laman web Astro
http://www.astro.com.my/astrolife/contests/siparipari/

Konsert Radio Rosak Grand Finale 2009



RADIO ROSAK 2009
Tarikh: 26 DISEMBER 2009
Tempat: STADIUM NEGARA KUALA LUMPUR
Masa: 3pm-12am
Tiket: RM30

Tiket untuk Konsert Radio Rosak boleh didapati di semua cawangan Gloria Jean's Coffees di seluruh Malaysia. On top of that, tickets are also sold by Tikus Rock Community. For more details, logon to www.neogendang.com or www.myspace.com/tikusrockcommunity or call our ticketing agents :

GLORIA JEANS COFFEE, Plaza Angsana JB = 072356680

TELEJUNKIE Plaza Seni = Donie 0127689657

CENDRAWASIH CORNER (Larkin) = Helmi 0167224586

GIZMO STATION (Tmn Putra) = Raimi 0177844707

MSR MOBILE (Majidee) = Razif 0197713333

DANGA BAY = Arshad 0127157574

SOCCER EXTREME (Larkin) = Shaharin 0177692514

DRJB STORE (Tesco Tebrau) = Rezza 0127418494

KG KURNIA = Firdaus 017767451

POP KHAKI FASHION (Plaza angsana level 2,3,4) = Lan 0127563606

POP KHAKI FASHION (City Square JB) = Lan 0127563606

CMD ENT (Tmn Daya) = Dzulkarnain 0197050011

SMART PRO TRADING (Kg Melayu Majidee) = dzulkarnain 0197050011

Download Drama Kau Dan Aku

 Muat Turun Drama Kau Dan Aku

Dapatkan pelbagai muat turun terbaru dari drama Kau Dan Aku, layari laman Wap Portal Drama Kau Dan Aku


www.astro.com.my/kaudanaku

MTV Menatap Matamu Aril AF7 Official Video Clip

Video klip rasmi OST Kau dan Aku - Menatap Matamu, nyanyian Aril AF7.



Lirik Lagu Menatap Matamu Aril AF7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Muat Turun Ringtone /True Tone OST Kau dan Aku

Kehebatan dan kegemilangan Drama Muzikal Kau dan Aku diteruskan lagi setelah keempat-empat lagu OST drama Kau dan Aku hangat di carta radio paling popular, Radio Era dan Hot FM.



Oleh itu inilah masanya untuk mendapatkan nada dering OST Kau dan Aku dengan hanya mengikut langkah-langkah yang disertakan.

1. MUAT TURUN KAU & AKU (AKIM & MILA)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131* 145279# & hantar
Truetone Chorus: GET 176909344 & hantar ke 32323
Truetone Fulltrack : GET 166909354 & hantar ke 32323

2. MUAT TURUN MENATAP MATAMU (ARIL)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*142572# & hantar
True Tones: GET 116908621 & hantar ke 32323
Video: GET 109800163 & hantar ke 32323

3.MUAT TURUN MENANTI (MILA)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*145283# & hantar
Truetone : GET 176909345 & hantar ke 32323
Video : GET 109800159 & hantar ke 32323

4. MUAT TURUN JIKA KAU (MILA)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*143693# & hantar
True tone Full Track: GET 116908681 & hantar ke 32323
True tone Chorus: GET 126908682 & hantar ke 32323

5. MUAT TURUN BENGANG (AKIM)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*137338# & hantar
True tone: GET 116907985 & hantar ke 32323
Video: GET109800143 & hantar ke 32323

6. MUAT TURUN TOKSIK (ARIL)
Caller Ringtone(Utk pelanggan Maxis Shj): Dail *131*137370# & hantar
True tone: GET 116908023 & hantar ke 32323
Video: GET 109800144 & hantar ke 32323

Ne-Yo Live in KL, Malaysia on January 7, 2010



Ne-Yo Live in KL, Malaysia on January 7, 2010

Date: January 7, 2010 (Thursday)
Time: 8 pm
Venue: Sunway Lagoon Surf Beach (Kuala Lumpur, Malaysia)
Ticketing: RM260 (Phuture Zone), RM170 (Phlow Zone), RM140 (Purple Zone)
For ticketing information, call: 603-7725-1177, or visit www.tickethotline.com.my.
For further enquiries, email: concert@phuturephlow.com.

Lirik Istana Cinta Eira Syazira OST Cinta Balqis

Lirik Lagu Istana Cinta - Eira Syazira (OST Cinta Balqis)

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui
http://lirikami.blogspot.com

Korus
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmatMu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu


Lirik Lagu Enter This Kosmos - Komplot

Lirik Lagu Enter This Kosmos - Komplot

Suria,
Silau terpancar
Menyambut kelahiran revolusi digital

Fobia,
Mula merangkak
Dalam bentuk jentera dan teropong aerial
http://lirikami.blogspot.com

Korus
Bumi yang dalam dilemma
Kemarau tiada noktah
Keindahan jadi debu
Nostalgia silam

Manusia aaa..
Gila kuasa
Dalam jeritan terdengar bisikan propaganda

Radio,
Arus perdana
Mengiringi tarian dan instrumen keliru

Korus
Bumi yang dalam dilemma
Kemarau tiada noktah
Keindahan jadi debu
Nostalgia silam

Lirik Lagu Tahu Tak Tahu Joget Jinbara

Lirik Lagu Tahu Tak Tahu Joget Jinbara

Terang cahaya suluh alam buana
Di tempat lain ada gelapnya (Ulang 2x)
Sebelum hujan nyatakan titisannya
Dapat kubaca ada petanda (Ulang 2x)

Hidup selalu berhadapan pilihan
Dugaan rintangan dan halangan (Ulang 2x)
Berpada-pada kawan memilih jalan
Salah haluan binasa badan (Ulang 2x)
http://lirikami.blogspot.com

Bila guruh berdentum apa nak dihiraukan
Ayuh maju ke depan jangan kita menghitung
Jangan gusar kalau dah tahu
Kalau tak tahu kena ambil tahu

Bila hujan dah turun langkah mula tersandung
Akal mula menghitung macam mana nak tanggung
Kalau tahu kasi tahu
Kalau tak tahu kena ambil tahu

Tahu pasti tahu
Mana boleh kau jawab tak tahu
Mahu…mahu…
Dengan siapa engkau mahu tipu
Malu bertanya jaga-jaga
Simpang yang menghadirkan kecewa

Jangan redah…
Bahaya!

Lirik Secangkir Kasih - Iqwal

Lirik Secangkir Kasih - Iqwal

Ayah lihatlah kedalam mata ku
Ibu selami lah ke lubuk hati ku
Ada kau lihat kolam derita ku
Kasih dan sayang kerinduan ku

Segunung kasih kalian hancurkan
Tiada temu jalan pendamaian
Jadikan kami sebagai jambatan
Ikatan kasih jangan dileraikan

Chorus:
Aku rayu pada mu ayah dan ibu
Jangan ku yatim sebelum waktu itu
Apakah salah ku
Dihukum begini
Apakah dosa ku
Ampuni ku Tuhan

Andai kan syurga sebagai gantinya
Kiranya nyawa perlu ku beri
Sungguh ku rela duhai ayah ibu
Demi menghirup secangkir kasih

~Empire Studio~

Lirik Lagu Hanya Kamu Yang Bisa - Tiket

Lirik Lagu Hanya Kamu Yang Bisa - Tiket

Tanpa terasa kau curi hatiku
Dengan berbeda caramu menaklukan hati kecilku
Berjuta rayuan yang pernah ku rasa
Namun tak pernah tersentuh tak ada yang mengesankanku

[#]
Tapi semua berbeda
Saat kau ada disini
Mempesonakan aku selalu

[##]
Hanya kamu yang bisa
Membuat aku jadi tergila-gila
Membuat aku jatuh cinta
Karna tak ada yang lain sepertimu

[###]
Berkali ku mencoba
Berpaling dengan makhluk indah lainnya
Namun tak pernah ku rasakan
Bila seindah bercinta ku denganmu

Back to [#][##][###]

Back to [##][###]

Saya tidak cukup kacak untuk Zizie - Bung Moktar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.


"Saya tidak cukup kacak untuk beliau (Zizie)," kata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.

Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Ahli Parlimen dari Sabah baru-baru ini.


Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke Bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.

Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat semalam.

"Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha," katanya dalam satu lagi SMS kepada media.

Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya. - Bernama

Lirik Benarkah Kerana Cinta - Saleem

Lirik Lagu Benarkah Kerana Cinta - Saleem

Benarkah kerana bulan
sang pungguk merayu rawan
rindu hati tak kesampaian
mengharap bulan jatuh keribaan

Benarkah kerana rindu
dah jumpa masih merayu
dalam hati tidak keruan
mengharap kasih tak selalu datang

Apa diharap cinta
yang tidak kesampaian
apa diratap kasih
yang hadir dalam angan

Mencurah air mata
namun tiada tangian
merajuk hati
namun tiada sapa endahkan

Apa diharap cinta
yang tidak kesampaian
apa diratap kasih
yang hadir dalam angan

Mencurah air mata
namun tiada tangian
merajuk hati
namun tiada sapa endahkan

Benarkah kerana cinta
yang terang jadi gelita
dan gelita akan bercahaya
semuanya kerana cinta
semuanya kerana dia

Gelanggang Raja Lawak Astro Musim 4

Musim baru Raja Lawak 4 dilancarkan secara bersama dengan enam peserta solo dan empat peserta berkumpulan yang akan muncul menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro pada 24 Disember ini sebelum pertandingan bermula melalui Gelanggang Raja Lawak Astro mulai 3 Januari ini pukul 9 malam.


Enam peserta solo Raja Lawak 4 ialah Alexander Ahat, 28, dari Papar, Sabah, Zulkefli Abu Bakar, 28, (Tangkak, Johor), Abdul Halim Abdul Malik, 31, (Kedah), Khairul Faiz Sulaiman, 18, (Perak), Khairul Idlan Abdul Razak, 21, (Kedah) dan Ahmad Zaidi Masri, 30, (Perak).

Sementara peserta berkumpulan Raja Lawak 4 pula terdiri daripada kumpulan AN2 iaitu Rosshahrizal Bachok, 24 dan Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20, kumpulan Kecik (Mohd. Ilham Rusdy, 19, Safuan Madeaming, 20), Kumpulan Mamu (Wan Azrul Azizan, 24, Abu Musarrif Abu Bakar, 21) dan kumpulan Wali (Ismawira Bahdun, 22 dan Mohammad Ali Maula Ahmad).

Raja Lawak 4 dijangka mampu menarik lebih ramai penonton berdasarkan tiga pengkritik yang ditampilkan dalam musim terbaru program TV realiti itu iaitu Din Beramboi, Afdlin Shauki dan Bob Lokman.

Kontroversi Adam Lambert


Lupakan sahaja kontroversi yang menghimpit dirinya selepas membuat persembahan penuh elemen seksual dan memberahikan menerusi lagu For Your Entertainment pada American Music Awards lalu.

Kerana empunya badan, Adam Lambert tidak sesekali akan meminta maaf di atas kejadian itu. Namun dia dengan penuh jujur mengakui sememangnya dia sedikit terbawa-bawa dengan persembahannya itu.

"Saya mengaku bahawa saya memang hanyut seketika dengan persembahan saya tetapi saya tidak melihatnya itu sebagai satu kesalahan.

"Malah, saya tahu ramai yang tersinggung dengan perlakuan saya tetapi itu bukan niat saya yang sebenar.

"Kalaulah penyanyi wanita melakukan perkara serupa apa yang saya lakukan, pastinya tidak ada sesiapa yang menghiraukannya.

"Pada pandangan saya, kontroversi ini dicetuskan hanyalah kerana saya seorang homoseksual," kata naib juara American Idol musim kelapan ini memberikan pandangan mempertahankan dirinya dalam rancangan The Early Show baru-baru ini.

Menerusi persembahannya pada malam anugerah berprestij itu, Adam dikatakan melampaui batas apabila menyelitkan unsur erotik yang telah mencetuskan perdebatan.

Dalam persembahannya itu, dia telah mencium pemain keyboard yang mengiringinya persembahannya serta menari dan menyanyi dengan bahasa tubuh yang menonjolkan elemen seksual.

Bukan itu sahaja, dia turut menolak muka seorang penari iringan ke bahagian depan seluarnya seolah-olah sedang melakukan aksi seks oral.

Ekoran daripada persembahannya itu, stesen televisyen ABC yang menayangkan acara anugerah itu secara langsung telah dikritik hebat.

Tidak cukup dengan itu, slot temuramah bersama Adam yang sepatutnya menjadi tetamu undangan dalam rancangan Good Morning America beberapa hari selepas acara itu terpaksa dibatalkan.

Kini, Adam dikatakan terpaksa menanggung risiko apabila kemungkinan besar dia akan kehilangan peminatnya yang selama ini tidak memandangkan kepada orientasi seksnya itu.

Apatah lagi, album perdananya, For Your Entertainment baru sahaja dipasarkan dan para pemerhati hiburan di Hollywood melihat insiden yang berlaku akan meninggalkan impak yang besar terhadap karier Adam.

Mungkin Adam mahu membuktikan kepada masyarakat dan pecinta muzik seantero dunia bahawa dia mahu menjadi penghibur yang baik tetapi malangnya, dia sudah tersilap langkah.

Ini sendiri diakui oleh wartawan muzik majalah Entertainment Weekly, Michael Slezak yang menyifatkan Adam hanya merugikan dirinya sendiri.

"Harus diakui, Adam memiliki suara yang cukup bagus untuk membuatkannya bertahan lama di dalam industri tetapi dia tidak sedar bahawa dia tidak sepatutnya beraksi sedemikian.

"Dia harus sedar bahawa dia masih baru dalam bidang ini dan perjalanan seninya juga baru hendak bermula.

"Jadi, apabila dia memberi salam perkenalan kepada dunia dengan persembahan begitu, bukan mudah untuk semua orang dapat menerimanya dengan terbuka," ulas Michael kepada Reuters tidak berapa lama selepas kontroversi tersebut melanda.

Biarpun begitu, Adam langsung tidak melihat apa yang berlaku sebagai satu halangan untuk dirinya bergelar seorang penghibur yang disegani satu hari nanti.

Baginya, setiap anak seni yang mahu menjadi seorang penghibur yang berjaya perlu berdepan dengan risiko dan cabaran kerana tiada jalan mudah untuk berjaya.

Walaupun bermula dengan platform American Idol yang memperkenalkan namanya, tetapi bagi Adam itu tidak menjamin apa-apa jika tidak bijak mencari peluang dengan bakat yang ada.

"Saya bertuah kerana orang tidak memandang kepada siapa diri saya sebaliknya menghargai bakat dan suara yang dikurniakan kepada saya.

"Apatah lagi, kehidupan saya juga kini sudah banyak berubah dan saya harus berterima kasih kepada American Idol kerana mengubah hidup saya secara total.

"Apa yang penting buat saya sekarang adalah untuk memberikan fokus dan perhatian terhadap album sulung saya yang mula berada di pasaran sejak 24 November lalu," katanya panjang lebar.

Berbicara tentang album sulungnya itu, ternyata ia cukup mengujakan Adam yang bangga dengan penghasilan serta muzik yang dibawakannya.

Jelasnya, setiap muzik di dalam album berkenaan merupakan lambang manifestasi serta refleksi kepada dirinya serta apa yang dimahukannya dalam hidup.

"Album saya ini masih lagi berteraskan pop tetapi disuntik dengan elemen dance dan funk yang mampu membuatkan pendengar menari sepanjang malam.

"Saya juga tidak mahu kembali kepada muzik klasik rock yang pernah saya bawakan sewaktu American Idol dan saya pasti penonton juga tidak akan menghargainya.

"Saya sudah melakukan semua itu. Kini, saya mahu satu perubahan dan semuanya itu dapat dilihat menerusi album saya," ujar Adam atau nama sebenarnya Adam Mitchel Lambert ini penuh optimis.

Minggu pertama album ini diluncurkan, ia mendapat respons yang cukup positif apabila terjual sebanyak 250,000 salinan sekali gus meletakkan album For Your Entertainment ini di tangga ketiga carta Billboard 200.

Adam mempunyai 1001 alasan untuk berasa bangga dan puas hati dengan album perdananya itu kerana ia dibarisi oleh komposer serta penulis lirik berpengalaman yang bijak mencorakkan albumnya itu.

Antaranya adalah Lady Gaga, Linda Perry, Pink, Max Martin, Kara DioGuardi dan Adam sendiri yang menyumbangkan empat buah lagu iaitu Broken Open, Aftermath, Pick U Up dan Strut.

Bagi peminat Adam, pastikan anda tidak melepaskan peluang mendapatkan album ini yang sudah pun berada di pasaran tempatan yang diedarkan oleh Sony Music Entertainment.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact